Menutup Aurat-Tuntutan Yang Sering Diabaikan

Bismillah alhamdulillah. Bila ditimbulkan soal aurat, maka persoalan ini selalunya fokus sering difokuskan kepada ditujukan kepada wanita. Walaupun begitu, bagi lelaki juga, perbahasan mengenai hal yang berkaitan dengan aurat perlu diambil berat kerana bagi kedua-duanya tiada beza kewajiban untuk menjaga auratnya. Akan tetapi pada entries saya kali ini, saya suka untuk menskopkan perbincangan ini khusus bagi aurat wanita. Janganlah kita lupa bahawa ianya perlu diketahui bukan sahaja bagi diri seorang wanita, bahkan lelaki juga perlu mengetahuinya kerana ia mempunyai hubung kait, lebih-lebih lagi sebagai seorang muslim.

Saya tidak akan memaparkan perbahasan ini, secara terperinci, ianya cuma  hanya sekadar gambaran yang saya rasa ia merupakan perkara asas yang amat penting dan perlu diambil perhatian. Saya yakin perbahasan ini telah banyak dibincangkan, dan bagi saya kewajiban untuk menutup aurat ini dan larangan membuka aurat telah diketahui umum. Akan tetapi maksud sebenar yang dikehendaki itulah yang memungkinkan wujudnya salah faham atau terkeliru atau buat-buat tak faham (membuka aurat dengan sengaja) dikalangan kita khususnya bagi para wanita.

Hari ini apa yang kita dapat lihat, sesetengah wanita seolah beranggapan menutup aurat itu cukup sekadar memakai tudung serta memakai pakaian yang menutup tubuh badan, namun darihal yang selebihnya tidak diambil tahu. Lihat saja di sekeliling kita, ada wanita yang memakai tudung, namun tudungya ibarat tudung yang tersilap beli, atau tersilap tempah dari segi saiz dan ukurannya. Dada yang menonjol diperlihatkan kepada pandangan umum. Begitu juga dari segi pakaiannya, samaada bajunya mahupun kain atau seluar yang dipakainya. Orang kata, menggiurkan. Perkara ini telah dapat dilihat dan diketahui umum. Saya rasa tak perlu menjelaskannya terlampau panjang mengenai hal ini, dan yang penting adalah perbahasan hukum mengenainya itulah yang menjadi hadaf (matlamat) kita. Maka dengan ini saya akan memaparkan hokum menutup aurat secara umum di dalam al-quran dan hadith iaitu : Firman Allah S.W.T di dalam Surah an-Nur ayat 31 yang bermaksud :

“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka”

Lafaz zahir yang dimaksudkan adalah bermaksud adalah muka dan tapak tangan sesuai dengan keterangan hadith daripada Aisya R.A yang bermaksud :

“Sesungguhnya Asma’ telah memasuki (rumah) Rasulullah S.A.W dan pada badannya, pakaian nipis, maka baginda memalingkan muka daripadanya, kemudian bersabda : “Wanita yang sudah mencapai haid (baligh), tidak boleh terlihat daripadanya kecuali ini dan ini, sambil Rasulullah S.A.W menunjukkan kepada wajahnya dan kedua belah tapak tangannya “. (Riwayat Abu Daud)

Dengan ini, jelaslah bahawa menutupi anggota badan bagi wanita kecuali muka dantapak tangannya adalah wajib. Seterusnya, mengenali apakah yang dimaksudkan dengan aurat itu juga kita harus dalaminya secara sebenar-benarnya, bukan sekadar mengetahui bahawa aurat itu bermaksud “pakai tudung, pakai baju, pakai seluar ” itu sahaja.

Definisi aurat di sisi syara’ :

1-Semua anggota yang wajib ditutup dan haram dipandang. (definisi ini adalah yang paling tepat)

2-Sesuatu atau sebahagian anggota tubuh badan manusia yang malu apabila dilihat orang.

3-Sesuatu yang berharga, tetapi tidak cukup kekuatan kita untuk membelanya dan mempertahankannya apabila diserang musuh. Ini berdasarkan firman Allah Taala dalam Surah al-Ahzab, ayat yang ke-13.

Jika kita lihat pada definisi yang pertama, ia bukan saja menjelaskan bahawa aurat itu wajib ditutup, bahkan ia menyebutkan bahagian yang wajib ditup itu jugalah haram dipandang. Jadi inilah kaitan yang perlu diambil perhatian bukan sahaja bagi diri wanita, akan tetapi juaga bagi diri lelaki khususnya yang beragama Islam.

