Arkib untuk September 2007

30
Sep
07

Meneladani Sikap Juang Tentera Badar

Dunia hari ini berbeza dengan dunia yang lalu. Oleh sebab itulah, hari ini bila kita berbicara soal sejarah,belum tentu kita berminat untuk mendengarnya apatah lagi untuk menyelaminya. Lebih dahsyat lagi, bila sejarah Islam semakin dilupakan dari minda masyarakat kita hari ini. Buktinya, ada dikalangan pemimpin kerajaan yang memperkecilkan zaman-zaman kegemilangan Islam yang lampau, sehingga menyatakan pendapatnya bahawa kita tidak perlu lagi untuk menyingkap sejarah-sejarah orang terdahulu akan tetapi kita hendaklah mencipta sejarah yg baru.

Inilah dia contoh golongan orang-orang yang tidak mahu masyarakat mengetahui kebenaran. Maka, tidak hairanlah jika masyarakat hari ini lebih berminat meniru gaya-gaya dan tingkah laku orang barat yang telah lari daripada batasan syara’ .Mungkin itulah yang mereka mahu. Mereka takut sekiranya masyarakat celik sejarah. Mereka juga takut jika masyarakat faham Islam. Hasilnya, usaha-usaha segelintir manusia yang ingin bercerita tentang kebenaran Islam hari ini mendapat tentangan dan sekatan. Bibit-bibit penentangan terhadap Islam itu sendiri telah kelihatan walhal mereka juga terdiri dikalangan orang yang menganut agama Islam.

Kita juga harus ingat yang masyarakat pada hari ini banyak disajikan dengan hiburan yang akan membantu kepada kejatuhan Islam. Sejarah sendiri telah membuktikan di mana salah satu faktor kejatuhan kerajaan Abbasiah adalah disebabkan masyarakat pada hari itu hidup dalam keadaan yang banyak berhibur atau berada di satu alam yang boleh dikatakan sebagai alam hedonisme. Kalau itulah sebabnya, maka kita lihat hari ini, pihak tertentu sepatutnya mengurangkan atau menidakkan secara lansung bentuk bentuk hiburan yang melalaikan, akan tetapi ia adalah sebaliknya. Masyarakat hari ini banyak dihidangkan dengan pelbagai bentuk hiburan yang bercanggah dengan syara’. Inilah ketidakadilan yang sedang berlaku .

Maka sampai bila ?. Jika kita boleh menceritakan sejarah-sejarah kemerdekaan tanah melayu, mengapa tidak pada sejarah-sejarah Islam dahulu ? Melihat Islam hari ini, sepatutnya kita sedih dan mempunyai kesederan untuk mengembalikan zaman kegelmilangan Islam yang telah tercipta suatu masa dahulu . Justeru, tidak boleh tidak kita mesti melahirkan generasi pejuang-pejuang Islam yang memiliki semangat juang sepertimana pejuang-pejuang Islam zaman dahulu. Dan diantara langkah-langkahnya adalah dengan kita menyingkap serta menyelami kembali sejarah-sejarah perjuangan umat Islam khususnya di zaman junjungan besar Nabi kita, Nabi muhammad S.A.W. Maka, peristiwa yang patut kita teladani adalah peristiwa perang badar yang mana bertepatan dengan kedatangan bulan ramadhan yang mencatat di dalamnya beberapa peristiwa penting termasuklah peristiwa perang badar itu sendiri.

Sedikit catatan perjalanan perang badar :

1- berlaku pada 17 Ramadhan tahun ke-2 hijrah

2- Tercetusnya peperangan adalah disebabkan silap faham kafilah dagang kaum musyrikin Makkah yang sedang kembali dari syam menuju Makkah di mana mereka telah melihat segerombolan rombongan orang madinah yang mendekati kafilahnya lalu pimpinan kafilah (Abu Sufyan) minta bantuan tentera dari Makkah lalu tercetusnya peperangan diantara umat Islam dengan kafir musyrik.

3- Peperangan tersebut merupakan peperangan kali pertama bagi umat Islam.

4- Tentera Islam menang dalam peperangan tersebut walau dengan kekuatan hanya 313 orang tentera berbanding kafir quraisy yang mempunyai kekuatan tentera seramai 1000 orang.

Di antara rahsia kemenangan umat Islam yang boleh kita contohi adalah semangat juang tentera-tenteranya. Kita boleh lihat bagaimana wakil dari golongan kaum ansor iaitu Sa’ad bin Mu’az ketikamana Nabi Muhammad S.A.W sedang bermesyuarat dengan sahabatnya di kalangan Ansor, lalu beliau bangkit menyatakan kesiapannya untuk diterjunkan lebih dahulu kemedan pertempuran lalu berkatalah ia :

Wahai Rasulullah, sungguh kami ini telah beriman kepadamu, telah seratus peratus meyakini agamamu dan telah mengakui kebenaran agama yang engkau bawa kepada kami. Kami telah bersumpah setia untuk melaksanakan semua yang telah kami janjikan kepadamu. Oleh kerana itu, segeralah laksanakan apa yang telah menjadi keputusanmu, ya Rasulullah, dan kami setia padamu. Demi Allah yang telah membangkitkanmu dengan membawa kebenaran, kalau engkau perintahkan kami untuk mengharungi lautan ini (perang), nescayalah kami harungi ia bersamamu. Tak seorang pun diantara kami ini yang menolak arahanmu dan tak seorang pun yang akan mundur dari medan perang, hari ini atau besok. Kami sanggup tabah menjalani peperangan ini dan telah siap sedia untuk shahid di dalamnya. Mudah-mudahan Allah S.W.T merestui apa-apa yang engkau percayakan kepada kami dan marilah berangkat bersama kami, dalam berkat Ilahi

Begitulah ucapan daripada bibir seorang pejuang Allah yang boleh kita jadikannya sebagai sumber untuk melahirkan semangat juang yang tinggi terutamanya bagi pejuang-pejuang agama Allah.Mungkin jika dilihat di Malaysia, apa yang berlaku tidaklah sampai ke tahap untuk kita mengangkat senjata terhadap musuh-musuh Islam. Namun begitu, sebenarnya apa yang kita hadapi juga ini, sebenarnya adalah peperangan dalam bentuk yang lain diantara umat Islam yang benar-benar ikhlas dalam memperjuangkan Islam dengan musuh-musuh Islam sama ada orang kafir itu sendiri mahupun umat Islam yang menjadi barua kepada Islam. Inilah tanggungjawab kita yang mesti kita tunaikan. Hal ini sudah tentu berhajatkan kepada satu semangat juang yang tinggi dan di sini kita boleh ambil bebepara pengajaran berdasarkan apa yang dinyatakan oleh Sa’ad bin Mu’az itu :

1- Sifat cintakan nabi : Hari ini, manusia lebih cintakan orang lain daripada nabi. Ulama’ ada berkata  

tanda orang yang bercinta adalah sanggup berkorban demi orang yang dicintainya

Persoalannya siapa yang lebih kita cintai ? Jika nabi, mengapa tidak mempertahankannya ketikamana baginda dicela dan dihina. Adakah semua umat Islam sensetif dengan senario yang berlaku hari ini ? Di malaysia, berapa ramai yang telah mengamalkan boikot barangan produk daripada musuh-musuh Islam ? KFC. Coca Cola, rokok, Mc. Donald dan banyak lagi masih menjadi kegemaran umat Islam di Malaysia.

