Malaysia bukan “boleh” tapi “bodoh” – Akhbar Australia

Berhari raya di angkasa ? sudah tentu lain dari yang lain. Makan tempe ? Beruntungnya. Orang yang berada di bumi ni pun belum tentu dapat menikmati semua jenis makanan tu. Itulah yang dikatakan Malaysia boleh. Itu kita yang kata ? tapi apa orang lain kata ? Bangga yang sedikit terhina rasanya. Setiap apa yang berlaku tentu ada sebabnya … membaca artikel yang dipaparkan oleh Siasah Daily sebentar tadi, siapa yang makan cili rasalah pedasnya…

Siasah Daily

 aKUALA LUMPUR, 17 Okt: Sebuah akhbar Australia bukannya menyifatkan Malaysia sebagai “boleh” tetapi “bodoh” apabila membelanjakan RM95 juta untuk menghantar rakyatnya di angkasa lepas.

Kolumnis akhbar The Age, Melbourne, Michael Backman dalam tulisannya menyifatkan para pemimpin Malaysia sering berbangga dengan pencapaiannya tetapi apabila ditanya kepada orang luar Malaysia, di manakah Malaysia? mereka tidak akan tahu pun negara kecil itu.

“Thas not Malaysia “boleh”, that’s Malaysia “bodoh” (stupid),”

tulis Backman mengakhiri tulisannya yang disiarkan 15 November 2006 lagi ketika Malaysia sedang mengwar-warkan akan menghantar rakyatnya ke angkasalepas.Ia disebarkan secara meluas dalam internet selepas Angkasawan Malaysia, Dr Sheikh Muzaffar Shukur dihantar ke ISS menggunakan kapal angkasa milik Rusia baru-baru ini.Menurut Backman, pemimpin Malaysia yang dipimpin oleh Barisan Nasional (BN) sering menunjuk-nunjuk dengan pencapaian yang diperolehi oleh Malaysia. Antaranya, Malaysia menggunakan syarikat minyak miliknya, Petronas untuk membina Kuala Lumpur City Centre (KLCC), iaitu bangunan yang tertinggi ketika ia dibina.

“Malaysia sangat berbangga dengan bangunan ini. Padahal mereka hanya membuat sedikit sahaja untuknya.“Duitnya datang dari bumi (minyak Petronas), juruteranya dikontrakkan kepada syarikat Korea Selatan. “Bahkan, mereka tidak pun menguruskan kompleks perniagaan yang ada di bangunan ini. Ia diuruskan oleh syarikat Australia, Westfield,” tulis Backman dalam tulisannya. Tentang angkasawan, Backman menulis, rakyat Malaysia itu hanya menumpang kapal angkasa milik orang lain dengan membayar kapal itu seumpama teksi sahaja. “Apa yang Malaysia dapat dengan menggunakan program angkasalepas milik orang lain sebagai teksi? Sah tiada manafaat teknologi yang diperolehi. Tetapi sudah tentu Malaysia sekali lagi akan berkata ‘boleh”. Masalahnya mereka tidak, ini bukan program angkasawan mereka,” tulis Backman.

29 Respon to “Malaysia bukan “boleh” tapi “bodoh” – Akhbar Australia”


  1. 1 4g1rlt3lls4ll Oktober 18, 2007 at 2:09 am

    Susah nak komen sebab setiap orang ada pandangan mereka sendiri. Sekali pandang mungkin program sebegini dianggap suatu pembaziran besar. Tapi, sebagai pemulaan, saya rasakan dengan menghantar seorang angkasawan malaysia ke ISS dapat menjadi sumber inspirasi jutaan kanak-kanak di Malaysia yang menyaksikannya. Sekurang-kurangnya kanak-kanak kecil yang masih berpeluang untuk menuntut ilmu dan membesar dalam situasi di mana kita sudah ada seorang angkasawan sulung dapat memulakan azam dan cita-cita untuk menjadi angkasawan atau jurutera kapal angkasa suatu hari nanti.

    Segalanya tidak mustahil bukan. Kalau dahulu semasa zaman kanak-kanak, ramai yang bercita-cita menjadi usahawan tetapi tidak pernah menjadi realiti kerana tidak ada usaha untuk melahirkan angkasawan Malaysia. Kini, keadaan sudah berbeza. Dengan kelahiran angkasawan-angkasawan perintis ini, lebih banyak lagi angkasawan ‘sebenar’ dapat dilahirkan pada masa hadapan. Saya positif, tidak mustahil suatu hari nanti, sebuah kapal angkasa buatan Malaysia dengan kesemua angkasawannya terdiri daripada anak watan Malaysia akan terbang ke ISS tanpa memerlukan bantuan daripada angkasawan-angkasawan dari negara2 lain.

