Arkib untuk Januari 2008

30
Jan
08

Gaji Pertama : RM 6

Mal ! nyah 6 ringgit, duit upah kamu cabut ubi ” terang ibu saya sambil menghulurkan duit ke tangan saya

Itulah gaji pertama yang saya perolehi bekerja sebagai pencabut ubi kayu. Sebenarnya mencabut ubi bukanlah kerja tetap saya, ianya sekadar membantu ibu saya di kebun. Tak sangka pula, dapat juga upah. Alhamdulillah.

Berbudi pada tanah

Mungkin itulah gelaran yang sesuai untuk ibu saya. Betul ke? terkadang malu juga dibuatnya. Seorang wanita yang Terus membaca ‘Gaji Pertama : RM 6′

18
Jan
08

Entri #1 Salam Ya Malizia

18 Janurai 2008/5:22pm

Ni nak masuk duit pakai borang ape ye ? tanya saya kepada seorang pegawai bank di sini

Eh, tak payah ! masuk ikut mesin je.

Sambil meneruskan langkah, saya tersenyum sendiri. 3 tahun lebih meninggalkan bumi Malaysia, ada sedikit perubahan. Namun, bagi saya tak banyak bezanya. Cuma manusianya saja yang sudah berubah. Rata-rata orang kampung yang saya temui berkata begitu. Iya ! ada benarnya. Apa yang pasti, hidup perlu diteruskan walau di mana kita berada. Cabaran dan Terus membaca ‘Entri #1 Salam Ya Malizia’

12
Jan
08

Maasalamah Ya Misr (Entri Terakhir)

4.20 am / 12 Januari 2008/ 4Muharam

Terakhir? Mungkin ada benarnya. 14 September 2004 aku menjejakkan kaki ke bumi anbiya’ ini, terasa bagai tak percaya. Namun, segalanya mungkin. Hari ini tiba masanya pula untuk ku melangkah pergi. Teman ada bertanya, “enta balik kerja apa?” . Aku tak kisah dengan soalan itu, tapi jawapan yang akan ku berikan membuatkan aku kelu. “Ana sebenarnya tak nak balik”. Apa yang tersimpan tak dapat dipendam lagi. Ku luah biar ia menjadi bukti cinta ku. Mak abah semua tahu kisah ku. Tapi aku tak sanggup lagi membuatkan mereka menanti dan terus ternanti-nanti. Niat dan janji mesti dilakui. Maasalamah Ya Misr

Sealam aku solat Jumaat di Masji Al-Azhar. Dalam perjalanan ketika Terus membaca ‘Maasalamah Ya Misr (Entri Terakhir)’

07
Jan
08

Hutang Yang Belum Selesai

 

6 Januari 2008

” ustaz Kxxxx ni kat mana-mana ada ja”

ujar teman saya sewaktu terserempak dengannya petang tadi.

Hari ini saya teruskan episod kehidupan di bumi anbiya’ ini dengan menziarahi rumah teman-teman. ‘Melepak’ di rumah kawan-kawan telah menjadi rutin bagi insan yang bergelar perantau seperti kami di sini (Mesir). Jika sebelum ini saya singgah ke rumah teman-teman kerana ingin bersenang lenang dan merehatkan fikiran, tetapi hari ini sedikit berbeza.

1- Hutang perlu dibayar
2- setiap dari kita ialah pemimpin, dan setiap dari kita dipertanggungjawabkan atas apa yang kita pikul

Dua ungkapan itu lah yang menggerakkan hati dan jasad ini untuk berjalan kaki sejauh 5 hingga 10 kilometer dalam sehari. Orang kata, “biar penat, asalkan hati senang”. Hutang dan amanah ! Berbeza kata sebutannya, namun ianya mempunyai maksud yang Terus membaca ‘Hutang Yang Belum Selesai’

