Arkib untuk November 2007

27
Nov
07

Sempurnakah Nikmat Itu ?

Di suatu petang yang damai,

Haykal : Malaysia kira okay lah, kalau nak dibandingkan dengan negara lain, bank islam ada, Islam hadhari pun ada, nak apa lagi ? pemimpin kita pun dah bagi tahu yang Malaysia ni negara Islam, yang kamu bising-bising buat apa ?

Mad : Baiklah, apa pun saya terima pendapat kamu, cuma saya nak tanya, rasa-rasa nikmat Islam yang biasa kita sebut tu dah dikecapi sepenuhnya ke di negara kita ?

Haykal : Macam tadi saya sebutlah, kita dah ada Islam Hadhari semua ni, saya rasa ia dah cukup bagus, kenapa ? kamu tak setuju dengan Islam Hadhari ke ?

Mad : Maafkan saya, sebenarnya saya kurang setuju dengan pendapat kamu, sebenarnya saya tak rasa nikmat Islam itu sudah dapat dikecapi sepenuhnya di Malaysia ini

Haykal : Eh! kenapa kamu katakan begitu ? saya tak faham maksud nikmat yang tak sepenuhnya dikecapi ? lain macam je bunyinya ?

Mad : Begini, saya pun tak faham mana tentang Islam itu, tapi melalui pemahaman yang saya perolehi dari ustaz-ustaz, kita sepatutnya melihat Islam itu dari semua aspek, bukan hanya kepada satu-satu perkara sahaja, itu sudah cukup untuk kita melabelkan bahawa Islam telah sempurna

Haykal : Owh begitu, saya rasa maksud yang kamu nak sampaikan itu telah saya perolehi, kamu nak kata yang kerajaan kita hari ini tak laksanakan hukum Islam lah ye, betul tak ? terutamanya bab hudud, tahu dah … ramai dah orang yang berfikiran macam kamu, apa Islam itu hudud je ke ? “

Mad : Terpulang apa yang kamu nak kata, yang pasti saya tak katakan yang Islam itu hanya akan dinamakan Islam bila kita melaksanakan hukum hudud, mmm …. dari situ saja kamu dah salah faham, tapi bukan bermakna saya akan mengatakan bahawa hukum hudud itu tidak perlu dilaksanakan, bahkan saya akan katakan bahawa ianya wajib dilaksanakan kerana itu adalah perintah Allah. Baiklah, saya nak tanya kamu … hudud tu wajib ke tak ?

Haykal : Mmm, tentulah wajib… tapi kalau di Malaysia ni tak kot, sebab di negara kita ni ada berbilang agama, bukankah susah dan zalim namanya tu ?

Mad : Itulah, kamu kena tahu yang Islam ni sebenarnya mudah dan tidak menyusahkan, apatah lagi berlaku zalim, pasal hudud ni kamu cuba cari dulu di mana-mana, kalau kamu tidak faham juga, nanti kita bincang semula

Haykal : Habistu, kamu nak kata yang Malaysia ni bukan negara Islam ke ?

Mad : Kalau orang tanya, yang boleh saya katakan bahawa hukum Islam belum dilaksanakan sepenuhnya, selebihnya … saya serahkan kepada kamu untuk mencari jawapannya

Haykal : oh ye ! tadi kamu kata yang kita belum menikmati nikmat Islam itu sepenuhnya, saya tak faham, boleh jelaskan ?

Mad : Satu je saya nak bagi tahu, pernah kamu dengar sebelum ini, kes pegawai jabatan agama Islam dan polis cuba nak menangkap seorang ustaz yang hendak memberikan ceramah ? kes roboh masjid ? kes polis tangkap rakyat yang berhimpun ?

Haykal : ye ! saya ada dengar, apa kaitannya ?

Mad : Begini, Islam itu bukan agama yang mengongkong, pintu terbuka luas kepada umatnya yang hendak melakukan kebaikan, tapi hal yang sebaliknya berlaku di negara kita … Bayangkanlah, kalau satu hari nanti, azan pun tidak boleh dilaungkan di negara kita, nauzubillah, bagaimana perasaan kita ? Lagi satu, kita sebuk laungkan erti kemerdekaan, 50 tahun kita merdeka ! apa ertinya jika kita masih mengekalkan undang-undang penjajah ? sedangkan sebelum tanah melayu dijajah, pada waktu itu hukum islam dilaksanakan, tapi hari ini ? maksiat semakin berleluasa dan bermacam-macam lagi gejala negatif yang sedang melanda.

