Mal, pilihanraya kan dah dekat
Eh, ye ke, bila ?, soal saya kepada ibu saya dengan nada terkejut
Ntah, tak tahu, tapi kan sekarang asyik ada perhimpunan je, orang pun ada yang kena tangkap, jawab ibu saya. Sedikit skrip perbualan diantara saya dengan ibu saya di dalam telefon beberapa hari yang lalu.

Persoalan bilakah pilihanraya akan dijalankan masih belum terjawab. Banyak bacaan dari orang politik tentangnya dan tak kurang juga dari orang biasa seperti ibu saya. Bagi saya, saya mengharapkan pilihanraya dijalankan pada selepas hujung bulan awal tahun hadapan. Mungkin tidak munasabah jika difikirkan faktor-faktor yang menjadi sebab mengapa harus dilakukan pada awal tahun hadapan. Kerana, ada sesetengah pihak mengatakan bahawa awal tahun, orang sibuk uruskan anak-anak sekolah atau bukan dimusim cuti sekolah kerana biasanya pilihanraya akan dijalankan pada musim cuti sekolah. Iya, mungkin ada betulnya. Itu adalah sekadar harapan saya dan untuk menjangkakan bila, apa yang boleh saya katakan ialah, saya tidak tahu bila.
Melihat senario yang berlaku sejak kebelakangan ini, banyak perkara yang boleh kita jangkakan. Bagi saya, melihat kepincangan yang berlaku, seharusnya perlaksanaan pilihanraya raya dijalankan dalam masa yang terdekat ini. Namun begitu,apa pun jangkaaan dan bacaan kita, keputusan yang sentiasa menjadi persoalan pelbagai pihak sebenarnya berada di tangan Pak Lah. Inilah yang menjadi tanda tanya dan apa yang boleh saya katakan ialah Pak Lah ada agenda tersendirinya.
Beberapa hari yang lalu, kita digemparkan dengan tindakan polis yang menahan aktivis-aktivis pembangkang dari isu penahanan Haji Mat Sabu, sehinggalah yang terbaru isu penangkapan beberapa orang dikalangan pemimpin PAS, aktivis BERSIH dan lain-lain di kawasan parlimen. Apa yang boleh kita lihat, jika diimbas kembali beberapa peristiwa, kita boleh ambil iktibar dalam isu pemecatan Anwar Ibrahim dalam insitusi kepimpinan kerajaan pada tahun 1999. Dengan imej bersih yang ditampilkan oleh beliau rupa-rupanya ia menimbulkan rasa curiga oleh sesetengah pihak, bermulanya dengan penyebaran fitnah terhadapnya melalui media sehinggalah jawatan beliau di dalam kerajaan dilucutkan. Dan akhirnya, dakwaan-dakwaan terhadap beliau jelas tak dapat dibuktikan dengan bukti kukuh yang jelas menunjukkan bahawa wujudnya konspirasi untuk menjatuhkannya. Ini adalah satu kezaliman.
Dalam hal yang berkaitan dengan senario yang berlaku hari ini, persamaan yang boleh kita jangkakan ialah, kini kebangkitan rakyat telah bermula dari semua golongan ,baik dikalangan ahli politik mahupun dari rakyat biasa sendiri. Ini menggambarkan bahawa rakyat juga membawa imej bersih sebagai menuntut keadilan dan kebenaran dapat dilaksanakan di dalam negara kita. Namun, dalam masa yang sama ada pihak yang cuba menghalangnya dengan menggunakan kekerasan seperti apa yang dapat kita lihat pada hari ini dan kita tahu siapakah yang menjadi dalangnya. Namun, jika dipandang secara positif, kekerasan dan kezaliman yang berlaku, memberikan satu bonus kepada sebelah golongan yang ingin menegakkan kebenaran kerana isu-isu yang berlaku telah berjaya membuka mata rakyat dan,
Persoalannya
Apakah setiap kali hampir saat menjelangnya pilihanraya (mengikut pekiraan yang sedia maklum) kerajaan akan menggunakan kekerasan sebagai satu agenda terpenting dalam merealisasikan impian mereka?
Jika ditanya kepada pemimpin kerajaan, sudah tentu jawapannya “itu bukan kekerasan, kita hanya menjalankan tugas, undang-undang tetap undang-undang”. Jika ditanya kepada kalian, apa yang akan anda jawab ? ada tiga kemungkinan,
Pertama : Anda sama seperti mereka,
Kedua : Anda akan mengatakan no komen,
Ketiga : Kita lawan mereka !!!
Yang pasti, keputusan di tangan anda.





Komen Terkini