2- Dengar dan taat : Hari ini manusia lebih suka untuk memberikan ketaatan kepada syaitan, hawa nafsu dan manusia serta pemimpin yang zalim. Sedangkan kewajipan untuk mentaati Rasulullah adalah mutlak berbanding manusia biasa kerana ketaatan terhadapnya bersifat sementara selagi mana dia tidak menyuruh berbuat kemungkaran.

3- Keyakinan yang tinggi : Hari ini manusia lebih yakin dengan janji manusia berbanding dengan janji Allah. Hasilnya, ada dikalangan kita yang sanggup menjual agamanya demi menjaga periuk nasinya. Hari ini manusia lebih sanggup berdiam diri menyembunyikan kebenaran daripada menghebohkannya kerana mereka lebih takut janji-janji kezaliman manusia daripada janji-janji azab Allah S.W.T.

Inilah antara sifat-sifat juang yang ada pada seorang tentera Allah yang benar-benar yakin dengan janji-janji Allah. Sehinggakan nabi sendiri pantas memberikan kata-kata semangat kepada seluruh tenteranya :

Demi Allah, yang nyawaku ini ditangannya, musuh-musuh kita sekarang akan menghadapi pahlawan-pahlawan yang sabar dan tangguh, serta akan memenangkan peperanagn. Jika satu diantaranya terbunuh maka Allah lah yang akan memasukkan ke syurga

Tak cukup itu, nabi juga telah berdoa setelah mana kembali ke khemahnya dengan ditemani oleh Abu Bakar sementara Sa’ad bin Mu’az mengawalnya dengan pedang terhunus lalu berdoa :

Ya Allah, aku nantikan janji-mu. Ya Allah jika pasukanku ini kalah, nescaya tidak ada lagi orang yang akan menyembah Mu di muka bumi ini
 
dan kemudian nabi pun menunaikan solat khauf dan sujud yang agak lama sehinggakan Abu Bakar mengingatkan Nabi :

Bangunlah, sebentar lagi Allah akan menunaikan janjinya kepadamu

Benarlah apa yang dijanjikan Allah. Mereka beroleh kemenangan dengan sebenar-benar kemenangan. Kita dapat lihat daripada sedikit perjalanan peristiwa perang badar ini, bagaiamana contoh dan teladan yang ditunjukkan oleh nabi muhammad s.a.w bersama tentera-tenteranya. Peperangan yang mereka hadapi bukanlah disebabkan mereka nakkan harta rampasan atau yang seumpama dengannya, akan tetapi peperangan yang mereka hadapi adalah peperangn diantara pertembungan aqidah. Tidak lain tidakl bukan tujuan mereka adalah untuk menegakkan kebenaran dan membuang segala macam bentuk penyekutuan yang berlaku terhadap Allah swt. Oleh sebab itulah, kita dapat lihat bagaimana mereka mementingkan kekuatan rohani, sepertimana yang ditunjukkan oleh nabi muhammad s.a.w dengan menunaikan solat khauf dan berdoa. Berbeza dengan pihak musuh, kita dapat lihat bagaimana mereka mengadakan pesta berhibur dan inilah yang kita dapat lihat pada hari ini. Hatta di Malaysia sendiri.

Mungkin kita tak nampak di mana peperangan itu ? akan tetapi mungkin kita boleh sifatkan peperangan di Malaysia adalah peperangan dalam bentuk pilihanraya. Dan ini jelas, pihak yang hanya memperjuangkan hak-hak satu-satu kaum contohnya kaum melayu, tetapi mengambil penting tentang agama, mereka mengadakan program-program maksiat berbeza dengan golongan pejuang-pejuang Allah yang ingin menegakkan syiar Islam, mereka mementingkan ibadat ritual disamping menjalankan tugastugas mereka yang berbentuk fizikal. Inilah sebenarnya kelebihan yang ada pada tentera-tentera Allah.

Oleh sebab itulah, pejuang-pejuang agama Allah yang ada pada hari ini, tidak boleh tidak mestilah mempersiapkan diri dengan segala kekuatan, baik dari segi rohani mahupun jasmani. Dan contoh yang terbaik adalah sepertimana yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah saw bersama para sahabat dalam peperangan badar. 

Mudah-mudahan dalam pilihanraya yang akan datang ini kemenangan berpihak kepada Islam bukannya Islam hadhari . Takbirr !!! Allahuakbar !!!

Life Of Aku

 

26
Sep
07

Suara Manusia Kerdil

Salam ramadhan pembuka bicara. Tiada kata melainkan tiada apa. Melainkan hati ini tertanya-tanya. Apakah suara ku ada orang yang nak mendengarnya? Apatah lagi Pak Lah pemimpin kita. Semua orang tahu, Pak Lah sememangnya berkuasa. Namun, hati ini sering tertanya, apa yang Pak Lah nak sebenarnya ?. Andai islam yang dia bawa.Islam apa yang di bawa ? Maka jawapannya. Ambillah kesemuanya. Bukan dicedok sini sana. Dakwah salah satu darinya. Jihad amalan mulia di dalamnya. Bina daulah tanggungjawab bersama. Begitu juga semuanya. Maka Itulah Islam sebenarnya.

Andai suara ini membuat terluka, maafkan aku wahai semua.. Inilah dia tugas manusia, saling mengingat jika terlupa. Tapi pelik ku rasa, mengapa dulu dan kini Pak Lah tetap sama. Adakah dulu kini dan selamanya ?

Inilah kita ! mudah sangat lupa dan alpa. Andai ada yang tak kena, maka Kembalilah ke jalanNya. Andai tahu kekurangan ada, jangan pula menyombong rasa. Andai tahu kita hamba, perlu ada tawaddhu’ rasa. Andai rasa kita mulia, maka jauhilah darinya.