Haykal : Kalau macam tu, macam mana kita nak sempurnakannya supaya kita boleh benar-benar mengecapi nikmat Islam itu sepenuhnya ?

Mad : itulah yang sering menjadi tanda tanya, dan jawapannya, saya serahkan kepada *kamu untuk memikirkannya ……. apa pun, yang pasti kita ada tanggungjawab yang mesti ditunaikan.

p/s : *kamu = kita semua

 

24
Nov
07

Bila Anjing Mula Menggonggong

Seketika di dalam bas :

gong gong gong gong gong !!!! (pekikan suara manusia yang telah diubah suai)

detik yang paling teruk pernah saya lalui. Teruk kerana mendengar suara sekumpulan budak hingusan sedang membuat bising tak tentu pasal di dalam kenderaan awam. Saya sendiri tak faham bahasa mereka. Apa yang saya boleh katakan, ia sangat teruk seteruknya. Seketika saya berfikir :

Macam anjing mengonggong lah pulak

Keterlaluan sungguh perumpamaan itu. Tak semudah itu. Puas juga saya memikirkan alasan mengapa saya memperumpamakan perbuatan mereka seperti anjing mengonggong. Sebelum tidur saya masih lagi memikirkannya. Walaubagaimanapun, sebenarnya jawapan itu sudah ada di kepala saya sejak saya berada di dalam bas lagi. Cuma saya masih lagi berminat untuk mengendahkannya. Saya tekad untuk mencari jawapannya dan akhirnya saya teringat beberapa ekor anjing yang berdekatan di rumah saya. Mungkin anjing itulah yang menjadi salah satu punca kawan-kawan saya jarang datang ke rumah. Apa tidaknya, anjing itu akan menyalak bila ada orang yang lalu lalang di sepanjang jalan yang berhampiran. Silap-silap dikejarnya. Namun, bila diperhatikan sekarang, keaktifan anjing itu tidak seperti dahulu lagi. Satu perubahan yang baik.

Mungkin dah bertaubat kot’ seloroh ku

Seketika timbul persoalan di benak kepala ini :

Kenapa pula anjing tu nak menyalak ? Mesti ada sebab

Persoalan itulah yang menjadi asas bagi menguatkan tanggapan saya. Walaupun tak semua anjing sepertinya, namun anjing itu sedikit berbeza. Tiga tahun saya mengenalinya secara jeling-jeling dan interaksi saya dengannya ketika dia cuba mengonggong saya. Sudah tentu ada sebabnya. Iya ! Menjaga bengkel bas milik tuannya.

Namun, anjing bukanlah seperti manusia yang diberikan kelebihan untuk berfikir. Sebab itulah setiap kali orang yang lalu lalang, anjing itu akan berbunyi bising walhal yang lalu itu bukanlah sang pencuri. Bermakna ? Maknanya kalau anjing mengonggong ada sebabnya, maka sudah tentu budak-budak itu juga bersebab.

Apa sebabnya ?

Persoalan yang bermain difikiran ini telah hampir kepada jawapannya. Menjerit tidak tentu pasal, mengingatkan saya tentang sebuah kisah Sejenak Menjelang Pilihanraya. Tidak lain tidak bukan hanyalah nak menyakitkan hati orang lain. Satu tindakan yang bersebab, namun terfikir juga apakah sebab itu dapat disamakan dengan membuat amal kebaikan ? Semangat untuk meneruskan kisah saya ini sebenarnya beransur hilang. Hilang dek kekalutan mata yang melihat dan telinga yang mendengar.

Kalau anjing tadi menggonggong sebab dikiranya semua orang yang lalu lalang adalah pencuri, saya masih boleh terima. Mungkin kerana sudah tahap kemampuannya begitu . Tapi yang melalak itu adalah manusia, sebaik-baik kejadian Maha Pencipta. Jika anjing salah mungkin kerana tuannya tidak mengajar siapa yang patut digonggong, apakah kita juga hendak beranggapan begitu menyalahkan Tuhan yang mencipta ? Nauzubillah minzalik .Apakah tidak Tuhan mengajar bagaimana menjadi manusia yang beradab ? Apakah pula Tuhan tidak mengajar kita dalam membezakan mana satu amalan yang mendatangkan manfaat dan mana pula yang mendatangkan kecelakaan?

