Arkib untuk Oktober 2007

29
Okt
07

Kisah Benar : Sejenak Menjelang Pilihanraya

Malam itu, sungguh sayu. Kedengaran suara milik sekujur tubuh berbadan gempal berada di hadapan ku sedang menyampaikan ceramahnya sebagai persediaan menghadapi peperangan (pilihanraya) yang bakal menjelang tak lama lagi. Di samping ku, pakcik-pakcik tua, sedikit orang muda dan kanak-kanak kecil. Meremang bula roma aku bila mendengar pekikan suaranya yang begitu lantang. Aku terfikir, apa reaksi orang yang mendengarnya ? Orang kampung. Iya !, aku juga orang kampung dan aku kenal siapa diri aku dan yang berada di sekitar ku. Sedikit terkebelakang dari orang-orang bandar. Maksud ku, banyak benda yang kami tidak ketahui. Baru-baru ni aku sempat menghubungi pak cik ku, saja aku menceritakan keadaan ku di sini, sambil ku bertanya khabar bagaimana orang di kampung.

Kat sini hambar je, orang kampung tak tahu apa-apa, maklumat tak sampai, Paman ingat nak pasang internet, Cik Simah ada lap top

Keluh pak cik ku yang lebih kurang maksudnya begitu. Mungkin itulah gambaran kehidupan orang kampung. Namun ku yakin tidak semuanya begitu. Berbalik kepada cerita ku tadi. Sedang kami khusyuk mendengar ceramah pada malam itu, tiba-tiba

preng – preng, ngeeeeet, huuuuuu, huuuuu, broomm-broomm

Kami hilang tumpuan. Terkejut sungguh bila melihat ramainya anak-anak muda segerombolan sedang melalui jalan di hadapan tempat kami berkumpul. Ada yang menunggang motosikal, ada juga yang menaiki kereta. Kami rasa kami kenal siapa mereka. Biadab sungguh perlakuan mereka. Aku yakin, bersama gerombolan itu, pasti ada teman-teman sekampung ku. “Ermmm…” tak hairan.

Waktu itu, suara pak cik yang berucap semakin lantang. Degupan jantung ku semakin laju lantas sayup sungguh ku rasakan. Aku yakin, perasaan yang sama juga dirasai oleh orang lain. Kami tahu, budak-budak itu sengaja ingin menganggu majlis dan ingin menyakitkan hati kami. Tidak ada rasa hormat lansung. Bayangkan, kebanyakan orang yang berada di sekitar majlis tersebut adalah dikalangan orang yang sudah berumur. Bila aku fikir kembali, mana anak-anak muda ? Iya, mereka sedang menyalak seperti anjing. Membawa kenderaan ke sekeliling kampung mengiringi pemimpin pujaan hati mereka.

Salah siapa ? fikirlah sendiri. Mereka ditarbiyah dengan duit dan dijanjikan dengan keseronokan. Aku yang seorangan ini, kadang-kadang malu. Malu jika dipandang sinis oleh kawan-kawan sekampung kerana tidak bersama mereka. Aku bukan hendak menyatakan yang aku ini bagus dan baik, aku juga manusia biasa. Cuma aku yakin, aku berada di tempat yang benar. Kalau aku salah, ada orang yang perbetulkan. Malam itu aku sungguh pilu. Perjuangan Islam dipandang sinis, di ejek-ejek.

Itulah tarbiyah ‘mereka’ dan inilah tarbiyah ‘kami’

Bila disingkap kembali, teringat pula kisah ‘abah’ aku yang menyedihkan . Iya, malam yang membuatkan aku rasa kasihan terhadapnya. Selepas siap semuanya, dia pun membawa bendera-bendera itu, untuk di pasang di tiang-tiang elektrik sepanjang jalan. Selesai saja memasangnya, ‘abah’ pun kembali semula ke dewan. Tiba-tiba, “assalamualaikum” …. ohh ada orang datang rupanya. ” Siapa yang pasang bendera kat tiang-tiang tu ?” tanya orang yang baru datang itu. ‘Abah’ aku mengaku. Lalu orang tu pun menyuruh ‘abah’ ku mencabut kembali bendera-bendera yang telah dipasang tadi dengan sombongnya. Huh ! itu yang aku sedih tu. Kalau suruh cara baik-baik, mungkin boleh terima lagi, tapi sebaliknya. ‘Abah’ ku tanpa banyak bicara melangkahkan kakinya meninggalkan dewan. Seingat aku, aku menemankannya untuk membuka kembali bendera yang diikat di tiang-tiang sepanjang jalan.