Dalam damai yang belum dirasa, masih ku cari erti sebenarnya. Melihat Pak Lah santai saja. Sedih ku lihat orang terseksa. Setiap kala, ingin ku menceritakannya, bahwa islam itu merangkumi semua. Andai dakwah yang Pak Lah bawa. Maka mengapa yang benar tak dicerita ? Andai daulah ingin dibina. Maka mengapa lord red dasarnya. Andai hukum ingin dilaksana mengapa ISA masih Terus membaca ‘Suara Manusia Kerdil’

23
Sep
07

Sayangilah DIA

“Aku bengang lah dengan polis yang tembak orang kat Terengganu tu ! tak guna betul, arghhh ! buat ape aku nak pikir benda-benda macam tu, dia orang nak buat apa buatlah, nak tembak orang ke, nak tangkap orang masuk ISA ke, nak bunuh orang ke lantak dia orang lah, nanti kat akhirat, dia yang kena soal, bukan aku ! “

Siapa kata kita tak kena ? Adakah kita sedar jika kita berpandangan sedemikian, maka sebenarnya kita juga telah meletakkan diri kita bersama mereka ? dan kita juga telah merelakan mereka berbuat kezaliman.Ertinya di sini, apabila kita melihat saudara kita dizalimi, kita mengatakan kita tidak bertanggungjawab sehingga kadang-kadang kita merasakan kita telah terlepas daripada terkena bencana kezaliman, ini bermakna kita telah menyokong kezaliman itu.

Oleh sebab itulah, Hajjat Yusof As-Thaqofi, seorang pemerintah Islam yang zalim zaman dahulu , ketika meminta kepada tukang-tukang jahit pada zamannya supaya dijahitkan baju yang koyaknya, namun si penjahit tersebut tidak mahu menjahit bajunya. Ini adalah disebabkan sifatnya yang zalim pada waktu itu. Maka ada seorang tukang jahit yang bertanya kepada seorang ulama’ meminta dijawab persoalannya tentang apakah hukumnya dia menjahit baju Hajjat Yusof As-Thaqofi. Maka ulama’ tersebut pun menjawab,

“kamu bukan saja menolong orang yang zalim, bahkan kamu juga terdiri dari orang yang zalim”.

Inilah perkara yang perlu kita fahami. Sebab itulah menjadi tanggungjawab kita untuk menolong orang yang dizalimi dan menjadi tanggungjawab ke atas kita juga untuk menolong orang yang berbuat zalim dalam erti kata yang lain.

Mengapa perlu tolong ?

Sepertimana yang kita sedia maklum bahawa orang muslim dengan muslim yang lain adalah bersaudara. Oleh yang demikian, kita tidak boleh menganiaya, membiarkan, dan menghina orang Islam yang lain atas sebab telah menjadi tuntuan yang wajib untuk ditunaikan sebagai manusia yang beragamakan Islam untuk memelihara perpaduan di antara orang Islam yang diakui sebagai saudara. Bahkan kita juga wajib menghindarkan penganiyaan yang dilakukan.sekadar yang termampu tanpa membiarkannya.

Banyak peristiwa yang boleh dijadikan pengajaran. Kes yang paling hangat, di Terengganu itu, walau kes tersebut seolah dah basi untuk diperbincang, namun hakikatnya, ia tetap dan mesti diperbincangkan sehinggalah kita tahu kebenaran. Inilah salah satu bukti yang paling jelas bahawa kita telah dizalimi.

Satu persoalan, dalam kes pembunuhan Adik Nurin Jazlin, kerajaan bersungguh untuk segera dalam mencari siapa yang melakukan pembunuhan yang kejam itu, akan tetapi dalam kes polis tembak rakyat di Terengganu, mengapa sunyi tanpa berita ? atau saya yang tak tahu undang-undang atau tak baca berita ?

Dalam kes Kampung Berembang, rumah penduduk di roboh sesuka hati tanpa ada toleransi, ini juga satu kezaliman. Kezaliman dalam bentuk yang lain, orang yang bersuara memberi ceramah, menceritakan kebenaran, dan orang yang ingin melaksanakan hukum Islam dimusuhi juga satu bentuk kezaliman. Sedangkan dalam program yang lain yang berbentuk keagamaan dibenarkan bahkan sanggup mengeluarkan wang beribu-ribu, contohnya dalam program pertandingan Tilawah al-Quran tapi mengapa tidak kepada orang yang hendak melaksanakan isi kandungan al-Quran ? Bahkan golongan tersebut dianiaya. Itu juga satu kezaliman.

Kenapa ? Tak percaya ya ? Maka di sini, tidak lain tidak bukan Islam adalah jalan penyelesaiannya.

Rasulullah S.A.W telah bersabda :

Tolonglah saudara engkau yang berbuat zalim atau yang dizalimi. Ia berkata : Ya Rasulullah ! aku pernah menolong orang yang dizalimi maka bagaimana agaknya aku hendak menolong orang yang zalim ? Ia bersabda : Engkau tegah dia dari melakukan kezaliman, maka yang demikian itu bererti engkau menolong akan dia”

Pada hadith yang lain Rasulullah juga ada menyebutkan bahawa :

Barangsiapa yang tiada mahu menolong seorang mukmin yang sedang dihinakan orang di sisinya pada hal dia mampu menolongnya, akan dihinakan dia oleh Allah di tengah-tengah khalayak ramai pada hari kiamat. Sebaliknya pula orang yang menolong saudaranya dengan cara yang tersembunyi dalam perkara yang ia dapat menolongnya akan ditolong Allah akan dia di dunia dan akhirat “

Inilah hakikat kebenaran, dan hari ini kita dapat lihat betapa susahnya untuk menunaikan tanggungjawab tersebut. Kita juga dapat lihat berapa ramai yang sanggup bangun untuk menegakkan kebenaran ? Mungkinkah …

1- Kita merasakan tidak layak untuk mencegahnya atas sebab kekurangan yang ada pada diri kita ? Sebab itulah, dalam hal ini, kita bukan saja wajib menunaikan tanggungjawab untuk mencegah kezaliman dan kemungkaran orang lain, akan tetapi dalam masa yang sama kita juga wajib untuk menunaikan tanggungjawab mencegah kemungkaram dalam diri kita sendiri. Maka itu adalah adil.

2- Atau kita merasakan bahawa yang perlu untuk ditakuti adalah manusia, bukan Allah ? Rasulullah S.A.W berabda :

” Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman kepada seorang hamba pada hari kiamat, iaitu : Apakah yang menghalang engkau dari mengubah yang mungkar apabila engkau melihatnya ? Ia menjawab : Hai Tuhanku ! kerana aku takut kepada manusia. Lalu Allah berfirman : Engkau lebih berhak takut kepada Ku “

Memang tak dapat dinafikan, untuk kita menyatakan kebenaran dan yang salah adalah amat berat dan pahit untuk diterima. Namun jika ia dilakukan demi kebaikan umat maka ini adalah jihad yang merupakan satu perjuangan yang takkan terhenti. Maka lebih baiklah sekiranya ia dilaksanakan kepada golongan yang mempunyai pangkat dan kuasa sepertimana kerajaan yang memerintah negara Malaysia pada hari ini yang mentadbir dan mengurus masyarakat. Rasulullah S.A.W bersabda :

” Jihad yang utama ialah perkataan yang benar di sisi sultan (kerajaan yang zalim) ” Riwayat Abi Said

3- Atau kita ada kepentingan peribadi ? Mana lebih penting ? Islam atau perut kita ?