Kalau begitu, saya masih hairan mengapa masih ada orang yang tidak tahu membezakan mana satu bersih mana satu kotor ? Nak ikut siapa, syaitan atau mufti ? Fikir-fikir selalu.

Moral : Maknanya, kalau nak buat sesuatu, jadikanlah al-quran dan as-sunnah sebagai panduan. Jadilah manusia yang beradab dan berakhlak mulia. Nabi kata, kalau kita berpegang dengannya, nescaya kita tidak akan sesat buat selamanya. Al-quran ada menjelaskan bawaha Nabi Muhammad adalah contoh terbaik untuk dijadikan ikutan. Maka, janganlah jadi seperti makhluk yang bertindak lebih teruk dari anjing yang sedang mengonggong sesiapa sahaja. Untuk akhirnya, jika kita hendak menghukum orang itu begitu dan begini, biarlah hukuman itu kena pada tempatnya dan ada rasionalnya.

p/s : artikel ini dinukilkan sempena mengimbau kembali kisah siapa jantan, siapa biadab dan siapa pondan dikalangan anak Melayu

Wallahua Ta’ala a’lam

19
Nov
07

Manusia Dan Tabiat (2)

 

 

Kartun ini sekadar penyeri (harap maklum)

Pada suatu hari, di tengah panas dan hiruk pikuk ibu kota

Kuala Lumpur …

Haykal : Eh Mad, aku nak tanya kau satu soalan boleh tak ?

Mad : tanye je lah, apa dia ?

Haykal : Dulu masa zaman sebelum merdeka, kapal terbang dah ada tak ?

Mad : Heh ! apalah ko tanya soalan kacang macam tu.

Tiba-tiba,

Mad : Eh, Kal ! jom kita pergi makan.

Haykal : Hah ! soalan aku tak jawab lagi, jawab dulu.

Mad : Alaaa, nantilah aku jawab, sekarang kita pergi makan dulu ya.

Haykal : Hmmm ! jom lah. (Tamat)

Entri ini adalah kesinambungan dari entri Manusia dan Tabiat (1), Belajar dan makan. Sesuatu yang berbeza namun sama pentingnya. Dan yang menjadi persoalannya ialah ? Iya ! saya masih menanti jawapan daripada anda semua untuk menguraikan segala yang tersimpul. 

Babak 1 :

Mad : Kal ! laju sikit ‘drive’ … kita dah lambat ni, majlis tu mula pukul lapan, sekarang dah pukul 7.55 pagi.

Haykal : Ah kau ni, tak pasal-pasal nanti kene saman. Relakslah …

Mad : Mmm, yelah tu … lesen ada ?

Haykal : Hehe, tak ada … tapi tu kira lain ceritalah ye, dah dah ! ko duduk senyap-senyap, kejap lagi sampailah

Babak 2 :

Jam 5.30pagi,

Allahuakbar Allahuakbar ! (kedengaran laungan azan menandakan masuknya waktu solat subuh )

Kok, kokokok, kok, kokokok …. (bunyi jam loceng)

Mad : Uhh ! dah subuh, (sedikit tersentak bila mendengar jam locengnya berbunyi, lalu Mad pun ) : Kal, oooo Kal !!! bangun solat, dah azan dah

Haykal : Erghhhh (suara Haykal ketika menggeliat, itulah tindak balas yang diberikan apabila Mad mengejutkannya)

Tiba-tiba ….

Oing, oing, oing, oing … (bunyi jam loceng Haykal yang sedikit berbeza dari bunyi jam loceng Mad ) Kokokan ayam jantan dan tempikan katak, berbeza, namun matlamatnya tetap sama. Jam menunjukkan pukul 7.45pg …. sebelum ni jamnya telah berbunyi beberapa kali, namun bunyi loceng kali ini menandakan loceng yang terakhir …

Haykal : Huhhh ! alamak, adoiiii !!! macam mana ni, habislah aku lambat … eh Mad ! apsal kau tak kejutkan aku, kau tahu kan biasa aku pergi kelas pukul berapa ?