Seterusnya saya akan memaparkan batas-batas aurat seseorang wanita sesama wanita yang lain dan begitu juga wanita dengan lelaki, baik mahramnya, atau bukan mahram, muslim atau kafir.

Aurat wanita dengan wanita

1-Aurat muslimah dengan muslimah Ialah bahagian antara pusat dan lutut. Iaitu harus bagi muslimah menampakkan tubuh badannya selain bahagian Antara pusat dan lutut kepada muslimah yang lain. Tetapi jika bimbangkan Fitnah atau pandangan bershahwat, maka seluruh tubuhnya adalah aurat Kecuali muka dan tapak tangan.

2-Aurat muslimah dengan wanita bukan Islam

Ialah semua bahagian atau anggota tubuh badan kecuali yang kelihatan apabila Melaksanakan tugas dan urusan rumah tangga. Iaitu harus bagi wanita Muslimah menampakkan muka, kepala, leher, tangan hingga ke lengan dan Kaki hingga ke lutut kepada wanita bukan Islam. Adapun aurat muslimah dengan wanita bukan Islam yang hamba atau mahram Kepada muslimah itu adalah bahagian antara pusat dan lutut. Akan tetapi, jika bimbangkan fitnah atau pandangan mereka bershahwat Maka seluruh tubuhnya adalah aurat kecuali muka dan tapak tangannya.

Aurat wanita dengan lelaki

1-Aurat muslimah dengan lelaki bukan mahram Ialah seluruh tubuh muslimah itu sama ada dia telah baligh ataupun belum baligh adalah aurat kecuali muka dan tapak tangan. Iaitu harus bagi muslimah menampakkan muka dan tapak tangannya kepada lelaki yang bukan mahram. Sebaliknya jika bimbangkan fitnah, maka muka dan tapak tangannya juga dikira sebagai aurat. Jika lelaki bukan mahram yang memandang muslimah bershahwat iaitu ada niat berseronok-seronok dengan semata-mata pandangan itu (pandangan bershahwat) walaupun aman daripada fitnah, maka seluruh tubuhnya adalah aurat.

 Aurat muslimah dengan lelaki yang mahram

Seterusnya aurah muslimah dengan lelaki yang mahram baginya adalah antara pusat dan lutut. Iaitu harus bagi muslimah menampakkan tubuh badannya selain bahagian antara pusat dan lututnya kepada lelaki yang bukan mahram dengan syarat aman dari fitnah atau pandangan mereka tanpa shahwat. Sebaliknya jika ia boleh membawa fitnah dan pandangan bershahwat, maka seluruh tubuhnya adalah aurat kecuali muka dan tapak tangannya.

Syarat-syarat menutup aurat Islam telah menggariskan tiga syarat asas menutup aurat yang perlu dipenuhi :

1-Menutup kawasan aurat.

2-Tidak menampakkan warna kulit.

3-Tidak menampakkan bentuk tubuh.

Manakala terdapat dua syarat tambahan :

1-Hendaklah benda yang menutup aurat wanita itu bukanlah jenis perhiasan, Contohnya mahkota di atas kepala wanita.

2-Hendaklah pakaian itu tidak menyerupai pakaian yang biasa dipakai oleh jantina Berlawanan. Di sini, al-‘urf atau adapt setempat memainkan peranan penting Dalam menentukan pakaian yang khas untuk lelaki dan wanita. Lelaki yang menyerupai jantina berlawanan akan dibenci Allah SWT dan RasulNya.

Sabda Rasul SAW :

“Bukanlah dari golongan kami, (orang beriman), sesiapa yang menyerupai lelaki daripada wanita dan bukan juga sesiapa yang menyerupai wanita daripada lelaki”.

Syarat-syarat yang telah disebutkan tadi, merupakan syarat-syarat yang wajib diikuti. Berkenaan dengan aurat juga, saya tertarik dengan satu persoalan yang dibahaskan di dalam satu kitab yang bertajuk “Tabarruj Dosa Berhias, Bagaimana mengenalinya dan menghindarinya” karangan dan susunan oleh Hj Mohd Hanif Hj Ismail di mana ditimbulkan persoalan mengenai pakaian harian sebagai pakaian solat.