Jadi semua ini berhajatkan kepada suatu tindakan yang datang dari kesedaran kita semua. Memandangkan, dunia Islam hari ini makin mencabar yang mengandungi bermacam peristiwa kezaliman dan kemungkaran, maka tanggungjawab terpundak di bahu kita semua khususnya umat Islam, bahkan sekiranya tidak diambil kira semua ini melalui perspektif Islam itu sendiri, namun, melaui sifat perkimanusiaan, maka kita juga bertanggungjawab untuk memikirkannya. 

Moral : Jangan sokong kezaliman dan orang yang berbuat zalim. Sayangilah DIA. Sayang bukan tanda kita rela pada DIA, tapi sayang kerna DIA adalah saudara seagama kita

* DIA bermaksdud : pemerintah Islam yang tidak meletakkan sesuatu perkara pada tempat yang selayaknya ( zalim ).

Sumber Rujukan : Kitab Syarah Hadis Empat Puluh Susunan Imam Nawawi

Al-Faqir ilallah : Life Of Aku

21
Sep
07

Bila Manusia Melawan Fitrah

Mendengar berita kematian adik Nurin Jazlin dibunuh dengan kejam, maka timbul satu pertanyaan, siapakah yang sanggup memperlakukan anak kecil tersebut dengan sedemikian rupa ? Manusia yang binatangkah itu ? Atau sudah tiada lagi istilah lain yang patut diberikan oleh manusia seperti itu ? Peristiwa tersebut harus dijadikan pengajaran buat kita semua. Dah banyak yang kita dengar, bukan pertama kali bahkan sudah berkali-kali kes seumpama ini terjadi. Kes orang tua dirogol, kes kanank-kanak didera, begitu juga dengan kes yang lain, rasuah dikalangan golongan ‘kolar putih’ dan bermacam-macam lagi telah berlaku sebelum ini.Dengan kelebihan akal yang diberikan kepada manusia, nampaknya ia masih tidak mampu membawa manusia sentiasa berada di jalan yang benar. Inilah realiti yang telah terjadi sejak dahulu lagi. Maka, bila membincangkan perkara yang berkait dengan realiti kehidupan manusia hari ini kita harus ingat sebenarnya kita banyak berdepan dengan cabaran, godaan, rintangan dan ujian. Inilah yang dikatakan ketetapan Allah swt.

Bagaimana semua ini boleh berlaku ?

Maka untuk menjawab persoalan ini, asas pertama yang perlu kita ketahui ialah mungkin kerana manusia itu sendiri telah melawan fitrahnya sebagai seorang manusia. Ini adalah perkara penting. Sebab itu bila manusia melawan fitrah asal usul kejadiannya maka dengan perbuatannya itu ia akan membawa kepada kemusnahan. Sedangkan Allah ada menyebutkan dalam kitabNya bahawa Allah telah menentukan fitrah manusia itu fitrah yang baik dan suci. Bahkan kita semua maklum kelahiran manusia di muka bumi ini telah disebutkan dalam hadis bahawa setiap kelahiran itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. Maka dalam mendefinasikan lafaz fitrah, ulama’ telah bersepakat bahawa maksud fitrah itu memberi maksud islam iaitu yang bersih dan yang suci. Ertinya di sini, dapat digambarkan bahawa dalam sejarah peradaban manusia telah membuktikan sebenarnya manusia ini dalam keadaan yang tidak ada kekurangan. Namun begitu, realiti yang berlaku pada hari ini, manusia telah melawan fitrahnya.

Sabda Nabi :

Aku telah tinggalkan kamu dalam perjalanan yang cukup terang dan nyata, tetapi akan berlaku satu keadaan di mana tidak akan menyeleweng seseorang itu dari agama ini, melainkan dia membinasakan dirinya sendiri

Oleh yang demikian, kesimpulan yang dapat kita ambil ialah, manusia ini sebenarnya mudah terikut dengan godaan yang datang dari kumpulan makhluk samaada yang tersembunyi mahupun yang nampak iaitulah syaitan dan nafsu. Makanya di sini, sudah tentu kita tidak boleh membiarkan perasaan kita mengatasi agama kita, kita tidak boleh biarkan akal kita mengatasi kekuatan iman dan ilmu kita. Sebab itulah kita mesti memastikan laluan hidup kita dengan berasaskan agama, iman, ilmu dan ketaqwaan terhadap Allah S.W.T. Justeru, menjadi kewajipan ke atas kita untuk sentiasa dalam keadaan memohon petunjuk kepada Allah S.W.T. Kita juga telah jelas di dalam al-quran yang menuntut kita untuk meminta supaya sentiasa diberi hidayah dan petunjuk sepertimana yang disebutkan di dalam surah al-Fatihah. Begitu juga disebutkan di dalam ayat yang lain, bahawa Allah menuntut kita supaya mengikut jalanNya dan melarang daripada mengikuti jalan yang selain dariNya. Jika sebaliknya, maka kehidupan kita akan binasa.

Imam Al-ghazali ada menyebutkan, sekiranya kita mahu selamat di dalam keadaan yang berterusan hingga hari akhirat, maka kita perlu kenal tiga perkara :

1- Kita perlu kena fitrah kita sebagai seorang manusia yang ingin kebaikan. Hal ini sudah jelas, manusia mana yang tidak berhajatkan kepada sesuatu yang baik-baik ?

2- Kita perlu kenal siapa musuh kita sepertimana yang telah disebutkan tadi. Samaada musuh dalam selimut ataupun di luar selimut.

Rasulullah S.A.W sendiri ada memberitahu bahawa orang beriman ini akan menghadapi beberapa cabaran yang mana kita perlu mempersiapkan diri kita agar kita takkan terpedaya, tergoda dan ternoda dengan cabaran-cabaran tersebut antaranya ialah :

a- mukmin yang hasad

b- kafir yang membunuh

c- syaitan yang sentiasa menyuruh kepada kejahatan

d- nafsu yang sentiasa melawan

3- Kita perlu kenal alam abadi iaitu alam akhirat di mana kita akan kekal hidup di sana buat selamanya.

Inilah tiga perkara yang mesti kita ambil cakna di mana sebenarnya kita akan berhadapan dengan musuh yang sekiranya kita tidak dapat menangkis serangannya, maka binasalah hidup kita.

Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan adalah musuh nyata bagimu. Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji , dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui . Surah al-Baqarah : 168-169

Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang . Surah Yusuf : 53

Maka, sudah tentu di sana ada satu perkara yang lebih penting dan teramatlah penting iaitulah kita mesti kembali kepada Islam itu sendiri. Jika kita benar-benar berpegang kepada Islam, sudah tentu peristiwa-peristiwa yang tidak diingini seperti rasuah, kes rogol, kes bunuh, zina dan yang seumpama dengannya tidak akan berlaku.

a

Takziah diucapkan kepada keluarga adik Nurin Jazlin. Al-Fatihah buat rohnya.