Mad : Hayyah ! salah siapa maaaa ! heheh (sakat Mad) lalu berkata : aku dan kejut pun tadi, sejak pukul azan lagi, tapi tak bangun, itulah akibatnya (Mad tak habis-habis dengan sikapnya yang suka mengenakan Haykal) Mad, senior kepada Haykal. Namun Mad berbeza dengan Haykal yang sedikit nakal. Tamat

Satu lagi kisah yang berlegar disekeliling kita. Ia adalah realiti yang diskripkan di dalam entri ini. Sejauh mana kita berfikir, sejauh itulah kita akan memperolehi jawapannya. Namun, semuanya tertakluk pada jawapan dan respon saya, anda dan kalian semua.

17
Nov
07

Kemenangan Majoriti PAS Di Kelantan Terbukti SPR Adil

Mari kita lihat pilihan raya sebelum ini. Jika benar bahawa pilihan raya itu tidak adil, adakah Kelantan dan Terengganu akan di perintah oleh PAS? Dan mengapa sehingga sekarang PAS masih lagi berkuasa di Kelantan? Dan ketika pilihan raya 1999 lalu, PAS hampir-hampir menumbangkan kerajaan BN Kedah? Dan mengapa ramai ahli Dewan Rakyat yang dipilih daripada pembangkang jika pilihan raya tidak adil dalam tahun 1999 itu?SPR

(Suruhanjaya Pilihan Raya) baru-baru ini memperkenalkan prosedur baru iaitu dengan mencalit sedikit dakwat pada jari untuk memberi isyarat bahawa orang itu sudah pun mengundi. Bukankah itu satu pembaharuan dalam memastikan proses pilihan raya itu benar-benar telus dan adil?

Pandangan :

Maafkan saya terlebih dahulu kerana memilih topik dan kenyataan tersebut sebagai tajuk perbincangan ringkas dan sedikit ulasan berkenaan dakwaan sesetengah pihak yang melemparkan tuduhan yang murah terhadap peserta perhimpunan BERSIH 10Nov yang lalu di dalam entri saya. Saya bukan hendak mewujudkan suasana yang tidak baik kepada pihak yang menyatakan kenyataan tersebut, akan tetapi saya hanya mengambil dan memandang pada kenyataannya sahaja dan saya rasa ianya harus diperbetulkan. Saya juga yakin, ramai yang berpandangan sedemikian rupa. Namun, saya bukanlah orang yang arif, dan entri ini sekadar menyatakan pandangan saya berdasarkan pemerhatian serta pengamatan saya di dalam artikel atau kenyataan-kenyataan daripada orang yang lebih arif khsusnya tokoh-tokoh politik, oleh sebab itu jika ada yang tak kena harap diperbetulkan.

Bicara tentang keadilan. Tajuk yang berhajatkan kepada suatu perbahasan yang lebih mendalam berdasarkan konteks atau maksud yang dikehendaki mengikut situasi dan keadaan. Namun dalam perbincangan ringkas tajuk ini, fokusnya adalah pada perbahasan sistem pilihanraya, adil atau tidak ? membaca persoalaan yang diutarakan di atas, bagi saya, untuk menguhukum dan mengukur sama ada perjalanan pilihanraya itu adil atau tidak berdasarkan keputusan, maka saya berpandangan ianya suatu pandangan yang tidak adil.

Dalam hal ini saya tertarik dengan kenyataan menteri kita untuk saya kaitkan dengan tajuk perbincangan ini , Zainuddin Maidin dalam kenyataannya sebagai mengulas senario perhimpunan yang telah berlansung 10Nov yang lalu, beliau berkata :

Demonstrasi tidak perlu kerana kita sudah ada piliharaya di dalam Negara kita

Khairy Jamaluddin :

Saya cabar pembangkang, jangan jadi beruk-beruk di jalanraya tetapi bertanding dalam gelanggang pilihanraya umum

Siapa Khairy Jamaluddin ? –>>

Hal ini boleh dikaitkan dengan kenyataan tentang blog yang melemparkan ‘bodoh’ kepada rakyat Malaysia yang terlibat di dalam perhimpunan tersebut. Kenyataan yang berbeza, namun kedua-duanya tidak boleh saya terima. Mendefinasikan ‘bodoh’ kepada orang yang ingin menuntut keadilan dan kebenaran adalah zalim.