‘Abah’ ku hanya seorang tukang kebun sekolah. Dia pernah bercerita, sewaktu di sekolah ada orang cakap-cakap belakang yang ‘abah’ ku itu seorang yang suka menghasut cikgu-cikgu. Apa alasannya ? menghantar anak-anak cikgu ke sekolah ‘PASTI’ atau nama panjangnya, Pusat Asuhan Tunas Islam. Berat sungguh tuduhan itu. Fikir ku, apa sekolah itu sekolah yang mengajar anak-anak kecil menyanyi lagu Siti ke ? atau lebih dasyat lagi mengasuh anak-anak kecil melakukan maksiat ?

anak nabi ada tujuh orang semuanya … da ! da ! da ! da !

adik aku sering melagukan lagu itu. Aku pun tak hafal. Begitulah *’tarbiyah’ yang diterima oleh nya di sekolah itu. Yang pasti, tuduhan itu sungguh menyakitkan hati. Selepas daripada itu, ‘abah’ ku bertukar ke tempat lain. Salah satu sebab ‘abah’ ku berpindah adalah kerana tuduhan itu, dan tidak mahu banyak bunyi. Hari ini, ‘abah’ ku masih menabur bakti dan meneruskan kariernya seperti dahulu namun di tempat yang berlainan.

Sabarlah ye ‘abah’

Di fikiranku, sebenarnya apa yang mereka nak ? Kalau nak kepada Islam, sepatutnya tindakan bapa aku menghantar anak-anak cikgu ke sekolah sudah semestinya diberi pujian. Itu baru menghantar, bapa ku pun tak pernah menghasut apatah lagi memaksa cikgu-cikgu sekolah supaya dihantar anak-anak mereka ke sekolah ‘PASTI’. Tetapi mereka bersikap sebaliknya.

Sebenarnya apa yang ‘mereka’ nak ? Ada sesiapa boleh berikan jawapan

27
Okt
07

BPR Ada Hidden Agenda ? Apa Tindakan Kita !

BPR Ada Hidden Agenda ? Apa Tindakan Kita !

Betulllah apa yang disangkakan, harapkan pagar, pagar lansung tak boleh diharap. Dalam kes pita video Vk Lingam, siapa sebenarnya yang patut didakwa ? Dalam pita tu jelas membuktikan bahawa adanya ‘hidden agenda’ yang telah dirancang oleh Vk Lingam bersama orang yang berbual dengannya. Kini BPR pun telah bertindak memeningkan kita. Apa ni ?. Berada di luar negara bukan bererti harus berdiam diri. Saya yakin saya tidak keseorangan dalam kes-kes sebegini. Setelah beberapa malam, saya sempat bersembang dengan rakan serumah berkenaan isu-isu panas di Malaysia. Perbincangan kami diakhiri dengan perasaan kecewa dan Terus membaca ‘BPR Ada Hidden Agenda ? Apa Tindakan Kita !’

25
Okt
07

Budayakan Hidup Bersama Al-Quran

Sewaktu kecil dulu, orang tua-tua selalu cakap :

kalau tak khatam al-quran 30 juzuk, nanti tak boleh berkhatan

Rasanya, itulah petua orang-orang dahulu yang diguna pakai untuk mentarbiyah anak-anak supaya membaca al-quran dan mengkhatamnya. Apa lagi, sebab takut tak dikhatankan, masing-masing berlumba-lumba untuk menghabiskannya. Walaupun seolah terpaksa, namun kadang-kadang perlu juga dibuat begitu. Itupun masih ada yang malas. Iya ! budaya membaca al-quran. Nampak remeh, namun ramai yang mengabaikannya.

Semalam, sewaktu di dalam bas yang begitu sesak dengan penumpang, saya terlihat seorang mak cik sedang membaca al-quran dalam keadaan berdiri. Terdetik di hati saya ” huh! bagusnya mak cik tu”. Pada petangnya, dalam perjalanan pulang ke rumah, di dalam keretapi, saya melihat seorang pak cik sedang Terus membaca ‘Budayakan Hidup Bersama Al-Quran’

21
Okt
07

Erti Sebuah Kejayaan

Mal, dah balik nanti ko nak kerja ape ? - tanya mak

Kerje menyangkul kat kebun je - seloroh ku

lorr, kerje ngajo kan elok ?