19
Sep
07

Alam Pemerintahan Diktator

Siapa tak tersentuh, siapa tak marah, bile baca surat khabar, semuanya cerita yang menakutkan. Kalau buka akhbar yang itu, rasa marah bukan pada artikel yang dipaparkan, akan tetapi pada penulisnya yang suka memutarbelitkan fakta. Bila baca akhbar yang itu pula, marah bukan sebab putar belit , tapi sebab cerita kezaliman pemerintah yang ada pada hari ini. Orang yang tak berperasaan saja yang buat ‘dono’. 

Saya pernah mendengar ceramah Tuan Guru Haji Abdul Hadi beberapa minggu yang lalu, beliau ada mengkhabarkan bahawa di Palestin hari ini, keadaan semakin tenat. Di mana puak-puak Fatah telah mengganas. Mereka telah membunuh imam-imam masjid dikalangan Hamas dan lebih teruk lagi mereka ini menjadi barua kepada musuh Islam sendiri. Orang Islam menjadi sekutu Israel dan Amerika. Siapa tak kenal mereka ? Berapa banyak jiwa manusia yang telah mereka korbankan ?

Bila melihat keadaan seperti ini berlaku di Palestin, saya berpandangan bahawa sebenarnya di Malaysia juga seoalah bakal menuju ke satu alam yang lebih dahsyat lagi sepertimana yang sedang berlaku di Palestin. Nauzubillah min zalik. Saya bukan bermaksud hendak menyamakan pihak tertentu dengan situasi yang berlaku di Palestin. Akan tetapi apa yang nak timbulkan adalah, wujudnya golongan yang cintakan kezaliman. Jika tidak, mana mungkin sanggup membunuh saudara sendiri, dan sanggup berkawan dengan musuh Islam ?

Mungkinkah alam pemerintahan diktator sedang bertapak di Malaysia ?

Hadis Rasululuuah S.A.W ada menerangkan tentang pembahagian alam pemerintahan di mana ianya terbahagi kepada beberapa bahagian :

1- zaman nubuwwah

2- zaman pemerintahan khulafa’ arasyidin yang mana metodologi kenabian menjadi panduannya.

3- zaman pemerintahan raja atau pemerintah yang menggigit di mana di dalam zaman tersebut adanya zaman uthmaniah

4- zaman pemerintahan zalim, atau diktator.
dan zaman yang terakhir kembalilah kepada zaman pemerintahan sepertimana zaman kenabian.

Maka kebanyakan ulama’ telah bersepakat bahawa kita sekarang sedang berada di zaman yang ke empat iaitu zaman pemerintah yang zalim, mencengkam atau diktator. Artikel saya ini bukanlah bertujuan untuk menakut-nakutkan kita semua. Tetapi, nilah realiti yang patut kita terima, dan ia tidak cukup sekadar kita hanya berdiam diri.

Sepertimana kisah di Palestin yang saya sebutkan tadi, adakah itu bersifat mahabbah ? Begitu jugalah di Malaysia, rasanya tak perlu disebutkan satu-satu, semua telah maklum.  ISA, buktinya. Sesuka hati menghumban rakyat tanpa ada bicara. Adilkah itu ? Jika tidak, maka itu adalah zalim.

Kita boleh lihat bagaimana HAMAS di palestin, ikhwanul muslimin di mesir, Pas di malaysia, dan yang seumpama dengannya. Inilah hakikat yang harus diterima. Kita harus sedar perkara ini sebenarnya. Kita boleh lihat orang yang seagama sendiri menentang mereka. Inilah perkara yang menyedihkan kita semua. Maka, kita semua lah yang patut membuang dan melenyapkan kediktatoran pemerintah yang ada pada hari ini. Itu pun jika kita cintakan kebenaran dan keadilan.

Siapa tak marah, siapa tak benci, kalau cintakan kebenaran dan keadilan, walau tak berpelajaran, sudah tentu ia akan berbuat demikian. Orang yang pikir tembolok dan periuk nasi je macam Adolf Hitler, yang akan rasa ‘heppy’ lalu mengatakan kepada semua orang ‘aku kaya, aku hepi, aku power’, tiba-tiba, jatuh satu batu dari langit menimpanya, waktu itu, baru dia tahu .

Adolf Hitler Sewaktu Kecilnya ‘Comel Jer’

Life Of Aku

17
Sep
07

Konspirasi Jahat Menjelang PRK

Pilihanraya Kampus : Laptop Siswa Dirampas, Bilik Digeledah, Notis Ugutan !

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Hrkh) – Demam Pilihan raya kampus (PRK) kini terus melanda mahasiswa dengan beberapa tindakan agresif yang didakwa mula dimainkan oleh pihak bahagian Hal Ehwal Pelajar serta kumpulan mahasiswa yang menggelarkan diri mereka Aspirasi.

Terbaru di Universiti Putra Malaysia (UPM), beberapa insiden yang melibatkan mahasiswa pro-Barisan Mahasiswa Bersatu (BMB) yang menentang Aspirasi.

ImageMenurut wakil BMB yang mengedarkan risalah insiden-insiden yang didakwa berlaku di kampus UPM,salah seorang mahasiswa mangsanya adalah Yee Yang Yang yang telah dirampas komputer riba, telefon bimbit, pendrive serta Terus membaca ‘Konspirasi Jahat Menjelang PRK’

16
Sep
07

Asyik Berbalah Je, Bila Nak Bersatu ?

 

Selagi tiadanya kesatuan dan kesamaan di dalam pemikiran (wahdatul fikr) maka, selagi itulah kita takkan dapat bersatu. 

Sebab apa ?

Salah satu sebabnya ialah, kita tak faham atau kita kurang pemahaman tentang Islam yang sebenar. Dan boleh jadi disebabkan kita ni sengaja buat-buat tak faham dan sememang terjadi. Maka,  saya bukanlah yang terbaik dan yang terlayak untuk membincangkan hal ini, cumanya atas kesedaran yang ada ini maka perlulah kita sama-sama membincangkannya. Mengenai hal ini, elemen penting yang perlu diketahui oleh kita semua ialah mengenai Islam itu sendiri. Kita perlu memahami Islam secara menyeluruh kerana Islam itu agama yang syamil. Kita mesti set dalam minda kita bahawa, Islam itu merangkumi semua aspek. Apa yang berlaku pada hari ini, terdapatnya golongan-golongan yang hanya fokus kepada sesuatu perkara. Contohnya, ada yang menganggap Islam itu hanya dari sudut beribadah dan yang selainnya dianggap tidak termasuk di dalam Islam. Hal ini yang patut kita bimbangkan kerana ia telah menyebabkan terbantutnya proses untuk membina kesatuan ummah seterusnya melambatkan kemenangan Islam itu sendiri.

Kita lihat sejarah yang telah berlaku di barat suatu masa dahulu yang mana wujudnya pemisahan diantara golongan gereja dan pemerintah dan ideologi ini masih lagi wujud pada abad ini. Inilah satu pemahaman yang tidak sepatutnya ada di dalam diri setiap umat Islam yang menganggap Islam itu hanya dipandang dari aspek ibadahnya sahaja seperti solat, puasa, zakat dan yang seumpama dengannya. Sedangkan setiap perkara di dunia ini sepatutnya kita hendaklah mengaitkannya dengan Islam.