Saya juga kesal dan saya yakin rakyat juga akan kecewa dengan kenyataan-kenyataan seperti ini apatah lagi bila yang bercakap itu adalah dikalangan pemimpin negara. Membincangkan soal demokrasi mengikut kehendaknya. Membandingkan negara-negara lain untuk dijadikan alasan sebagai menidakkan serta menafikan tindakan rakyat sebenarnya betul.Maka tidak wajar bagi mana-mana penguasa untuk menyekat kebenaran daripada disebarkan kepada rakyat. Salahkah berhimpun ?

Persoalannya : Adilkah mereka berpandangan sedemikian dalam sebuah negara demokrasi ?

Berbalik kepada topik perbincangan. Jika di Kelantan, korupsi dalam pilihanraya masih juga berlaku. Berlakunya pertindanan senarai daftar pemilih, kemasukan pengundi hantu dari luar, itu sudah cukup untuk membuktikan bahawa pilihanraya tidak adil. Dan kemenangan PAS di Kelantan bukan kerana perjalanan pilihanraya yang adil tetapi adalah kerana kekuatan dan kelebihan yang dimiliki oleh PAS dari aspek sokongannya. Sedikit pengalaman sewaktu pilihanraya 2004 di kawasan saya (DUN Batu Laut) , maklumat yang saya perolehi daripada sumber-sumber yang dipercayai, bahawa ada pengundi-pengundi luar dikalangan orang asli dibawa masuk ke kawasan saya untuk mengundi. Dan ini terbukti apabila disiasat, mereka (orang asli tersebut) dibawa oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan menipu. Adilkah ini sekalipun pembangkang menang ? Dalam kes yang lain, wujud senarai nama daftar pemilih yang tidak layak (bawah umur layak) mengundi tetapi disenaraikan sebagai daftar pemilih.

Dalam pilihanraya kampus baru-baru ini, jelas terbukti banyak perkara yang menimbulkan tanda tanya dan meragukan. Jika adil, saya yakin masalah ini tidak akan dipersoalkan. Kita boleh lihat di UPM dan universiti-universiti yang lain.

Dalam hal ini juga, kita boleh ambil satu contoh sebagai kiasan :

Kemenangan Bush dalam pilihanraya di US, apakah bererti kemenangannya itu membuktikan yang Bush itu adalah seorang yang benar, baik dan penyayang ?

Siapakah Bush ? Bush adalah manusia paling hipokrit di dunia

Adalah amat malang bagi Malaysia kerana walaupun sudah 50 tahun merdeka, ternyata Malaysia masih gagal untuk mengendalikan proses pilihanraya yang bebas dan adil. Kesimpulan ini bukan sahaja dipersetujui oleh masyarakat sivil, parti-parti politik dan pemerhati antarabangsa, malah ia juga diakui sendiri oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya. Selepas pilihanraya umum pada bulan Mac 2004 yang dihantui oleh pelbagai penyelewengan dan kontroversi yang jauh lebih serius daripada pilihanraya-pilihanraya sebelumnyaKeadilan yang dituntut bukan sekadar dari satu sudut sahaja, bahkan dari perlbagai aspek contohnya dalam hal penggunaan dakwat dalam mengundi , iya ! satu perubahan dan pembaharuan yang dilakukan oleh SPR dan boleh dipuji, namun dari aspek yang lain bagaimana ?

Oleh sebab itu, BERSIH diwujudkan dan bagi merealisasikan usaha menangani masalah korupsi di dalam pilihanraya Malaysia, kita harus memandang dari pelbagai aspek di antaranya ialah :

1- Sistem pilihanraya

2- Pentadbiran pilihanraya

3- Penamaan calon dan pemilihan parti-parti

4- Kempen pilihanraya dan undang-undang

5- Media

6- Kerajaan sementara atau Caretaker

7- Daftar pemilih

8- Undi – untuk keterangan lanjut sila rujuk @ link

Kesimpulannya :

Kemenangan PAS di Kelantan tidak boleh dijadikan hujah sebagai menyatakan perlaksanaan pilihanraya adalah adil selagi mana berlakunya penipuan dan penyelewengan oleh pihak tertentu khususnya badan SPR yang banyak menimbulkan keraguan dalam melaksanakan perjalanan pilihanray di Malaysia. Kita juga perlu berfikir dahulu sebelum melemparkan tuduhan kepada sesetengah pihak secara rasional bukan berdasarkan nafsu seperti yang dinyatakan oleh pihak tertentu. Sama-samalah kita muhasabah diri semoga dengannya kita menjadi orang yang berjaya dunia dan akhirat. Wallah a’lam

16
Nov
07

Senyum Kambing : Khir Toyo Dan Perhimpunan

Senyum Kambing ( 1 )

Senyum Kambing ( 2 )

Koreksi :

1- Pemimpin sepatutnya menjadi contoh teladan, bukan bahan kutukan

2- Negara Islam dan undang-undang : Berhimpun memperjuangkan kebenaran ditangkap ?