Nak kerje kilang je lah, mmm … tengoklah nanti !!! - jawabku bersahaja sambil ingin melihat respon darinya

Segulung ijazah, apa ertinya ? Nampaknya, tanggungjawab saya semakin bertambah. Lagi-lagi bila balik ke Malaysia nanti. Itulah yang biasanya menjadi ukuran. Kalau balik tanpa segulung ijazah, sudah pasti ada jiran-jiran yang cakap belakang. Inilah realiti yang berlaku pada hari ini.

kalau dapat ijazah, kalau lulus periksa, maknanya pandailah tu ! kalau tak dapat ijazah maknanya bodoh dan gagal lah tu !

Cetek sungguh minda orang yang berfikiran sedemikian.  Kejayaan, pada ijazahnya atau pada orangnya ? Menerima pengiktirafan sebagai seorang graduan. Satu kemulian, atau sekadar penghinaan ?

Sesungguhnya ia adalah satu tanggungjawab

Majlis konvokesyen !  siapa tak teruja. Berada di atas pentas menerima segulung ijazah dengan diperhatikan oleh ramai orang, sedikit bangga yang tersangat malu. Iya ! satu kenangan manis yang tak dapat dilupakan. Namun, hanya kenangankah ? atau sekadar ingin menempah nama ? yang pasti, dengan segulung ijazah manusia boleh binasa, dengan segulung ijazah juga manusia berbahagia.

Di manakah letakkanya erti sebuah kejayaan ? Tepuk dada tanya iman. Makin tinggi pengiktirafan yang kita perolehi, maka semakin beratlah tanggungjawab kita. Apa yang pasti, kejayaan sebenar bukan terletak padanya (segulung ijazah) . Apa yang kita anak banggakan, jika ijazah yang kita perolehi, hanya hasil dari kita belajar sekadar untuk menghadapi peperiksaan ? Sesungguhnya erti sebuah kejayaan adalah lebih besar dari itu. 

Maka adik-adikku,

Semasa masih di bangku pengajian, belajarlah untuk berkongsi kejayaan dengan rakan dan taulan. Jika telah terasa manisnya iman, sebarkan kemanisan itu dengan menghulurkan tangan pada sebuah dakwah dan bimbingan. Belajarlah mengukur kejayaan diri pada kejayaan membawa orang lain berjaya sama.

Sesungguhnya pengalaman itulah bakal teruji, apabila isteri, suami dan anak-anak menanti untuk dibawa… kepada sebuah kejayaan bersama, meniti usia pada menuju hari Tua - Saiful Islam Com

Ciri-ciri orang berjaya yang disebutkan di dalam Surah Al-Mukminun :

1. Beriman kepada Allah

2. Menunaikan solat dengan khusyuk

3. Menjauhi diri daripada perkara-perkara yang keji dan sia-sia

4. Mengeluarkan zakat

5. Menjaga kehormatan diri

6. Menunaikan amanah dan janji

7. Menjaga waktu-waktu solat

Moral : Allah tidak menilai berjaya atau binasa seseorang itu pada pada pangkat atau ijazah yang dimilikinya akan tetapi ketaqwaannya. Jika ilmu yang dicari dan kejayaan yang diperolehi hanya sekadar untuk kepentingan duniawi, sesungguhnya ada perkara yang lebih penting darinya.

Wallahu Ta’ala a’lam

__________________________________________________________

Artikel sebelumnya :

- Perokok Macam Haiwan Tak Guna Akal

- Abdullah Gul Berdiri Tegak Di Bumi Sekular

- Malaysia Bukan Boleh, Tetapi Bodoh – Akhbar Australia

- Membunuh Dalam Diam

- Warkah Aidilfitri

Pencetus Kebangkitan : Updated

- Salah Yang Kalah

- Meneladani Sikap Juang Tentera Badar

- Suara Manusia Kerdil

- Sayangilah DIA

- Bila Manusia Melawan Fitrah

- Alam Pemerintahan Diktator

- Konspirasi Jahat Menjelang PRK

- Asyik Berbalah Je, Bila Nak Bersatu

- Diari Ramadhan

- Ramadhan Terakhir

- Kerajaan Zalim, Polis Angguk, Media Penipu

- Sinonimnya Babi Dengan Kaum Cina

- 5 Rahsia Tentang Ku

- Umat Dan Masjid

- Pencinta Wanita

- Esok Tun Dr Mahathir Di Bedah

- Tiada Lagi Kasih

- Maafkan Aku Wahai Gadis

- Rumah Tangga Ku Retak Seribu

- Menutup Aurat Tuntutan Yang Sering Diabaikan

- Sejarah Malaysia Diputar Belit : Benar Atau Tidak

- Berani Kerana Benar

- My Freinds By Namawee

- Penulis Blog Sebenarnya Pengecut

- Siapa Monyet Sebenarnya ?