04
Jan
08

Fitnah Dan Bala : Kelirunya Masyarakat Kita

Tidak lama selepas artikel Bila Bala Datang Menjelma yang saya paparkan, saya ada menerima satu komen daripada insan yang prihatin mengenai artikel tersebut di dalam blog ini, Saya rasa ulasan dan hurainnya yang beliau berikan begitu jelas dan mudah untuk difahami, di mana perlunya masyarakat kita mengetahui definasi bala agar tidak berlaku lagi kekeliruan. Dalam ulasannya, beliau juga ada menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan fitnah mengikut erti kata yang sebenar. Moga dengan perkongsian ilmu ini dapat membantu dan Terus membaca ‘Fitnah Dan Bala : Kelirunya Masyarakat Kita’

04
Jan
08

Bila Bala Datang Menjelma

Bagaimana persediaan kita dan apa pula tindakan kita ? Apakah pula bala itu akan dikatakan bala bila sesuatu tempat itu digoncang dan dimusnahkan menjadi serpiahan-serpihan debu seperti bala yang pernah diturunkan terhadap kaum Nabi yang terdahulu atau kita menantikan kiamat itu datang dengan tiba-tiba? apa pun persepsi kita dalam mentafsirkan maksud bala, seharusnya kita tahu bahawa turunnya bala itu tentu ada sebabnya dan sebab paling utama adalah datangnya dari perbuatan manusia itu sendiri. Saya terfikir juga, bila suatu masa dahulu sewaktu bencana Tsunami melanda, ada sesetengah pihak yang masih tidak boleh menerima peristiwa tersebut sebagai satu bala atau peringatan daripada Allah s.w.t. Mengapa boleh begitu ?

Usai ini, kita dapat lihat apa yang Terus membaca ‘Bila Bala Datang Menjelma’

01
Jan
08

Melodi terhangat ? Bukanlah !

 Bila 2007 bakal melabuhkan tirainya, ada saja ‘playback’ yang ingin dipaparkan. Sana ingat, sini ingat. Begitulah juga konsep yang ditampilkan pada rancangan Melodi di tv3 baru-baru ini bagi sesiapa yang ada ‘tertonton’ rancangan itu. Rancangan yang memberikan informasi tentang dunia hiburan. Tak kurang juga ada yang melabelkan rancangan tersebut sebagai satu wadah membela nasib artis dan penggiat hiburan di Malaysia. Justeru, jika kita menutup mata tanpa melihat apakah yang disajikan oleh rancangan tersebut sama ada baik dan buruknya, secara logik akalnya kita akan menganggapnya ia sebagai satu rancangan yang patut diberi tepukan. ‘

Memberi maklumat dan Terus membaca ‘Melodi terhangat ? Bukanlah !’

01
Jan
08

Teori Tan Sri Rashid Sempena Tahun Baru

‘‘Mereka hanya tahu memperlekehkan usaha SPR dan mereka langsung tidak pernah menghargai apa yang kita lakukan. Sekiranya SPR tidak adil, tidak mungkin Kelantan kini diperintah oleh Pas.

‘‘Begitu juga dengan pilihan raya umum Sarawak tahun lalu yang mana kebanyakan kawasan bandar dimenangi oleh calon parti pembangkang.

“Adakah ini tidak cukup adil lagi bagi mereka?’’ tambahnya – dipetik dari akhbar Utusan Malaysia

Begitulah kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya yang Terus membaca ‘Teori Tan Sri Rashid Sempena Tahun Baru’




12

Inilah Teratak Keluarga ku

dan Tempat Ku Dibesarkan

Arkib

 

Januari 2008
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Ayat Motivasi

" Sesungguhnya Allah Maha Pengampun

Lagi Maha Penyayang "

Life Of Aku Photos

Bersama Tok Guru

Bersama Rakan Seperjuangan

Tuan Guru di Hati

Gerai Anbakri

More Photos

Komuniti Blogger Azhari

Photobucket

Hits Counter

  • 48,490 Pengunjung