Satu lagi pemahaman yang patut dijauhkan dalam kepala pemikiran setiap muslim ialah pemikiran yang hanya mementingkan diri sendiri. Ketahuilah bahawa kita ada tanggungjawab yang wajib kita tunaikan. Dan tanggungjawab itu bukanlah hanya fokus kepada satu perkara sahaja sehingga kita mengabaikan tanggungjawab yang lain. Iya, memang benar kita juga dituntut untuk mengambil seberapa banyak perkara yang boleh memberi manfaat dan keuntungan bagi diri kita. Namun harus diingat, kita juga dituntut untuk mengambil berat di dalam mengetahui urusan atau perkara umum bukan hanya kepentingan peribadi. Kesatuan pemikiran sebeginilah yang patut kita tanamkan di dalam minda kita. Kita tak mahu, bilamana kita lihat Islam dan umatnya ditindas, dizalimi atau sebagainya, kita hanya berdiam sahaja tanpa memikirkan tindakan yang sepatutnya dilakukan bahkan lebih teruk lagi mengatakan mengapa perlu fikir-fikir hal sebegini, fikir diri sendiri sajalah. Nauzubillah min zalik.

Oleh itu sama-samalah kita ambil Islam itu secara syumul iaitu bukan Islam yang diceduk-ceduk atau Islam yang sekerat-sekerat serta sama-samalah kita membina kesatuan pemikiran dan fahaman tentang Islam itu. Mudah-mudahan dengan usaha dan tindakan kita, tidak lagi berlakunya perpecahan dan perbalahan diantara umat Islam sendiri seterusnya mengembalikan zaman kegemilangan Islam. Ameen…..

 

14
Sep
07

Diari Ramadhan


1- Klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar

Diari Ramadhan

 Terasa hidup ini semuanya indah, sebenarnya amatlah payah

Bismillah alhamdulillah.Sehari telah berlalu. Awal Ramadhan yang penuh rahmah dan barakah ini, saya teruskan kehidupan saya. Perut yang kosong, tidak menghalang saya untuk terus berjalan, melihat dan mentafsir. Petang tadi, saya sempat keluar ke pekan. Waktu inilah saya benar-benar memahami erti sebenar madrasah ramadhan (sekolah ramadhan) yang biasa kita sebut-sebut. Mungkin semua ini perkara biasa yang pernah kita lihat dan alami. Namun, tak semua orang yang mengambilnya sebagai satu pengajaran.

Dalam perjalanan, kenderaan yang saya naiki ditahan oleh seorang pak cik yang nampak keletihan. Sedang kakinya hendak melangkah ke dalam, si pak cik driver pula mengerakkan kenderaannya. Apa lagi, kelam kabut dibuatnya. Tiba-tiba, pak cik itu bertempik meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap pak cik dirver yang tidak memberhentikan kenderaannya. Lama juga dia marah. Dari kata-katanya itu, dia memberitahu bahawa yang dia keletihan dandia puasa dengan nada yang begitu tinggi. Masing-masing nak pertahankan diri masing-masing. Sebenarnya, situasi seperti ini dah biasa saya alami. Siapa tak kenal perangai orang Mesir. Tak kira pak cik atau mak cik, kekasarannya memang jelas terserlah. Baik dalam pergaulan, apatah lagi dalam pertengkaran.Tapi, tidak semualah yang berperangai sebegitu. Walaubagaimanapun, bila ianya terjadi di depan mata saya sendiri, dada ni rasa berdebar-debar juga. Waktu itulah, terdetik di fikiran saya, ohh ! memang betullah, puasa ni memang banyak dugaannya. Sebab itu puasa bukan saja menahan lapar dan dahaga, tapi semua perkara kena jaga. Bila terjadi perkara-perkara macam ni, waktu itulah tahap kesabaran kita diuji. Pernah sahabat saya memperdengarkan sepotong hadis tentang sabar yang bermaksud :

 ”sabar itu pada pertembungan yang pertama”.

Pada mulanya, saya tak berapa jelas dengan maksud hadis ini, tapi bila diterangkan secara terperinci barulah saya faham. Contohnya, ketika musibah menimpai diri kita, lalu kita mengeluh tanda rasa kita tak boleh menerimanya, maka pada waktu jika kita sabar sesudah kita mengeluh, marah atau sebagainya, maka itu tidak dikira sabar lagi. Sabar yang dimaksudkan dalam hadis tersebut ialah sabar ketika mana kita sedang menghadapi musibah, ujian atau yang seumpama dengannya. Contoh terbaik yang kita boleh jadikan ikutan, ialah Nabi Muhammad S.A.W. dan kita semua telah sedia maklum.

Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga di perbatasan negeri mu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung (Surah Ali-’Imran : 200)

Habis bab sabar.

Memandangkan sekarang ni bulan Ramadhan, maka ujiannya pun bertambah hebat dan dahsyat. Kalau siapa yang duduk di Mesir ni, rasanya dah sedia maklum. Lagi-lagi yang tinggal di tengah-tengah bandar Kaherah. Sakit mata dibuatnya. Sakit bukan sebab terkena habuk. Tapi sakit sebab melihat gadis gadis arab yang memiliki paras rupa yang cantik. Siapa tak tergoda dan ternoda. Lagi-lagi pakaiannya yang menjolok mata.Memang mencabar. Lebih dahsyat dari cabaran membuat teh tarik. musim panas lebihlah teruk tambah pulak di bulan puasa ni. Masa ni lah kita betul-betul teruji dan diuji. Teringat kata-kata kawan saya, sebelum saya menjejaki bumi anbiya’ ini, kawan saya beranggapan yang orang-orang arab Mesir ni mesti semuanya tutup-tutup belaka. Haah! saya pun mengiakan saja dan sememangnya saya berpandangan sepertinya juga. Bila menjejakkan kaki di bumi Mesir saja, lain pulak jadinya. Namun begitu, bagi saya semua tempat sebenarnya sama saja termasuklah di Malaysia. Tanggungjawab terpundak kepada yang memperlihat dan yang melihat.

Bila sebut tentang mata, kita jangan lupa bahawa ia juga merupakan satu amanah yang patut dipelihara dan diguna kepada yang selayaknya. Begitulah kehidupan dan ragam manusia. Terlampau inginkan yang baru, meluat kadang-kadang melihatnya. Trend dan fesyen pakaian di sini terutamanya di kalangan remajanya nampak janggal sedikit. Namun, hanya segelintir saja dan tak kurang juga ada yang berpakaian sopan dan menetapi ciri-ciri muslimah sejati. Part yang tu kadang-kadang bisa mengubat hati yang lara. Apa -apa pun, batas-batas Islam perlu juga dijaga. Nak tunduk, takut terhantok, tak tunduk takut terpaut. Terserahlah ….

