17
Sep
07

Konspirasi Jahat Menjelang PRK

Pilihanraya Kampus : Laptop Siswa Dirampas, Bilik Digeledah, Notis Ugutan !

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Hrkh) – Demam Pilihan raya kampus (PRK) kini terus melanda mahasiswa dengan beberapa tindakan agresif yang didakwa mula dimainkan oleh pihak bahagian Hal Ehwal Pelajar serta kumpulan mahasiswa yang menggelarkan diri mereka Aspirasi.

Terbaru di Universiti Putra Malaysia (UPM), beberapa insiden yang melibatkan mahasiswa pro-Barisan Mahasiswa Bersatu (BMB) yang menentang Aspirasi.

ImageMenurut wakil BMB yang mengedarkan risalah insiden-insiden yang didakwa berlaku di kampus UPM,salah seorang mahasiswa mangsanya adalah Yee Yang Yang yang telah dirampas komputer riba, telefon bimbit, pendrive serta beberapa dokumen-dokumen penting.

Antara keterangan risalah yang diedarkan menyebut bahawa; kejadian tersebut didakwa dilakukan semasa satu sesi soal siasat yang dijalankan terhadap Yee Yang selama dua jam selepas dipanggil masuk ke bilik mesyuarat Kolej 13 oleh Pengetua dan Felo kolej, Mohd Fakhrurazi Mustapha serta tiga orang yang tidak dikenali selepas perjumpaan bersama pengetua kolej 13 berhubung kes kehilangan telefon bimbit.

Anehnya, semasa soal siasat tersebut, beliau telah disoal tentang Persatuan Bahasa Tionhua, BMB serta risalah-risalah berkaitan PRK.

Setelah itu, Yee Yang telah menghubungi Pengarah Jabatan Keselamatan, Mejar Othman Jailani yang mengesahkan bahawa tiada sebarang operasi dijalankan pada malam tersebut.

Risalah tersebut juga menyatakan bahawa pada keesokan harinya, mereka membuat laporan polis di Balai Polis Serdang.

ImageNamun, setelah polis berhubung dengan pihak keselamatan, mereka mengesahkan bahawa ketiga-tiga orang yang tidak dikenali itu ialah pihak Unit Tugas Khas (UTK) dan laporan polis hanya dibuat sekiranya UTK enggan memulangkan semula barang-barang yang dirampas.

Kemudian mereka telah pergi ke Jabatan Keselamatan tetapi pihak UTK tidak mahu melayan aduan mereka. Akhirnya, pihak UTK mengeluarkan satu surat mengesahkan rampasan terhadap barang-barang milik Yee Yang.

Sementara itu, bilik Pengerusi BMB, Mohd Taufiq Mahmud juga telah dijadikan mangsa oleh Pengetua dan Pegawai HEP pada 13 September sehinggakan motosikal beliau telah dikunci pada keesokkan harinya.

Selain itu, risalah tersebut juga mendakwa terdapat juga insiden yang membabitkan motosikal mahasiswa yang disabotaj serta diletakkan notis ugutan supaya tidak terlibat dalam PRK. – mks.

Respon : Jahatnya orang itu, mesti takut kalah dalam pilihanraya nanti. Puak-puak macam ni, dah takde cara lain nak guna, kalau dia guna cara baik, tu yang pelik !

Di kampus-kampus, Konsert-konsert yang tak berfaedah siapa yang anjurkan, kalau bukan puak-puak dia orang

Kembalilah kepada Islam yang sebenar …


1 Respon to “Konspirasi Jahat Menjelang PRK”


  1. September 22, 2007 at 2:09 am

    pilihanraya kampus?

    aspirasi? ehe… ini semua pengampu. Entah kenapa menyampah setiap kali baca ttg sesuatu yang berkaitan pihak aspirasi.

    Mereka ni selalu saja menerajui MPP. Mana taknya, calon pembangkan sudah dicantas awal² lagi. Para pelajar di beri ugutan jgn mengundi pembangkang atau dikenakan tindakan AUKU.

    Pelik… pelik… bukankah demokrasi itu maksudnya pimpinan rakyat untuk rakyat? Tambah pelik apabila kebebasan memilih tidk dibenarkan.

    Di tempat saya belajar, pelajar akan diberikan satu kertas kecil yang mengandungi nombor calon. Jadi pelajar hanya perlu memangkah mengikut nombor tersebut. Tentu saja itu barisan yang mewakili aspirasi.

    Mereka ini apabila terlantik nanti bukannya menjadi orang yang Mewakili pelajar seperti nama MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR, sebaliknya mereka membawa satu portfolio yang mewakili pihak atasan UNIVERSITI. Sesetengah pelajar mengelarkan mereka as anjing universiti.


Tinggalkan jawapan




12

Inilah Teratak Keluarga ku

dan Tempat Ku Dibesarkan

Arkib

 

September 2007
I S R K J S A
« Ogo   Okt »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Ayat Motivasi

" Sesungguhnya Allah Maha Pengampun

Lagi Maha Penyayang "

Life Of Aku Photos

Bersama Tok Guru

Bersama Rakan Seperjuangan

Tuan Guru di Hati

Gerai Anbakri

More Photos

Komuniti Blogger Azhari

Photobucket

Hits Counter

  • 48,522 Pengunjung