- MCA Hilang Hormat

- Life Of Aku at Egypt

- Namawee Tak Semudah Itu – Pak Lah

- Pak Pandir Versi Arab

- Just A Little For Chinesee

- Boikot Namawee, Amerika, Israel

- Emosi Ku Terganggu

- Kuang Hajo p/s : Re iktibar

- Namawee Yang Ku Ingati

- Kena Kapak

- Namawee Budak Cina Kurang Ajar

- Saki Baki

- Usrah 1

- Semangat Yang Hilang

- Aku Dan Kehidupan

- Malaysia Kini

- Cinta Pertama

- Nak Jadi Popular ?

- Aurat Wanita

- Demokrasi D’ manipulasi

- Taqwa

- Luahan Hati Seorang Anak

- See More Pictures Gaban Edition

- Kisah Di balik Karipap

21
Okt
07

Perokok macam haiwan, tak guna akal

 Sumber Bernama
KOTA BHARU:  Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengibaratkan perokok yang enggan menggunakan akal untuk menjaga kesihatan mereka adalah seperti haiwan yang tidak mempunyai fikiran.

Beliau berkata ini kerana orang masih merokok walaupun mereka tahu bahaya merokok kepada kesihatan.

“Tetapi kenapa perokok tidak mahu menggunakan akal untuk berfikir untuk berhenti merokok sedangkan mereka sedar tentang bahayanya. Makhluk yang tidak mahu berfikir adalah sama dengan haiwan, kerana haiwan tidak dianugerahkan pemikiran,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen kesedaran berhenti merokok di kalangan rakyat Kelantan di sini hari ini.

“Meminum arak dan berjudi merupakan perlakuan yang dilarang Islam kerana ianya memudaratkan dan ini sama juga dengan merokok kerana ianya memudaratkan diri sendiri,”

kata Nik Aziz.

Beliau berkata tabiat merokok, berjudi dan minum arak tidak mendatangkan sebarang faedah kepada manusia malah lebih memudaratkan.

19
Okt
07

Abdullah Gul berdiri tegak di bumi sekular

Bersempena Aidil Fitri baru-baru ini Presiden Turki Abdullah Gul telah melangsungkan perkahwinan anak perempuannya Kubra Gul di Istanbul. Abdullah merupakan bekas Menteri Luar kerajaan AK pimpinan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan yang diketahui cenderung kepada ideologi Islam, sesuatu yang malangnya asing dalam Turki moden yang sekular sejak kemunculan Mustapha Kamal Atartuk.

Isteri Abdullah, merupakan isteri presiden yang pertama yang mengenakan pakaian menutup aurat, suatu amalan yang dikawal ketat oleh undang-undang dan peraturan Turki.

 

Kubra mencium tangan Abdullah diperhatikan

oleh suaminya dan PM Erdogan

 

Namun kesungguhan Abdullah dan Perdana Menteri Erdogan melalui parti AK untuk memperkenalkan kembali Islam, di bumi yang telah menghapuskan saki-baki daulah Islamiah dizaman Mustapha Kamal itu, dilakukan dengan penuh cermat dan berhati-hati. Sesungguhnya kewibawaan dan ketokohan kedua-dua pemimpin ini, yang bersih dan berakhlak telah berjaya menawan hati majoriti rakyat Turki yang dahagakan kepimpinan seumpama itu.

Cuba kita lihat upacara perkahwinan anak Presiden ini. Menurut sebuah akhbar Turki majlis yang diadakan di Istanbul Preformance and Congress Centre itu telah dihadiri oleh lebih 4,500 orang tetamu. Tetapi atas arahan Abdullah majlis itu diadakan dalam keadaan serba sederhana.

Majlis akad nikah disempurnakan oleh Datuk Bandar Istanbul Kadir Topbas dengan Perdana Menteri Erdogan dan bekas Speaker Parlimen Bulent Arinc sendiri bertindak sebagai saksi.