3- Dunia ni hanya sementara, carilah redha Allah, bukan redha manusia

4- Akhir sekali, sama-samalah kita koreksi diri ‘kita semua’ saya, anda, mereka, rakyat dan pemimpin

12
Nov
07

Pendekar Mustar Kata Betul-Betul, Ajis Kata Cobaan

Orang ramai melaungkan kalimah tauhid di Masjid Jamek, subhanallah amat menggegarkan

Pendekar Mustar Kata Betul-Betul, Ajis Kata Cobaan

Semakin hairan ku dibuatnya. Barangkali perhimpunan semalam itu cuma cobaan. Ala macam dalam wayang P. Ramlee yang bertajuk Pendekar Bujang Lapok. Betul-betul tapi dikatanya cobaan – Bisik hatiku dengan nada dan intonasi seperti orang zaman dahulu sedang berbicara sejurus membaca laporan akhbar Berita Harian tentang kenyataan Pak Lah berkenaan perhimpunan 100 ribu yang baru berlansung semalam.

Dalam kenyataannya beliau berkata :

Perhimpunan dan perarakan haram itu sebenarnya gimik politik pembangkang

Lagi Pak Lah berkata :

Sebenarnya tiada siapa selain pembangkang yang suka perkara seperti itu berlaku kerana ia menyusahkan selain menjadi bebanan kepada polis kerana perlu mengawal keadaan kerana ia tanggungjawab mereka

Sungguh murah tuduhan itu. Tak habis-habis sebut nama pembangkang. Pembangkang tu siapa ? manusia yang berkerakyatan Malaysia, atau haiwan dikalangan beruk ? Perhimpunan ni perhimpunan untuk rakyat. Bukan kepentingan peribadi. BERSIH adalah sebuah jawatankuasa gabungan yang terdiri daripada organisasi-organisasi masyarakat sivil dan parti-parti politik dengan matlamat utama untuk memperjuangkan pilihanraya yang bebas dan adil di Malaysia. Sudah jelas bukan. Cukuplah 10 Nov menjadi sejarah yang membuktikan bahawa rakyat Malaysia inginkan perubahan.

Persoalannya, salahkah berhimpun ? takpa, biar saya saja yang menjawabnya mewakili pemimpin kita. Iya ! memang salah. Kerana :

1- Perhimpunan tersebut akan menyusahkan rakyat

2- Perhimpunan tersebut membebankan pihak polis yang menjaga keselamatan

3- Perhimpunan tersebut tidak bermanfaat

4- Perhimpunan tersebut mencemarkan institusi beraja

5- Perhimpunan tersebut mencemarkan nama Malaysia *

6- Perhimpunan tersebut menyebabkan kesesakan lalulintas

7- Perhimpunan tersebut haram

8- Ada sesiapa boleh sebut lagi ???

*Siapa sebenarnya yang mencemarkan nama Malaysia ? rakyat atau beliau?

p/s: alasan-alasan di atas bukanlah pendirian tuan empunya blog

Nyah ! Jikalau ianya sekadar cobaan, tutup saja mulut kalian, tapi kalau ianya betul-betul, bukan cobaan, maka teruskan … men’kuning’kan bangsa.

10
Nov
07

Syabas BERSIH Dan Rakyat Malaysia : Pak Lah ?

Barang siapa di antara kalian melihat kemungkaran (hal yang keji, buruk), maka hendaklah ia mengubah kemungkaran itu dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka dengan lisannya. Kalau tidak sanggup, maka dengan hatinya. Dan itu adalah selemah-lemah iman   

Sedutan berita dari rangkaian tv Al-Jazeera berkenaan perhimpunan 100 ribu BERSIH

Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada BERSIH dan rakyat Malaysia.  Kalau dahulunya kita berbangga dengan lahirnya angkasawan pertama, hari ini kita juga patut berbangga kerana lahirnya anak bangsa yang berani menyuarakan isi hati mereka sebagai menuntut suatu keadilan dan ketelusan dilaksanakan dalam pilihanraya khususnya. Iya ! saya berbangga. Kalau di angkasa, mereka dihidangkang dengan rendang, namun di perhimpunan 100 ribu, mereka dihidangkan dengan gas pemedih mata, kayu pemukul dan pelbagai lagi hidangan yang mengerikan. Orang kata sudah sunnah orang berjuang. Sedetik teringat kembali bila membaca berita …

Sebenarnya yang Pak Lah kata ialah :

Saya pantang di cabar ! 