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat”

Katakanlah kepada wanita yang beriman : “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung (Surah an-Nuur : 30-31)

Di Mesir ni, macam-macam ragam orangnnya.Sahabat-sahabat saya biasa mengingatkan bahawa Mesir ni bukan saja bumi yang di duduki oleh para nabi, akan tetapi kita harus ingat juga yang Mesir ini pernah di duduki oleh manusia yang paling zalim iaitu Firaun. Sejarah telak membuktikan. Maka, inilah yang dikatakan pertembungan diantara yang hak dengan yang batil. Sebab itu, kalau kita biasa dengar, orang akan cakap bahawa di Mesir ni kalau kita nak jadi baik pun boleh, nak jadi jahat pun boleh. Hari ini, jelas terbukti, di Mesir sendiri ramainya para ulama’ dan tak kurang juga yang sebaliknya. Begitulah juga apa yang kita dapat lihat di Malaysia. Maka, dengan kelebihan yang Allah turunkan di setiap pelusuk muka bumi inilah yang sepatutnya kita ambil.

(Makanan syurga itukah hidangan yang lebih baik ataukah pohon zaqqum )

Sesungguhnya Kami menjadikan pohon zaqqum itu sebagai seksaan bagi orang-orang yang zalim (Surah as-Soffat : 62-63)

Selain itu, kita biasa dengar, kalau orang pergi Mesir ni mesti dikaitkan dengan al-Azhar. Ia, memang betul. Kalau musuh Islam pun takut dengan al-Azhar, jadi tidak hairanlah kalau al-Azhar ni dikatakan ada power. Yang hairan, orang Islam sendiri pun takut dengan al-Azhar ni. Buktinya, ada usaha-usaha dari segelintir pihak yang cuba menghalang pelajar-pelajar yang hendak menyambung pelajaran daripada datang ke Mesir ini. Kadang-kadang saya dan rakan-rakan kesal dan kecewa melihat apa yang berlaku pada hari ini. Saya yakin, usaha ke arah itu sebenarnya telah berlaku. Kalau Amerika tu tak apalah. Kita boleh terima lagi sebab dia negara kafir. Ini tidak, yang buat semua ni orang kita (kerajaan Malaysia). Kalau mereka tak guna cara mengahalang, mereka guna cara lain pula. Mencipta undang-undang yang tak masuk dek akal. Orang pakai kopiah putih, pakai purdah semua tu kan nak mencantikkan lagi hidup kita sebagai orang Islam. Ini tidak, golongan ini dikatakan jumud dan tidak terbuka. Persatuan yang menjaga kebajikan pelajar dan yang menganjurkan banyak program-program berbentuk ilmiah pun dilarang untuk disertai. Buta ke mereka semua ni ? Teringat bila mana Menteri Besar Selangor datang ke sini, dalam sesi kunjungannya untuk bertemu dengan pelajar-pelajar Selangor, dia ada menyebutkan bahawa yang kita ni sepatutnya jangan ingat sejarah-sejarah kegemilangan Islam yang lalu, tapi sepatutnya kita yang kena cipta sejarah. Aduhai, kan elok kalau ingat sejarah dan cipta sejarah.

Kes solat terawih pun dia juga. Di Mesir ni, kadang-kadang bukan sahaja di tengah-tengah solat terawih tu da tazkirah, tapi di awal-awal lagi dah ada. Ini tidak, sengaja mencipta bala’. Inilah yang saya kagum dengan bumi Mesir. Masih lagi boleh di puji, berbanding dengan Malaysia. Di Mesir pun tak kurang dahsyatnya. Ikhwanul Muslimin. Satu nama yang tidak asing lagi bila dikaitkan dengan harakah Islamiah. Seperti yang berlaku di Malaysia, di mana adanya orang-orang yang cuba bersura menegakkan kebenaran lalu dimasukkan ke ISA dan yang seumpama dengannya, begitu jugalah apa yang berlaku di Mesir ini.

Inilah hadiah Ramadhan dari Kerajaan untuk Rakyat

Inilah realiti kehidupan pada hari ini, orang yang hendak kepada Islam dipenjara, yang taknak kepada Islam dibiarkan hidup bebas membuat kerosakan dan bermacam kefasadan. Koreksilah diri kita bersama.

Sebenarnya saya tak tahu nak fokus cerita saya ni, kalau tak kena dengan tajuk, harap maaf. Idea nak meng’post’ entries ni banyak tapi tak tahu nak dahulukan yang mana. Lagi-lagi isu panas di Malaysia khususnya dan dunia umumnya. Rugi rasanya kalau tak guna ruang ni untuk mengulas isu semasa. Terdetik dalam hati ni satu persoalan, agaknya orang-orang yang berbuat zalim ni puasa ke tak ye? Wallah a’lam. Maaflah, saya bukan orang yang selayaknya dalam membicarakan tentang semua ini. Namun, dengan keazaman saya dalam usaha untuk mengislah dan memperbaiki diri, saya kuatkan juga untuk sama-sama menyelami dan mengikuti serta mengkoreksi senario yang telah berlaku pada hari ini. Dengan kepimpinan kerajaan yang boleh disifatkan sebagai lemah, tambah pula masalah sosial dikalangan remaja, keretakan rumah tangga, yang lebih teruk lagi ialah isu murtad dan bermacam-macam lagi bentuk kemungkaran.

Di mana sebenarnya kita ? Itu belum isu palestinya lagi, di Iraq bagaimana ? Jangan tunggu diketuk baru nak sedar. Bukan apa, takut tak sempat, tahu-tahu bala’ datang. nauzubillah min zalik. Amaran pun dah diberi, tak sedar lagi ? Gempa bumi kembali lagi. Muhasabahlah diri. 

 

Klip doa buat saudara kita di Palestin 

رمضان كريم كل سنة وأنتم طيبون

12
Sep
07

Ramadhan Terakhir

Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil) … (Surah al-Baqarah : 185)

Kita Tak Sama…

Bismillah alhamdulillah. Walau melihat bulan yang sama namun kita berbeza. Dalam diam, rupanya dah sampai bulan puasa. Tak sangka pulak, rupanya selama hampir tiga tahun ini saya tak pernah lagi berbuka puasa dengan mak dan abah. Kehidupan tiga tahun yang lalu, amat berbeza dengan kehidupan hari ini. Dulu, bila dah dekat waktu berbuka, sempat lagi bersantai-santai depan television. Hari ini, sampai azan pun kadang-kadang tak lagi berbuka. Semua ni dah menjadi kebiasaan bagi saya. Belum cerita bab raya lagi. Bagi saya, saya dah tak kisah sangat pasal juadah berbuka tu. Ingat lagi masa di kampung, mak saya memang suka membazir. Maksud saya, banyak sangat juadah berbuka puasa yang dihidangkan. Alih-alih bila dah masuk waktu, cepat je rasa kenyang sebab banyak sangat minum air. Tapi tak lah susah sangat. Kalau tak habis, bawa saja ke masjid. Semua ni kira perkara yang biasa terjadi dan biasa dialami. Tapi bila dikenang, sahahdu rasa di hati.