Abdullah telah mengarahkan agar tidak ada jambangan bunga diberikan sebagai hadiah. Jika ada juga yang berhajat berbuat demikian, mereka diminta menanam sebatang pokok di hutan simpan di Kayseri, iaitu kampung Abdullah dan menurut laporan telah lebih 1,000 batang pokok ditanam bagi tujuan itu. Dan menurut sebuah lagi laporan selain dari barang kemas yang dihadiahkan oleh ahli keluarga, kebanyakkan hadiah lain telah disedekahkan atas arahan Abdullah kepada keluarga anggota tentera Turki yang terkorban semasa menjalankan tugas.

Dan menurut sebuah lagi akhbar, Abdullah tiba ditempat upacara dengan menaiki kenderaan persendirian, bukannya kenderaan rasmi Presiden. Kata Abdullah beliau menghadiri majlis anaknya itu sebagai seorang bapa dan bukannya Presiden Turki.

Subahanallah demikianlah akhlak Presiden Turki, Abduallah Gul.

Dan sudah pastilah anak beliau dan hampir kesemua tetamu yang hadir dimajlis tersebut berpakaian menutup aurat sebagaimana yang disyariatkan oleh Islam. Begitulah kalau kita bersungguh mahu kembali kepada Islam, walaupun perlembagaan negaranya menjunjung sekularisma, namun cahaya Islam terus diketengahkan dengan berani dan penuh hikmah oleh para pejuangnya dengan harapan satu hari nanti rakyat Turki sendiri akan sedar dan bangun membawa perubahan menyeluruh.

Islam Hadhari di Malaysia bagaimana?

diambil daripada Roslan SMS

17
Okt
07

Malaysia bukan “boleh” tapi “bodoh” – Akhbar Australia

Berhari raya di angkasa ? sudah tentu lain dari yang lain. Makan tempe ? Beruntungnya. Orang yang berada di bumi ni pun belum tentu dapat menikmati semua jenis makanan tu. Itulah yang dikatakan Malaysia boleh. Itu kita yang kata ? tapi apa orang lain kata ? Bangga yang sedikit terhina rasanya. Setiap apa yang berlaku tentu ada sebabnya … membaca artikel yang dipaparkan oleh Siasah Daily sebentar tadi, siapa yang makan cili rasalah pedasnya…

Siasah Daily

 aKUALA LUMPUR, 17 Okt: Sebuah akhbar Australia bukannya menyifatkan Malaysia sebagai “boleh” tetapi “bodoh” apabila membelanjakan RM95 juta untuk menghantar rakyatnya di angkasa lepas.

Kolumnis akhbar The Age, Melbourne, Michael Backman dalam tulisannya menyifatkan para pemimpin Malaysia sering berbangga dengan pencapaiannya tetapi apabila ditanya kepada orang luar Malaysia, di manakah Malaysia? mereka tidak akan tahu pun negara kecil itu.

“Thas not Malaysia “boleh”, that’s Malaysia “bodoh” (stupid),”

tulis Backman mengakhiri tulisannya yang disiarkan 15 November 2006 lagi ketika Malaysia sedang mengwar-warkan akan menghantar rakyatnya ke angkasalepas.Ia disebarkan secara meluas dalam internet selepas Angkasawan Malaysia, Dr Sheikh Muzaffar Shukur dihantar ke ISS menggunakan kapal angkasa milik Rusia baru-baru ini.Menurut Backman, pemimpin Malaysia yang dipimpin oleh Barisan Nasional (BN) sering menunjuk-nunjuk dengan pencapaian yang diperolehi oleh Malaysia. Antaranya, Malaysia menggunakan syarikat minyak miliknya, Petronas untuk membina Kuala Lumpur City Centre (KLCC), iaitu bangunan yang tertinggi ketika ia dibina.

“Malaysia sangat berbangga dengan bangunan ini. Padahal mereka hanya membuat sedikit sahaja untuknya.“Duitnya datang dari bumi (minyak Petronas), juruteranya dikontrakkan kepada syarikat Korea Selatan. “Bahkan, mereka tidak pun menguruskan kompleks perniagaan yang ada di bangunan ini. Ia diuruskan oleh syarikat Australia, Westfield,” tulis Backman dalam tulisannya. Tentang angkasawan, Backman menulis, rakyat Malaysia itu hanya menumpang kapal angkasa milik orang lain dengan membayar kapal itu seumpama teksi sahaja. “Apa yang Malaysia dapat dengan menggunakan program angkasalepas milik orang lain sebagai teksi? Sah tiada manafaat teknologi yang diperolehi. Tetapi sudah tentu Malaysia sekali lagi akan berkata ‘boleh”. Masalahnya mereka tidak, ini bukan program angkasawan mereka,” tulis Backman.