Life Of Aku :

Syabas BERSIH dan rakyat Malaysia ! - itu Tuan Guru Haji Hadi yang kata –>> lebih kurang begitu bunyinya

Pak Lah berkata lagi :

Mereka sepatutnya berani berdepan dengan kerajaan dalam pilihanraya dan bukan menerusi ‘demokrasi jalanan’ begitu

Life Of Aku :

Iyalah, memang kita nak berdepan dalam pilihanraya, sebab itulah kita mengadakan perhimpunan ni 

Nathaniel Tan :

Di Pakistan dan di Burma, rakyat turun ke jalan raya kerana tiada pilihan lain. Keparahan dan racun telah meresap ke dalam darah negara-negara tersebut, dan keseksaan rakyat tidak dapat ditanggung lagi. Ada yang berpendapat kami di Malaysia belum tercapai keparahan tersebut, dan mungkin ada juga kebenaran di dalam kata-kata itu. Tetapi sanggupkah kita menunggu sampai begitu parah? Sanggupkah kita tunggu sehingga tua seperti sami sebelum terpaksa turun ke jalan raya untuk menutut perubahan demi mempertahankan anak-anak kita yang dirompak, dirogol dan diseksa?

Mat Sabu :

TV Singapura melaporkan bahawa himpunan rakyat tadi adalah yang terbesar ddalam sejarah negara oleh pihak pembangkang dan NGO

Malah wartawan dalam dan luar negeri turut memuji kerana himpunan ini telah dianjurkan secara aman – katanya di sambut dengan laungan ‘Takbir’ oleh orang ramai

Syabas Dan Tahniah Diucapkan Kepada Semua Peserta Perhimpunan 100 Ribu, 10 November BERSIH

Terima Kasih diucapkan buat teman di tanah air yang sudi meng ‘ SMS ‘ memberi khabar berita. Syabas dan tahniah - Life Of Aku

06
Nov
07

Selamat Berhimpun Buat Rakyat Malaysia

Moral : Bila barang naik, janganlah kita duduk diam saja. Kalau dah kaya, tengoklah orang yang di bawah kita. Bantulah mereka. Tak dapat bantu dengan duit, kita bantu buat demonstrasi. Kasihanilah orang lain yang tidak berkemampuan. Terfikir juga, tak boleh ke kerajaan tanggung dan bantu rakyat semaksimum yang boleh ? tak habis-habis dengan pembangunan, tapi rakyat ditinggalkan merempat. Buktinya di Selangor. Ke ada sesiapa yang tidak setuju. Kita bukan menolak pembangunan, tapi berpada-padalah. Kalau bangunan besar-besar boleh dibina, mengapa tidak sekecil rumah untuk rakyat berteduh. Bersama-samalah koreksi dan wujudkan suasana harmoni antara rakyat dan kepimpinan. Fikirkan yang terbaik demi kebahagiaan bersama.

Dan bersempena perhimpunan 100 ribu (BERSIH) yang bakal berlansung beberapa hari lagi, saya ingin mengucapkan selamat berhimpun kepada rakyat Malaysia. Moga semangat gelombang kuning yang bakal mencipta sejarah tanah air kita, bukan hanya pada 10 November sahaja, tetapi pada setiap masa. Sedih rasanya tidak dapat bersama-sama dalam perhimpunan tersebut. Kepada yang pergi, jangan lupa khabarkan berita kalian kepada ku. Waktu inilah, kita hendak meluahkan perasaan kita sebagai rakyat yang cintakan kebenaran dan bencikan kezaliman. Berhimpunlah kerana Allah.

 

03
Nov
07

Tragedi Rimba Jaya : Tidak Zalimkah Itu ?