  2. 2 jeff Oktober 18, 2007 at 4:58 am

    kalau Aussie yg berkata2 spt itu, tidak ada apa yg perlu diherankan atau dimarahkan. tapi jgn pula hendaknya ada anak Msia yg berpandangan sama ..

    (bangga Tok Niz Aziz turut mengiktiraf program Angkasawan)

  3. 3 jeff Oktober 18, 2007 at 5:37 am

    kalau Michael Backman (The Age) yg berkata2 spt itu, tidak ada apa yg perlu diherankan atau dimarahkan. tapi jgn pula hendaknya ada anak Msia yg berpandangan sama ..

    (bangga rasanya bila Tok Niz Aziz turut mengiktiraf program Angkasawan)

  4. 4 biskutz Oktober 22, 2007 at 1:44 am

    salam ziarah..
    wah.. nice blog.. n topik2nye pun menarik..
    salah satu blog yg sy jumpe pnuh dgn ilmu yg leh sy timba..

    pasal ‘angkasawan’ ni..
    stiap individu pasti mempunyai pandangan yg tersendri..
    kalo nk diikutkan.. ‘angkasawan’ kita mmg xleh diiktiraf sebagai angkasawan yg real.. sebaliknya bagi pihak NASA hanya di anggap sebagai pelancong angkasa.. yerlah.. negara kite xder kapal angkasa buatan kiter sendri ni.. n training yg dibuat tidak begitu menepati ntuk menjadi angkasawan yg sebenar tapi memadai ntuk berada di dlm kapal angkasa.. kalo nak ngata lebih2 pun x guna..satu lagi sejarah dah pun berlaku.. ‘angkasawan’ ni pun dh balik ke bumi.. kalo dari segi pandangan yang baik.. memang program ni akan menambahkan minat lagi bagi generasi muda untuk menerokai ilmu sains ni.. tapi.. kalo dari segi pandangan yang tidak baik.. iyer memang membazir duit rakyat jer.. kan lebih baik duit tu dihulurkan kepada yg lebih memerlukan.. wallahuallam..

    p/s: nak minta izin kat tuan punya blog, nak amik link blog ni.. boleh yer… (“,)

  5. 5 punjunk Oktober 24, 2007 at 5:23 am

    memang adat manusia danlumrah alam..setiap apa yang dibuat dengan begitu baik dan murni akan di kutuk dan dikritik.ini membawa maksud yang mereka ini mengikuti perkembangan kite. tapi mereka ini adalah iri hati dengan rakyat malaysia. aku bangga menjadi rakyat malaysia. jangan jadikan apa yang dikatakan itu sebagai penghalang, sebaliknya kite sebagai rakyat malaysia harus berusaha dengan lebih tekun lagi dan sentiasa pandang kehadapan..

  6. 6 punjunk Oktober 24, 2007 at 6:13 am

    jangan pedulikan apa yang kritikan mereka…maju dan teruslah maju wahai rakyat malaysia

  7. 7 Life Of AKU The Episode Oktober 24, 2007 at 2:31 pm

    buat punjunjunk … salam alaik … terima kasih atas kata-kata semangat itu … moga kita semua dapat menjaga dan mempertahankan negara kita dari sebarang anasir-anasir jahat …

  8. 8 dharajuku Oktober 26, 2007 at 2:06 am

    salam..

    ermmm biarlah paa orang nak kata..kita tahu kita boleh..walaupun kadang-kadang terlebih ‘boleh’ dan perasan boleh…

  9. 10 waheeda88 November 6, 2007 at 1:02 am

    jangan kisahkan apa yang orang kata.bg saya malaysia telah malnkah stapak lagi dgan berjayanya misi ini.MALAYSIA BOLEH.

  10. 11 atoqa November 7, 2007 at 1:01 pm

    nak buat sesuatu mesti bermula daripada perkara-perkara kecil,start small finish big kan. takkan lah nak terus buat kapal angkasa tapi tak penah ke angkasa. macam beli kereta tapi tak ada lesen la.