15
Okt
07

Membunuh Dalam Diam

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Tak tahu bagaimana nak ‘menyekolahkan’ penghisap rokok ni. Agaknya macam mana lah  kisah kesudahan hidup seorang perokok. Kalau lah ada seratus orang yang seperti saya sudah tentu hidup mereka takkan bahgia. Sememangnya ada, bahkan lebih dari itu. Apa tidaknya. Setiap kali asap yang menyelusup masuk ke hidung ini, ianya membuatkan saya tidak tenang, marah yang tak dapat diluahkan. Bila mereka nak bertaubat ? Mereka terselamat sebab saya tiada kekuatan untuk ‘menyekolahkan’ mereka. Kalau dalam kempen untuk pemandu-pemandu kenderaan di jalan raya ada menggunakan ungkapan ‘ingatlah orang yang tersayang’ maka, sesuai bangatlah kalau ungkapan tersebut digunakan untuk kempen kepada perokok. Apakah hukum kita menyakiti, atau membunuh orang tanpa sebab ? Berdosa ! Dalam hal ini bagaimana pula ? Fikirkan sejenak.

Saya pelik, perkara apa lagi yang hendak dibuktikan kepada mereka tentang bahayanya rokok ? Saya sempat berbual dengan sahabat saya yang merokok dengan slumber dia berkata :

bagi aku rokok tu memang haram dan tak ada faedah

Lantas menyertakan ungkapannya itu dengan :

tapi susahlah nak berhenti, tak boleh !

Dalam hati, saya sempat menjawab :

kalau nak seribu daya, kalau tak nak, ada saja alasannya

Ada lagi hujah yang lebih baik daripada itu tak ? Mungkin kita boleh bertukar-tukar pendapat atau mungkin dengan pendapat-pendapat kalian yang sungguh bernas itu boleh mengubah personaliti saya menjadi seorang perokok seperti kalian ?

Sekurang-kurangnya ‘ingatlah orang yang tersayang’. Saya tidak bermaksud untuk menyakiti sesiapa tapi sekadar saling ingat mengingati. Sampai bila ? Membuatkan orang lain marah dan benci, amalan yang sungguh muliakah itu ?  Bahkan menyebabkan orang lain yang tidak ada kena mengena menerima padahnya. Nauzubillah min zalik. Mudah-mudahan selepas saat ini, kita ‘ingat orang yang tersayang’ lagi-lagi kita baru saja melepasi bulan tarbiyah.  Kalau kita mampu untuk tidak merokok pada bulan ramadhan, mengapa tidak di bulan yang lain ? tepuk dada tanya iman. 

10
Okt
07

Warkah Aidilfitri

“Maafkan *kita sebab tak dapat balik raya, 3 tahun bukanlah lama … berikan *kita sedikit masa untuk mempersiapkan diri “

Itulah antara ucapan raya yang saya tujukan buat keluarga saya. Saya tak tahu bagaimana perasaan mereka. Yang pasti, mereka mengharapkan anaknya dapat pulang beraya. Dalam masa yang sama, anaknya juga berharap dapat duduk lama lagi diperantauan. Derhaka kah itu .. terserahlah anda.

Demi masa. sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman, beramal soleh dan orang-orang yang berpesan kepada kebenaran dan kesabaran Surah al-Asr 1-3

Dikala ini, barulah saya rasa betapa pentingnya masa. Setibanya saya di bumi anbiya’ ini, antara perkara yang mula-mula terdetik dihati ini ialah

“bila agaknya nak habis ni, 3 tahun lama tu “

Hari ini, bila dah sampai waktunya. Lain pula jadinya. Pengajian yang saya duduki selama 3 tahun telah pun tamat.

Seketika teringat kembali :

“kita mesti mempastikan yang bila kita pulang ke tanah air nanti, kita bukan sahaja mengajar , akan tetapi kita juga mesti memberi peringatan “

Dua tanggungjawab yang disebut oleh seorang ustaz di dalam ceramahnya. Iya ! mengajar dan memberi peringatan sesuatu yang berbeza. Saya sendiri pun tidak pasti apa perbezaannya. Namun saya yakin ia memang ada perbezaannya.

