05
Mei
09

Hari Itu Dalam Sejarah

Bismillah Walhamdulillah,

Bertemu kembali,

Hari Itu Dalam Sejarah

Mengapa ? Sebenarnya setiap hari adalah hari yang bersejarah pada pandangan atau persepsi masing-masing sehingga sesuatu itu boleh dikatakan bersejarah. Orang boleh mengatakan yang hari ini adalah hari bersejarah baginya kerana setelah hampir 50 tahun hidupnya, baru hari ini dia menekan-nekan jari kakinya dan membongkokkan batang tubuhnya untuk bersujud dan ruku’ kepada Allah s.w.t.

Dan bagi setengah yang lain pula ada yang mengatakan hari ini adalah hari bersejarah baginya kerana setelah hampir 50 tahun hidupnya, baru hari inilah dia bercuti daripada meminum arak dan berzina. Oleh sebab itulah, setiap manusia perlu bermuhasabah dan menjadikan setiap sejarah itu sebagai penunjuk yang dapat membantu kita menuju kearah yang lebih ‘maaruf’.

Bagi saya, banyak yang boleh saya nyatakan …. Mengapa Hari Itu Dalam Sejarah ? Mengapa tidak Hari Ini Dalam Sejarah ?

Satu pernyataan yang hampir serupa tapi disebabkan Itu dan Ini , ianya memberikan maksud yang berbeza. Nah ! kita lihat saja, itu baru saja tajuknya. Namun, peranannya amatlah besar dalam menerangkan isi-isi setiap kenyataan, cerita, artikel, fahaman dsb.

Mengapa ?

Agar orang tidak keliru

Mengapa saya pilih itu ?

Jawapan saya : sebab yang bersejarah itu bukan berlaku pada hari ini dan ‘itu’ yang saya maksudkan adalah Sabtu / 18hb April 2009. Kalau anda lihat entri yang bertajuk Aku dan Kampung Mertuaku : 1 atau sebelum entri tersebut di publish kan, pasti anda tidak tahu siapakah saya yang sebenarnya dari satu sudut yang akan saya maksudkan nanti. Tapi selepas entri tersebut di publish, mungkin anda telah tahu, atau juga anda terlepas pandang untuk tahu tentang itu.

Isi Penting

hidang sarung

Pada tarikh itu, sebenarnya telah terijabnya dan terkabulnya seorang ‘aku’ yang dulunya seorang ‘aku’ yang hanya ‘aku’ namun pada hari itu seorang ‘aku’ telah menjadi ‘aku dan dia’ . Dengan rahmat, takdir dan kehendak Allah s.w.t saya telah dipertemukan dengan seorang insan yang bernama Nurul Hana Binti Rozali dan kini dialah isteri seorang ‘aku’. Alhamdulillah dan itulah diantara detik-detik dan hari bersejarah di dalam hidup seorang ‘aku’. Wallah ‘alam

______________________________________________

Objektif Entri

Memberi khabar berita kepada sahabat dan teman tentang hari bersejarah seorang ‘aku’ iaitu hari pernikahannya.

Kaedah Penulisan Entri

‘ High Order Thinking Essei ‘ mengajak kepada pembaca berfikir sejenak setiap kenyataan.

Moral Bagi Pandangan Seorang ‘aku’

Dalam bentuk penulisan yang sebegini ( menceritakan atau memberikan makluman ) , kaedah ini boleh digunakan pada waktu-waktu tertentu sahaja contohnya seperti hendak memahirkan kemahiran menulis dsb dan ianya tidak boleh digunakan selalu kerana takut-takut orang yang membacanya mudah bosan dan sukar memahaminya.


4 Respon to “Hari Itu Dalam Sejarah”


  1. 2 Life Of AKU The Episode
    Mei 6, 2009 at 9:48 am

    to Nazir :

    :) fikirlah sendiri

  2. Mei 7, 2009 at 1:42 am

    Hi, cool post. I have been thinking about this topic,so thanks for posting. I will certainly be coming back to your blog. Keep up great writing

  3. 4 Ummi Kauthar
    Mei 11, 2009 at 11:45 pm

    Telah t’gapainya Ikatan suci itu, maka lahir lah Hari Itu Dlm Sejarah…


Tinggalkan jawapan




12

Inilah Teratak Keluarga ku

dan Tempat Ku Dibesarkan

Arkib

 

Mei 2009
I S R K J S A
« Mac   Jun »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Ayat Motivasi

" Sesungguhnya Allah Maha Pengampun

Lagi Maha Penyayang "

Life Of Aku Photos

Bersama Tok Guru

Bersama Rakan Seperjuangan

Tuan Guru di Hati

Gerai Anbakri

More Photos

Komen Terkini

adiq_zah pada Mendidik Keluarga Ke Syur…
ahmad al-jawi pada Guest Book
M.ZULFIRMAN ARIFIN pada Peperiksaan Akhir
hj razak mat amin pada Malaysia bukan “boleh…

Komuniti Blogger Azhari

Photobucket

Hits Counter

  • 47,887 Pengunjung