  11. 12 RANI Januari 28, 2008 at 2:45 am

    TIDAK PERLU AUSTRALIA berkata begitu sebabnnya jelas & terang lagi bersuluh bahawa manusia2 dulu hingga sekarang belajar drp sesuatu secara berdikit2 dahulu. Manusia dan negara mana di dunia ini yg boleh membuat sesuatu yg baru dengan gah dan tanpa cacat celanya? U.S, U.K, Russia, ataupun Australia sendiri? Hebat sgt ke diorg sume? Setiap negara di dunia ini ada kehebatan tersendiri tapi jgn la pulak nak meludah atau berdengki dengan membuat kenyataan bersifat bodoh seperti itu..elok la rasanyer Michael Backman itu sendiri yg pergi ke angkasa lepas dengan duit sendiri, kapal sendiri dan stesen angakasa lepas sendiri.. Mampu ke die? Mampu ke Australia nak buat sume tu? Tak mampu jugak ..tak payah lah die nk berkata seperti itu… sepatutnyer die lebh tahu bahawa Malaysia bukanlah negara maju seperti U.S kononnya yg ada segalanya, lengkap utk menghantar kapal angkasa sendiri. Pencapaian negara kita adalah terbaik dgn apa yg kite ada sebgai ngr membangun. Tidak perlu rasanyer merasa tergugat dgn pandangan yg tak berakal seperti Michael Backman. Dan kalao sesiapa org luar yg tidak mengenali Malaysia..sebab kecil..itu tidak mengapa dan tidak menjadi masalah kepada Malaysia. Malaysia tidak perlu merayu pada org luar untuk dikenali…kalo org luar tak knl masakan penjajah boleh menjajah kite 500 thn dulu..cukup lah kalo say a katakan Malaysia sudh lama dikenali sjk beratus2 thn dhulu….tidk perlu lah Australia @ Michael Backman sendiri risau atau cuba membuat kenyataan bodoh seprti itu….kepada Michael Backman, anda pun sebenarnya bukanlah terbaik sgt..jd cermin diri dulu sblm berkata…sedangkan angkasawan lain tk memberi komen bodohhh seprti kamu. Tp kalo kamu seorg seorg angkasawan yg pernh smpai ke bulan takpe lah kalo nk memeberi pndngan sebegitu….sekurng2nya jelas kamu tahu ape yg kamu ckp.

  12. 13 GuruBashid Mac 15, 2008 at 11:57 am

    Apa pun ini satu permulaan yang baik bagi Malaysia. Mula-mula sebagai pelancong angkasa, kemudian sebagai peneroka angkasa dan kemudian sebagai penghuni angkasa. Kita tak boleh tunggu lebih lama untuk menimba pengalaman ini kerana pada waktu akan datang kos mungkin akan meningkat dua kali ganda.Syabas pemimpin Malaysia yang berpandangan jauh.

  13. 14 ehra Mei 16, 2008 at 3:57 pm

    can’t u all please speak in English? u do love our language very well i understand that. but please grow up and face the world. we are always proud of going international and to be recognized worldwide but the fact is most of us cannot do it and and will never do it. aren’t we all embarrassed when tourist comes and approach us to ask for direction in English and we just stare blankly at them in reply? i mean, what r we going to show the world? how r we going to put our beloved country in the map when 90% percent of the world doesn’t understand what the word ‘jalan” means? Isn’t it embarrassing that the people in third world countries particularly Philippines are much better communicator than us? the hell, we belong to the second world. we are in a well developed country! they have not even reached half of what our country has achieved. it’s not that we are bodoh, but most of us chose to be bodoh. it’s not that we don’t have the brain to learn it, it’s because we refuse to learn! so i guess we deserve to be called bodoh. we cannot blame the outsiders to comment like that for that is what we manifest in our actions and words. Wake up guys, start on urselves. Malaysia boleh!

  14. 17 pemburu malam Disember 26, 2008 at 1:49 am

    alahai…yang ehra nak bangga ngan bahasa asing per pulak…heran2…ehra sepatutnya kena blaja sejarah dunia nie..terlalu obses dengan bahasa asing semata mata nk maju…kesan pemikiran orang melayu yang telah di jajah beratus – ratus tahun lamanya.

    ak rasa ehra yang lah kurang cerdik kerana bangga mampu bercakap mat saleh..
    ak memang kecewa dengan sikap ehra.ehra terlalu bodoh bagi ak dengan bercakap berdasarkan iklan yang beberapa bulan dicipta tp bukan dari sudut lipatan sejarah peradapan dunia.