” kalau boleh nak duduk lama lagi ” ….

Itulah hajat saya dan saya tahu untuk ‘itu’ belum pasti menjadi realiti. Banyak perkara yang perlu difikirkan. saya cemburu dengan rakan-rakan yang telah pulang ke tanah air, sudah tentu ketupat dan rendang menjadi menu utama yang akan mereka jamah. Siapa yang tidak seronok memakai baju baru, melihat adik-adik bermain meriam …. yang mengingatkan kembali memori-memori berhari raya sewaktu kecil dahulu … anak sulung yang kebudak-budakan, itulah saya ….

Berani yang penakutkah saya ?

Mungkin ada benarnya. 3 tahun telah berlalu masih belum benar-benar memuaskan hati saya bahkan saya rasa kecewa. Sudah tersadong batu baru nak sedar. Itulah manusia. Orang selalu sebut, sampai mati, ilmu yang kita cari takkan pernah ada kesudahannya. Begitu banyaknya ilmu Allah di muka bumi ini. Tapi bagaimana kalau kita tidak mencarinya/ Itu tanggungjawab kita yang perlu kita tunaikan. Menuntut ilmu itu adalah wajib. Sudah berilmu, terpundak satu lagi bebanan keatas kita iaitu mengamalkannya. ilmu dan amal, tidak cukup setakat itu bahkan kita wajib menyampaikannya. Rasulullah s.a.w bersabda

“Sampaikanlah dari ku walau satu ayat “

Bagaiamana jikalau banyak ?  Maka apatah lagi . Saya tahu setakat mana tahap keilmuan yang saya miliki. Sampai bila ? jawapannya sampai bila-bila. Habis tu takkan nak duduk di Mesir sampai bila-bila ? sudah tentu tidak. Cuma saya perlukan sedikit masa. Orang kata, berjuanglah hingga ke darah titisan yang terakhir. Mungkin tak ke mana atau tak seberapa yang akan saya perolehi dengan masa yang begitu singkat, tapi itulah pegangan saya. Masih diberi peluang untuk semua ‘itu’, mengapa hendak dibiarkan sahaja ?

Salahkah saya ?

Masing-masing ada pendirian dan pendapat yang tersendiri. Kita semua ada tanggungjawab.

1-tanggungjawab terhadap agama

2-tanggungjawab terhadap keluarga

3-tanggungjawab terhadap masyarakat

4-tanggungjawab terhadap diri sendiri

5-tanggungjawab terhadap negara dan banyak lagi

Kita dapat lihat apa yang terjadi pada hari ini, yakinkah kita jika seseorang itu mempunyai kesedaran dalam agama, adakah keluarga dan masyarakat yang ada disekitar kita juga mempunyai kesedaran seperti kita ?  Barangkali tidak. Maka apakah tindakan kita ? Allah berfirman jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka. Sebab itulah kita perlu bersedia dari segenap sudut. Dan peluang yang ada inilah, saya rasa inilah jawapan yang akan saya berikan kepada ‘mereka’ yang bertanya. Berada di bumi yang pernah dihuni oleh para Nabi dan ulama’ . Saya tahu saya takkan dapat peluang sebegini lagi bila pulang ke tanah air nanti. Lain tempat lain padangnya. Saya mengharapkan doa dari semua agar saya thabat (tetap) berada di jalan Nya yang benar.

Walaubagaimanapun, bayangan ketupat, lemang, kueh raya dan bermacam-macam lagi hidangan termasyhur hari raya masih tak dapat saya lupakan. Saya tidak dapat membayangkan bagaimana perasaan ‘mereka’ di sana. SMS yang saya terima daripada adik saya, menceritakan tentang adik bongsu saya yang

hampir menitiskan air mata selepas menerima jam Mickey Mouse yang saya kirim atas permintaannya. Masih kanak-kanakkah dia ?  Setahu saya, dia masih dengan botol kesayangannya dan kain lampin ‘empengnye’.tiga tahun ada kalanya lama, adakalanya juga seketika macam-macam yang terjadi. Apa yang pasti, ramadhan dan aidilfitri tahun ini, saya sambutnya jauh dari tempat sendiri.

