Arkib untuk 2 Disember 2007

02
Dis
07

Saya Benci Kamu !

Di suatu hari,

Lan : Boleh tolong tak ?

Amar : Boleh !

Lan : Tolong jangan menyibuk boleh tak !

Tanpa banyak bicara Amar pun beredar dari bilik Lan…. Tamat

Apalah nak jadi dengan kawan-kawan aku ni (hatiku berbisik seketika). Takkan kerana perkara yang kecil sanggup menyisihkan kawan ? Kalau dalam sesetengah drama melayu, babak mengumpat, membenci dan mengata kawan ni macam dah jadi wajib, tapi macam tak percaya, ada ke orang macam tu ? mengumpat sini sana… tapi bila saya sendiri berhadapan dengan situasi begitu barulah saya sedar lakonan yang sekadar lakonan sebenarnya adalah sebuah realiti.

Aku bencilah tengok dia ! masak taknak, tahu makan je, banyak pulak tu ! – suara sumbang yang pernah kedengaran di telinga saya

Di manakah erti sebuah persahabatan ?  Sepatutnya bila sahabat atau teman kita melakukan kesalahan, kita tegurlah cara baik, dan mendampinginya. Ini tidak, kita bukan sahaja melemparkan kata-kata yang mengguris hatinya, bahkan menjauhi diri darinya.

Sesungguhnya orang Mukmin itu bersaudara (Surah Al-Hujurat : Ayat 10)

Ditimpa kehinaan ke atas mereka walau di mana mereka berada melainkan mereka berpegang teguh dengan agama Allah dan menjalinkan hubungan baik sesama manusia (Surah A-li ‘Imran : Ayat 112)

Saya bukan bermaksud hendak membela kesalahan orang, akan tetapi bukan begitu caranya untuk mengajar sahabat kita. Besar bangatkah salahnya itu ? sebab tak masak saja kita meletakkan kesalahan itu seolah satu kesalahan yang lebih teruk daripada meninggalkan solat dan menonton video lucah.  Mungkinkah diri kita ni dah terlalu bagus untuk bertindak demikian terhadap sahabat kita ? Fikir-fikirkanlah wahai teman …




12

Inilah Teratak Keluarga ku

dan Tempat Ku Dibesarkan

Arkib

 

Disember 2007
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Ayat Motivasi

" Sesungguhnya Allah Maha Pengampun

Lagi Maha Penyayang "

Life Of Aku Photos

Bersama Tok Guru

Bersama Rakan Seperjuangan

Tuan Guru di Hati

Gerai Anbakri

More Photos

Komuniti Blogger Azhari

Photobucket

Hits Counter

  • 48,573 Pengunjung