Maka dengan ini, adakah harus bagi wanita muslimah sembahyang dengan pakaian hariannya?. Untuk menjawab persoalan ini, marilah kita perhatikan sepotong hadith yang bermaksud :

“Sesungguhnya Ummu Salamah RA bertanya kepada Rasulullah SAW, bolehkah seorang wanita solat dengan memakai baju kurung dan tudung tanpa jubah (yang menutup dari kepala hingga kaki?). Baginda menjawab : “Boleh jika baju kurung itu labuh, menutup kedua kakinya” (Riwayat Abu Daud)

Hadith tersebut menunjukkan bahawa pakaian kaum wanita seharian dan ketika mendirikan solat tiada bezanya. Hal ini juga menunjukkan bahawa tidak terdapat pakaian khusus bagi kaum wanita untuk mendirikan solat, misalnya telekong bagi masyarakat melayu. Selalu kita ada berjumpa atau terdengar cerita berkaitan dengannya, contohnya ada sesetengah wanita yang menjadikan alasan untuk meninggalkan solat dengan menyatakan sebabnya adalah kerana tidak mempunyai telekong. Kadang-kadang kebiasaan begini telah membawa kepada sesuatu perkara yang menyusahkan walaupun mungkin terdapat sesetengah muslimah yang pakaian hariannya telah menepati syarat untuk menunaikan solat tetapi disebabkan adapt atau kebiasaan maka mereka beranggapan bahawa tidak boleh solat sekiranya tiada telekong. Sepatutnya masalah ini tidak berlaku, atas sebab perkara yang kecil, ianya telah membawa diri kita kepada kebinasaan. Kesimpulannya yang dapat dibuat, pakaian muslimah yang belum boleh digunakan untuk solat merupakan pakaian Islam yang belum sempurna dan harus disempurnakan. Hal ini memang cukup berat untuk dilaksanakan oleh muslimah apabila tidak diiringi dengan keimanan dan ketaqwaan.

About these ads

11 Responses to “Menutup Aurat-Tuntutan Yang Sering Diabaikan”


  1. 1 nuriman Ogos 24, 2007 at 10:32 pm

    Salam..yang sedihnya sekaang ni ramai yg menututp aurat tp sebenarnya menayangkan seluruh body mereka…tudung nipis baju apa lagi..pendek sendat..tp bertudung..tu gi mana yer ustaz…dah jelas hukumnya haram bila setiap inci tubuh wanita di lihat oleh lelaki yang bukan muhrimnya.Hmm x taulah sekarang ni ustaz..

  2. 2 Life Of 'AKU' The Episode Ogos 25, 2007 at 10:51 am

    salam cik nuriman … betul tu … sama ada dia orang tahu atau buat2 tak tahu , tu je jawapannya, bagi yg tahu dan sedar itu menjadi tanggungjawab kita untuk memberi peringatan …

  3. 3 [ cintabadi ] September 1, 2007 at 4:03 pm

    Terima kasih atas entri ni.. :D
    * muhasabah diri *

  4. 4 Mohd Hanif Ismail April 11, 2009 at 2:37 pm

    salam,
    tahniah kepada saudara kerana telah mengulas buku tulisan saya.semoga kita semua mendapat manfaat. amin.

  5. 6 muhd. faizal Julai 5, 2009 at 3:26 am

    Dunia dah nak KIAMAT!!!!! perempuan zaman sekarang da lupa diri…. saya turut rasa kecewa dgn sikap mereka yg suka menayangkan aurat mereka…. kalau nak ikutkan saya nak saja saya seret mereka dgn menarik rambut di atas jalan.

    • 7 Ku Perindu Ogos 23, 2011 at 6:49 am

      xboleh mcm tu..nabi pon xsuruh kita buat mcm tu melainkan berpesan2 antara jalan yg baik…allah pun xsruruh kita heret pmpuan mcm tu,sedangkan kewajipan yg allah amanah kn pada kita byk silap n xclear tu yg harus kita lihat,kita sesama islam harus sedar bahawa senjata mukmin itu byk antaranya nasihat menasihati…

  6. 8 rosadlina Mac 14, 2010 at 2:53 am

    Assalamualaikum,

    sya nak tnya beberapa soalan..adakah kita wajib memakai stokin apabila keluar dari rumah??dan adakah kita wajib memakai tudung labuh??harap soalan yg ditanya dapat dibalas…

    t.kasih…

    • 9 Tanpa Nama Mac 30, 2010 at 4:11 am

      sebenarnya apa yang yang penting ialah anda mengikut panduan yang ditetapkan dalam islam. tidak perlu memakai tudung labuh tetapi cukuplah sekadar menutup dada,rambut dan tidak jarang serta tidak menampakkan sanggul rambut anda.

  7. 10 Sakinah Omar Mac 25, 2010 at 7:09 am

    Salam
    mohon copy paste dan link ke entri ini ya?

  8. 11 atifah Oktober 17, 2010 at 12:37 pm

    aurat untk lelaki ada??
    mintak copy data2 ni untk assgnment..


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 99,766 Pengunjung

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: