Arkib untuk Mei 2009

25
Mei
09

Menggapai Ikatan Suci : 4

Gambar di ambil dari blog saudari juz4u.blogdrive.com

” Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan sahaja mengatakan, kami telah beriman, tanpa mereka mendapat ujian : Surah al-’Ankabut : 2

Farah… Gadis jawa sowo mateng kulitnya. Aku mengenalinya dari jauh sewaktu mengikuti program anjuran Majlis Daerah tempat ku. Waktu itu, farah membentangkan satu kertas kerja yang telah dibincangkan di dalam kumpulannya bertajuk Pemimpin : tanggungjawab dan peranan. Aku fikir semua peserta yang hadir terpegun dengan kepetahannya bercakap sehingga ramai yang mengusik2nye. Gadis berjubah dan bertdung labuh itu sememangnya lincah tak padan dengan penampilannya. lincah yang ku maksudkan ialah dia seorang yang pandai bercakap. Aku tahu, farah tak mengenali aku, dan aku juga tak mengenalinya. Tapi, aku mula jatuh hati padanya.

” oh, mudahnya aku ni ”

Sungguh aku katakan, aku bukan sengaja …perasaan itu kuat menusuk di kalbu ku yang penuh kontroversi. kehidupan aku memang penuh dugaaan dan ujian. Adakalanya, aku termenung panjang … Tak semena mena air mata jantan aku menitis

” ya allah, sungguh hebatnya semua ini untuk aku “

zahir aku memang tampak biasa seolah kosong dengan masalah, tapi batin ku sentiasa menangis, dan terus menangis. mengapa, untuk menggapai ikatan suci itu terlalu sukar bagi ku ?….

Farah yang aku lihat wajahnya, dan ku dengar suaranya hanya satu perasaan … Sehabis saja semuanya, aku pulang tanpa membawa apa-apa sapaan atau teguran bermakna… aku sangka

”apa nak buat, tak ada jodoh ”

Walaupun aku masih belum ada kerja yang tetap, kehidupanku penuh dengan program-program yang biasanya aku tak ketinggalan untuk menyertainya seperti program yang aku sertai bersama Farah.

Beberapa hari kemudian, sewaktu menghadiri program halaqoh bersama rakan-rakan di dalam Persatuan Ar-Robitoh, seorang dari rakan ku, Mukhlis namanya, bertanya

” kamal ! enta dah ada ke belum ? ”

” hah ! ” aku terdiam sekejap sambil herot merot muka ku kelihatan malu

” macam mana dengan Farah ? dia ok tu, single lagi ” ujar Mukhlis sambil tersenyum nakal

Soalan yang membuatkan aku sedikit ceria, tapi ’keceriaan’ itu terhenti bila nama aku teringatkan tentang ana. Kalau ikutkan kepala keinginan ku, sudah tentu diam-diam aku bisik kat Mukhlis

” ana nak kat Farah tu, minat sangat ”

Tapi, aku hanya mampu tersenyum sipu dan terpaksa mengelukan lidah lembut ku ini. Hal yang sama juga berlaku. Usai saja usrah, pertanyaan Mukhlis hanyalah sebuah pertanyaan semata-mata. Aku juga menganggapnya cuma pelawa-pelawa ayam. Semua ini aku lalui dengan rasa biasa sebab memang aku dah biasa melalui situasi begitu. Cinta aku sekadar khayalan yang berputar di sekitar benak fikiran dan perasaan.

Namun, insan yang seorang ini, memang sukar untuk dibiarkan. Ana tetap lekat dalam ingatan walaupun telah berbulan lamanya kami menyepi. Terkadang aku memikirkan apakah ana juga sedang berfikir tentang ku, atau dia langsung gembira dengan kehidupannya tanpa mesej ringkas dan suara sumbang milik insan hina yang bernama Kamal. Semenjak dua menjak ni, aku banyak termenung dan mendiamkan diri. Tapi hati ku terlalu bising tak sunyi dari berkata-kata sehingga terbawak-bawak dalam sembahyang.

Astagfirullah …

” apakah mungkin aku tergolong di kalangan mu’min yang berjaya. Sekiranya begini hendaknya ? ” soal hati ku sambil melabuhkan tangan di dahi

Aku begitu sedar dengan kerobekan iman ku walhal dulu aku selalu menyebut-nyebut tentang perlunya kekhusyukan di dalam beribadah. Aku masih ingat ayat-ayat al-Quran yang aku sisipkan di dalam sebuah karangan

” Sesungguhnya telah menang orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk di dalam sembahyang ” Surah Al-Mu’minun : 1-2

Salah siapa sebenarnya ? wanita yang sentiasa menodakan seluruh ruh dan jasad ku atau aku sendiri yang melakukannya ? Oleh sebab itulah, aku kira jalan terbaik ialah perkahwinan. Aku selalu beranggapan bahawa

” kalau dah kahwin, selesai semuanya ”

Aku katakan begitu sebab keadaan aku yang tak dapat mengawal emosi, perasaan dan juga keinginan bila berhadapan dengan kaum hawa apatah lagi yang pipinya mungil dan cantik peribadinya. Tapi kenapa aku cuba melarikan diri dengan perkahwinan yang sedang menanti ? Aku masih simpan kata-kata Ana

” ana bagi sampai bulan 3 je ”

Iya ! itu tandanya ada peluang untuk aku buang jauh-jauh tabiat buruk aku. Sebaliknya pula yang berlaku, aku dan ana semakin jauh dan terus jauh .

” arghhh !!! buntu ! buntu ! ” keluh ku semacam putus harap

Terkadang aku terfikir nak lari jauh-jauh dan sememangnya aku nak pergi jauh.

Seminggu selepas usrah,

” bang, tiket ke Jengka ada tak ? ” jerit ku kepada abang yang menjaga kaunter tiket Bas di Puduraya

” Jengka ? rasanya ………

Bersambung di episod Menggapai Ikatan Suci : 5

Untuk membaca episod sebelumnya sila klik link di bawah :

Menggapai Ikatan Suci : 1

Menggapai Ikatan Suci : 2

Menggapai Ikatan Suci : 3

21
Mei
09

Sang Salmon : Hidup Dan Cinta

” Sayang, kenapa nak pergi jauh ke sana ? kan sayang tengah sarat mengandung ” tanya Salmon jantan kepada isterinya

” Aaabang , kalau sayang tak ke sana, macamana dengan zuriat kita ? abang sanggup tengok zuriat kita mati ? ” tegas Salmon betina kepada suaminya sedikit kesedihan

‘” tapi, kan bahaya juga, manusia yang kejam sedang menunggu sayang ! abang takut sayang ! takut ! hmmm, tak apalah, kalau itu yang sayang mahukan, abang doakan sayang selamat, dan abang harap kita kan ketemu lagi ”

ujar Salmon jantan dengan penuh harapan agar kebahagian yang Terus membaca ‘Sang Salmon : Hidup Dan Cinta’

18
Mei
09

3 Sebab BN Tak Bertanding Di Penanti

Perdana menteri memberi tiga sebab BN menolak bertanding di Penanti

bullet button Pertama, kekosongan kerusi itu bukan diperuntukkan oleh perlembagaan tetapi satu usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

bullet buttonKedua, pilihanraya kecil ini Terus membaca ‘3 Sebab BN Tak Bertanding Di Penanti’

18
Mei
09

Berkawankan Syaitan

syaitan-ar-rajim2Kisah 1

Sekitar jam 9.35 malam / 17 mei 2009

” berapa semuanya ? ” tanya ku kepada salah seorang pelayan kedai kek

” yogourt cheese cake, durian cheese cake dengan milk shake semuanya rm 22 ” jawab pelayan itu dengan sopan

” wak elleh ” detik hatiku sedikit terkejut beruk. Namun riak wajah ku tetap ’slumber’ buat-buat tenang

Kisah 2

Di hari yang sama, sekitar jam 10.15 malam

” bang, sate bagi 20 puluk cucuk, daging 10, ayam 10 ye ” minta ku dengan bersungguh kepada abang sate

” bagi fresh oren satu dengan air suam, ikan merah bakar seekor dengan Terus membaca ‘Berkawankan Syaitan’

17
Mei
09

Jadi Guru Gaji Tak ‘Masyuk’

” kamu belajar lagi ke ? ” tanya pakcik driver teksi

” iya ” jawab saya tidak teragak-agak untuk memberitahu

” ambil master ke degree ? ” tanya lagi

” ambik pendidikan, dipoloma pendidikan “

Saya dah beritahu yang saya ada degree. lalu pakcik tu pun melontarkan soalan yang hampir pasti akan ditanya

” dah ada degree kenapa turun ambil diploma pulak ? kan rugi “

” dah kerajaan nak macam tu, syarat nak jawatan tetap ” jawab ku agak malas dan aku tak berapa yakin dengan jawapan itu

” kenapa tak kerja kat ‘army’ je ? jadi pegawai, keja pun tetap, apa ada jadi cikgu ! agaknya kerajaan takut nak bayar gaji mahal-mahal ” jelas pakcik driver

” sah ! ini mesti kes tak berapa faham ” detik hati ku

Tamat

Itulah diantara skrip perbualan diantara saya dengan pakcik driver teksi tentang gaji dan kerja. Sebenarnya saya malas nak banyak mulut, takut dianggap ‘kurang ajar’. Jadi saya membuat keputusan hanya ‘mengiyakan’ saja kata-kata pakcik tersebut.

Sebenarnya, gajinya atau kerjayanya yang menjadi keutamaan ?