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim, maka api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah, kemudian kamu tidak akan mendapat pertolongan (Surah Huud : 113)

Satu lagi kezaliman yang dilakukan oleh pihak berkuasa di Selangor. Siapa pemimpinnya ? Saya pelik, bila ada yang  menggelarkan mereka ini zalim, ada pula yang tidak setuju. Cukuplah Tragedi Kampung Berembang tahun lalu. Kalau dahulu, ungkapan ‘melayu mudah lupa’ sentiasa menjadi sebutan, hari ini tidak lagi. ‘Melayu selalu lupa’. Iya ! itulah yang selayaknya. Hidup bermasyarakat ni perlulah ada toleransi. Kadang-kadang terfikir juga, bagaimana pula dengan pusat-pusat hiburan, dan pusat-pusat maksiat ? Takkan nak dibiarkan saja.  

Inilah yang peliknya, sebelum ni, kes di Surau ar-Rafiq di mana pegawai JAIS dan polis cuba untuk menangkap seorang ustaz yang hendak memberikan ceramahnya. Walaupun gagal, namun tindakan tersebut amat menyedihkan dan mengecewakan kita apatah lagi yang melakukan semua itu adalah dikalangan orang Islam sendiri. Benarlah apa yang telah disebutkan oleh Rasulullah saw bahawa umat Islam akan menghadapi beberapa rintangan dan cabaran iaitu : 1- mukmin yang hasad dan inilah cabaran yang kita dapat lihat pada hari ini 2- kafir yang membunuh 3- syaitan yang sentiasa menyuruh kepada kejahatan 4- nafsu yang sentiasa melawan

Selangor kini sedang melaksanakan dasar sifar setinggan

Antara dasar kerajaan pimpinan Khir Toyo. Hari ini, kes perobohan kawasan penempatan penduduk Rimba Jaya menjadi saksi dan bukti kezaliman UMNO. Kalau ya pun nak membangunkan negeri Selangor, cubalah fikirkan cara yang sebaiknya. Sebuk nak mengejar pembangunan, rakyat pula dilupakan.

Mana perginya Wanita Umno yang berjanji untuk menolong kami. Hingga tiba hari ini, rumah kami dah dirobohkan batang hidung mereka pun tidak nampak

Demikian luahan Zainatun Dasuki dan Rusiah Rashid, mangsa perobohan rumah di Kampung Rimba Jaya, Shah Alam, semalam. Lebih menyayat hati lagi, anak kepada Rusiah Rashid sedang bergelut dengan penyakit jantung berlubang dan menghadapi masalah buah pinggang.

 

Tiada siapa pun yang mengambil tahu penyakit yang menimpa anak saya ini. Selain jantung berlubang, Nor Fatihah juga terpaksa menanggung beberapa penyakit lain

Dah kena pindah ni, makin sukar untuk saya ke HKL untuk mendapatkan rawatan Nor Fatihah. Kami pun tidak tahu di mana kami hendak tinggal

Jelas Rusiah, sambil menyekat air mata yang berlenangan.

Nyah ! tiada apa lagi yang perlu dijelaskan. Tragedi ini perlu dijadikan pengajaran khususnya bagi umat Islam khususnya, dan bagi semua kaum ammnya.

Masih Tidak Zalimkah Itu ?

 

 Imbasan Tragedi Kampung Berembang

Untuk melihat gambar peristiwa pengepungan yang dibuat oleh pegawai JAIS dan polis di Surau ar-Rafiq sila klik –>>

Untuk rujukan, sila klik  –>> tentang zalim

Untuk maklumat terperinci, sila klik –>> tentang tragedi perobohan penempatan penduduk Rimba Jaya

Untuk imbas kembali, sila klik –>> tentang tragedi perobohan Surau Kampung Berembang




12

Inilah Teratak Keluarga ku

dan Tempat Ku Dibesarkan

Arkib

 

November 2007
I S R K J S A
« Okt   Dis »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Ayat Motivasi

" Sesungguhnya Allah Maha Pengampun

Lagi Maha Penyayang "

Life Of Aku Photos

Bersama Tok Guru

Bersama Rakan Seperjuangan

Tuan Guru di Hati

Gerai Anbakri

More Photos

Komen Terkini

adiq_zah pada Mendidik Keluarga Ke Syur…
ahmad al-jawi pada Guest Book
M.ZULFIRMAN ARIFIN pada Peperiksaan Akhir
hj razak mat amin pada Malaysia bukan “boleh…

Komuniti Blogger Azhari

Photobucket

Hits Counter

  • 47,887 Pengunjung