Hidup di perantauan …

Bahang nak menyambut Ramadhan ni memang terasa. Lagi-lagi kat bumi Mesir ni, terkejut juga dua tiga hari lepas, tengok berlonggok-longgok buah kurma di kedai-kedai, sekali perhati betul-betul, tak sangka rupanya lusa dah puasa.  Hidup di perantaun ni, memang berbeza. Soal berbuka, kuih raya semua ni, bagi saya macam tak ada apa-apa. Agak-agak nak masak, masaklah. Kalau malas, turun tangga, pergi berbuka di masjid atau di tepi-tepi jalan. Kenangan berbuka bersama-sama orang arab adalah suatu kenangan yang indah.

Bila tiba Ramadhan, ramai dikalangan penduduk-penduduk di sini, yang bersedekah. Contohnya menyediakan juadah berbuka puasa kepada fakir miskin Wallah a’lam. Rasanya sesiapa saja boleh makan dan saya adalah salah seorang daripadanya. Menunya pula, lebih kurang sama je kat mana-mana tempat. Biasanya, kita akan dihidangkan dengan buah kurma, ‘ruz billaban (nasi yang dimasak dengan susu) macam bubur dan nasi berlaukkan ayam atau daging rebus. Amalan ni, dah jadi kebiasaan bagi kami. Bila sampai solat terawih, kat sini kebanyakan masjid-masjid buat lapan rakaat dan ada sebahagiannya yang buat 20 rakaat. Suasana Ramadhan di sini, nampak lebih meriah berbanding di Malaysia. Masjid-masjid biasanya penuh dan waktu Ramadhan ni lah, saya dapat ziarah banyak masjid. Mungkin hari ini saya akan terawih di masjid tempat saya, esoknya pula mungkin saya akan terawih di tempat lain. Salah satu faktornya, ialah banyak sangat masjid dan jarak sebuah masjid dengan masjid yang lain, kadang-kadang tak sampai 1/2 kilometer.

Semua ni pengalaman berada di tempat orang. Kadang-kadang susah nak digambarkan. Disebabkan dah lali dengan semua ni, sebab itulah saya tak hairan sangat dengan juadah berbuka, kuih raya dan sebagainya. Saya dah anggap semua ini sebagai satu tarbiah untuk diri kita dalam menerima dan redha seadanya. Bagi saya, apa yang penting adalah penghayatan kita di bulan Ramadhan.Rugilah siapa yang sempat merasai Ramadhan akan tetapi dia tidak mendapat keampunan dari Allah. Kata-kata tersebut begitu menginsafkan saya. Bila muhasabah-muhasabah balik, astaghfirullah.

Soal Nafsu…

Bila bercerita tentang Ramadhan, memang tak dapat nak lari godaan hawa nafsu. Walau syaitan dibelenggu, sebenarnya kita masih belum selamat. Waktu ni lah kita nak tarbiah atau didik diri kita dengan menahan diri dari menurut kehendak hawa nafsu. Maka di sana akan ada pertembungan diantara kebaikan dan keburukan. Kalau di zaman sekolah dulu, minum air paip dan curi-curi makan tu dah kira biasa. Balik rumah buat-buat letih, kononnya puasa. Ok lagi, yang hairannya, orang tua pun ada juga yang tak puasa. Ini semua ragam orang berpuasa.

Puasa bukanlah semata-mata lapar sedang nafsu masih tidak puas dan budi pekerti masih lagi buas. Tetapi puasa adalah berlapar untuk mendidik peribadi menjadi orang yang patuh lagi berbudi serta bertimbang rasa berusaha melipat gandakan dalam mengingati kebesaran Allah dengan melakukan kebaikan, menjauhi kejahatan samaada dengan hati, perkataan, atau perbuatan, Kalau tidak sedemikian, maka puasa kita adalah sekadar lapar dan dahaga.

Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (Surah Yusuf : 53)

Ramadhan Terakhir…

Bagi saya, di mana-mana pun sama saja. Cuma perasaan kita je. Bila dilayan, mulalah sentimental. Walaubagaimanapun, sambut Ramadhan di Malaysia lagi seronok berbanding di tempat orang. Tapi yang sedihnya, mungkin Ramadhan kali ini, merupakan Ramadhan yang terakhir bagi saya. Selepas ni, insyaAllah saya akan menyambutnya di Malaysia. Part ni lah yang susah untuk diluah. Sebenarnya dua-dua seronok. Di Malaysia seronok, di sini pun seronok.

Harapan …

Mudah-mudahan, Ramadhan yang bakal kita lalui ini, dapat dijadikan sebagai satu ladang untuk kita bercucuk tanam yang hasilnya kita akan tuai di akhirat nanti. Semua ni adalah satu nikmat. Dan tak lebih juga ia adalah merupakan satu amanah. Mana tahu, Ramadhan ni lah Ramadhan terakhir buat kita.Alangkah ruginya, jika kita biarkan ia berlalu begitu saja.

 


Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemulian. Dan tahukah kamu, apakah malam kemulian itu? Malam kemulian itu lebih baik dari seribu bulan.Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikit jibral dengan izin tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar (Surah al-Qard : 1-5)
Ucapan …

Buat keluarga tercinta, Saudara mara, Sahabat seperjuangan di Ardhil Kinanah, dan khusus buat akhi Zarimi, akhi Bakri, akhi Azraie, akhi Afifuddin, akhi Fadzlah, akhi akbar, akhi wan, akhi khair, akhi aniq, akhi zahid, akhi hasbullah, akhi daus, akhi mior, akhi lukman, akhi Payal, akhi Topek, akhi Aliman, Seterusnya buat, Uncle J, Uncle Jeffrockers, Uncle KS, Sis Nuriman, Shams, Bro Ana2alfath, Isteri, Cinta Abadi, Diya, Kujie, Senjahati dan buat semua yang pernah berkunjung ke rumah saya yang tak seberapa ni.  

Dengan ucapan ….. Ramadhan Kareem, Kullu Sanah Wa Entum Tayyibun




12

Inilah Teratak Keluarga ku

dan Tempat Ku Dibesarkan

Arkib

 

September 2007
I S R K J S A
« Ogo   Okt »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Ayat Motivasi

" Sesungguhnya Allah Maha Pengampun

Lagi Maha Penyayang "

Life Of Aku Photos

Bersama Tok Guru

Bersama Rakan Seperjuangan

Tuan Guru di Hati

Gerai Anbakri

More Photos

Komen Terkini

adiq_zah pada Mendidik Keluarga Ke Syur…
ahmad al-jawi pada Guest Book
M.ZULFIRMAN ARIFIN pada Peperiksaan Akhir
hj razak mat amin pada Malaysia bukan “boleh…

Komuniti Blogger Azhari

Photobucket

Hits Counter

  • 47,887 Pengunjung