Apa kata ‘mereka’ ?

Kawan-kawan sering bertanya mengapa saya tak balik  ?  Mereka juga sering menyakat saya. Mak saya pula, suka memperdengarkan ayat-ayatnya yang buat saya rasa bersalah. Kerinduannya jelas terserlah. Jawapan dah diberi. Mungkin susah untuk diterima, namun saya yakin mereka merestui ke’tidak pulangan’ saya . Saya dah jelaskan perkara yang sebenarnya. Berat tapi apa boleh buat. Bagi saya, saya perlu berkorban, dan bagi mereka pula, terpaksa merelakan. Perjuangan harus diteruskan. Cabaran sedang menanti. Ilmu pula takkan datang menghampiri bahkan kitalah yang perlu mencari. Justeru, syukur ku ucapkan kehadrat ilahi kerana mempunyai ayah dan ibu yang memahami. Ampun dan maaf ku pinta kepada kalian kerana banyak menyusahkan dan menghabiskan wang kalian.

Jadi apa masalahnya ?

Tak ada apa-apa masalah. Sekadar hanya coretan aidilfitri yang boleh dikongsi. Dah lama rasanya tak berkongsi cerita. Sedih dan pilu, tetap dirasa. Namun, saya tahu ada pengubatnya, jikalau aidilfitri ini saya tidak meraikannya bersama keluarga, aidiladha masih ada, dan andaikata saya tidak juga berpeluang untuk meraikannya bersama keluarga, pilihanraya umum  masih ada.

 

Untuk itu, saya ingin mengambil kesempatan yang ada ini untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri mohon maaf ahir dan batin khususnya kepada

1-Keluarga saya serta saudara mara

2-Sahabat seperjuangan di ardhil kinanah,

3-Sahabat-sahababt yang pernah bersama sewaktu di MARTAH

3-Ustaz-ustaz, sheikh-sheikh yang pernah mengajar saya,

4-Pengunjung blog yang tidak seberapa ini,

5- Uncle J, Uncle ks,  Cinta Abadi, Kak Jie, Akhi Ukhti ana2alfath, Diya, Jeff, Dharajuku, Sis Nuriman, Senjahati, akhi al-kurauwi, Isteri, Bayan, Suefami, aliman weblog  dan semualah, maafkan saya kerana tak dapat sebut semuanya.

Seterusnya saya tujukan ucapan aidilfitri ini kepada pejuang-pejuang agama Allah yang tabah menghadapi cabaran di dalam usaha untuk memartabatkan Islam khususnya di bumi Malaysia. Ingatlah, kita bukan orang yang memulakan perjuangan dan buka juga orang yang mengakhiri perjuangan, akan tetapi kita adalah penyambung kepada perjuangan orang-orang terdahulu. Islam itu ibarat putaran roda. Adakalanya di bawah dan adakalanya di atas. Maka kita mestilah bersamanya walau di bahagian mana ia berada. Mudah-mudahan amalan kita diterima.

Untuk akhirnya sekali lagi saya ingin memohon maaf kepada semua, terutamanya yang mengunjungi blog ini dan membaca segala apa yang saya paparkan, sekiranya ada kesilapan dan keterkasaran di dalam menyampaikan sesuatu harap dimaafkan, dan sekiranya ada kesilapan mintalah diperbetulkan. Salam aidilfitri buat semua. Kullu ‘am wa antum bikhair….

*kita adalah bahasa yang saya gunakan bila berbicara dengan ibu dan ayah saya

*empeng bermaksud barang yang menjadi kesayangan seseorang contohnya bantal busuk




12

Inilah Teratak Keluarga ku

dan Tempat Ku Dibesarkan

Arkib

 

Oktober 2007
I S R K J S A
« Sep   Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Ayat Motivasi

" Sesungguhnya Allah Maha Pengampun

Lagi Maha Penyayang "

Life Of Aku Photos

Bersama Tok Guru

Bersama Rakan Seperjuangan

Tuan Guru di Hati

Gerai Anbakri

More Photos

Komen Terkini

adiq_zah pada Mendidik Keluarga Ke Syur…
ahmad al-jawi pada Guest Book
M.ZULFIRMAN ARIFIN pada Peperiksaan Akhir
hj razak mat amin pada Malaysia bukan “boleh…

RSS Harian Metro

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Komuniti Blogger Azhari

Photobucket

Hits Counter

  • 47,809 Pengunjung