Kedua-duanya bagi saya adalah penting dan Terus membaca ‘Jadi Guru Gaji Tak ‘Masyuk’’

12
Mei
09

Kisah Perak : Zambry Cocopield

Bismillah walhamdulillah,

Firman Allah s.w.t :

Maha suci Allah yang ditanganNya, kerajaan ( pemerintahan) dan Dia Maha Kuasa atas setiap sesuatu ( Surah Al-Mulk : 1 )

zam

Pagi semalam (selasa) saya dan rakan-rakan sempat mendengar Dr. Y menjelaskan kepada kami tentang isu Perak. Masing-masing khusyuk dan berminat untuk mendengarnya. Kelmarinnya pula, saya sempat ‘mengpost’ entri yang bertajuk Kisah Perak : Perancangan Yang Cantik. Petang semalam (selasa) sesi kuliah dijalankan di Lab 4, bangunan INSTEAD UIA. Sampai saja di bilik itu, saya terus mencapai ‘keyboard’ dan Terus membaca ‘Kisah Perak : Zambry Cocopield’

11
Mei
09

Kisah Perak : Perancangan Yang Cantik

Bismillah walhamdulillah,

YB Nizar Jamaluddin masih lagi MB Perak yang sah

378ff249f0a061b14cff666104eb36a7

Susah dan sukar untuk dipercayai namun itulah hakikatnya. Apa yang saya katakan, bukan bermaksud saya tidak menyukai keputusan tersebut bahkan saya bersyukur . Apa yang saya maksudkan ialah, mahkamah yang dahulunya dipandang sebagai ‘corrupt’ dan pro kerajaan Barisan Nasional namun hari ini ianya seakan menampilkan identitinya yang sebenar dan memainkan peranannya sebagai intitusi kehakiman negara yang adil. Mudaj-mudahan ianya berkekalan.

Apa pun, alhamdulillah. Kalau kita sorot kembali kronologi senario politik Perak, ianya sarat dengan kisah-kisah yang Terus membaca ‘Kisah Perak : Perancangan Yang Cantik’

05
Mei
09

Hari Itu Dalam Sejarah

Bismillah Walhamdulillah,

Bertemu kembali,

Hari Itu Dalam Sejarah

Mengapa ? Sebenarnya setiap hari adalah hari yang bersejarah pada pandangan atau persepsi masing-masing sehingga sesuatu itu boleh dikatakan bersejarah. Orang boleh mengatakan yang hari ini adalah hari bersejarah baginya kerana setelah hampir 50 tahun hidupnya, baru hari ini dia menekan-nekan jari kakinya dan membongkokkan batang tubuhnya untuk bersujud dan ruku’ kepada Allah s.w.t.

Dan bagi setengah yang lain pula ada yang mengatakan hari ini adalah hari bersejarah baginya kerana setelah hampir 50 tahun hidupnya, baru hari inilah dia bercuti daripada meminum arak dan berzina. Oleh sebab itulah, setiap manusia perlu bermuhasabah dan menjadikan setiap sejarah itu sebagai penunjuk yang dapat membantu kita menuju kearah yang lebih ‘maaruf’.

Bagi saya, banyak yang boleh saya nyatakan …. Mengapa Hari Itu Dalam Sejarah ? Mengapa tidak Hari Ini Dalam Sejarah ?

Satu pernyataan yang hampir serupa tapi Terus membaca ‘Hari Itu Dalam Sejarah’

02
Mei
09

Aku Dan Kampung Mertuaku : 1

madu-121 madun-11

” Kamal ! kamal biasa buat tak halau-halau sarang lebah ” tanya abah (bapak mertuaku ) sedikit lembut nadanya.

” Tak pernah, tapi kalau tengok orang buat adalah ” jawab ku sungguh-sunggu

Pertanyaan yang ku sangka hanya pertanyaan semata, rupa-rupanya ada maksud di sebaliknya.

” jom ikut abah pi buang sarang lebah dekat sana ” ajak abah.

Tanpa lengah, aku goyangkan kepala sambil mengatakan ” boleh” tanda setuju. Sebelum sampai ke tempat itu abah mengarah ku membeli mancis dan mengusung tangga besi di belakang rumah. Aku buat semua itu dengan sungguh dan senang hati. Cuma yang bermain difikiran ku, takut-takut kalau ada lebah sesat yang Terus membaca ‘Aku Dan Kampung Mertuaku : 1′




12

Inilah Teratak Keluarga ku

dan Tempat Ku Dibesarkan

Arkib

 

Mei 2009
I S R K J S A
« Mac   Jun »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Ayat Motivasi

" Sesungguhnya Allah Maha Pengampun

Lagi Maha Penyayang "

Life Of Aku Photos

Bersama Tok Guru

Bersama Rakan Seperjuangan

Tuan Guru di Hati

Gerai Anbakri

More Photos

Komuniti Blogger Azhari

Photobucket

Hits Counter

  • 48,490 Pengunjung