  15. 18 emma Mac 27, 2009 at 6:16 am

    Orang boleh kritik macam2.. dan Malaysia boleh maju dengan bahasa melayu .. Orang Malaysia semua pandai kerana boleh berbahasa Inggeris tambah2 lagi ada yang pandai bahasa Cina dan India.. Berapa kerat orang inggeris tahu bahasa Melayu ?? Kita pun tak heran sangat dengan orang Inggeris ni.. Tapi yang penting, orang Malaysia dan pemimpin Malaysia mahu ke memajukan rakyat dan negaranya??.. Kalau bukan orang malaysia yang sokong bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda, macam mana??.. Pelik ye macam mana Jepun yang agak kurang tanda jalan dalam bahasa Inggeris(hampir keseluruhan bahasa Jepun) tapi masih ada tourist (pelawat)yang datang..tak jadi satu isu besar pun.. .Orang2 Jepun x tahu berbahasa Inggeris sangat tapi boleh membuat kereta Honda yang kadang2 orang Malaysia bangga2 kan .. Pelik juga sebab orang Cina dan Taiwan pun boleh keluarkan kereta mereka sendiri.. Kita dari dulu mula dengan sikit2 .. tapi pengakhiran masih sama dan tidak berubah.. Berdoa agar ada kesedaran untuk berubah dan kekal maju dunia dan akhirat..

  16. 19 hj razak mat amin November 5, 2009 at 4:00 pm

    Kita tak perlu terpengaruh dgn pandangan MB kerana sememangnya namanya sendiri mengambarkan pemikiran negatif dan penuh prejudice.Sebagai sebuah negara yg mempunyai impian untuk menjadi sebuah negara maju sepenuhnya pada tahun 2020 mengikut acuan sendiri ,kita mesti mempunyai keyakinan diri dan cita-cita besar untuk maju kedepan .Kita mesti ingat setiap kejayaan itu mestilah bermula dengan langkah yang pertama.Betul tak!! dan persetankan pandangan penuh prejudice olih MB.Selamat maju jaya1 Malaysia.

  17. 21 Muhammad Julai 6, 2010 at 12:39 am

    Jangan mempersoalkan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan…
    Cuba renungkan dan fikirkan, apa yang telah kamu sumbangkan kepada agama, bangsa dan negara…

  18. 22 AKU PAKARA Ogos 13, 2010 at 3:56 pm

    ske ati MALAYSIA la sbb ngare Malaysia kye tk mcm ngare…..tututututut….

  19. 23 Khalilsempoi Disember 13, 2010 at 4:24 pm

    Malaysia Boleh..!!
    Pedulikan kata2 yg mlemahkn smngat..

  20. 24 unknown-warrior Julai 2, 2011 at 10:09 am

    Bro..bro…Hantam apa saja, kita perlu menuju ke hadapan dalam apa bidang pun…finance, corporation, banking, indutries, education..kita tak boleh biarkan semdudaanya dikecapi oleh org lain, malaysia boleh tidak hanya pada slogan sahala, ianya tgjwb kepada seluruh rakyat dan komuniti kalau Malaysia ingin maju atau setaraf dgn Negara Maju..but remember when i was in overseas I’d asked them about Malaysia..most of them knew that but doestn know where is it..who resposible for it..but they just know of our former great Dr. Mahathir..I proud of you Cet Det,,proud to be a Malaysian because of you..tima kasih

  21. 25 syafi'i Ogos 21, 2011 at 10:11 am

    sesuatu yang sia2 ‘ semua itu dicipta dan diadakan untuk kesombongan semata ‘ tidak ada faedah dan manfaat yang terkandung kecuali sedikit’

  22. 26 jegan Disember 20, 2011 at 3:37 pm

    nak buat enjin kereta sendiri pun tak mampu,rakyat ramai masih miskin,biar urus hal rakyat dulu sebelum fikir pasal pergi ke langit ke,bumi ke

  23. 27 Selasih Jingga Januari 11, 2012 at 3:51 pm

    Malaysia kan negara kaya…kan3 cuma rakyatnya yg x’berapa nk kaya…kih3
    rsanya rakyat malaysia lbh memerlukan duit yg b’juta2 tu
    cuma org akal pendek je yg kata x’perlu nk persoalkan apa2…

  24. 28 Tanpa Nama Februari 28, 2012 at 6:20 am

    Kenapa pula orang Malaysia nak dengar cakap orang Australia? Dia siapa? Apa motifnya dia buat kenyataan begitu? Mungkin dia diupah oleh pihak yang tidak senang dengan kejayaan Malaysia.

  25. 29 Tanpa Nama Mac 21, 2012 at 3:39 am

    Sebagai owang malays,kite patut bangga


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 78,715 Pengunjung

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.