Penulis Blog Sebenarnya Pengecut

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) — Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhamad Taib menyifatkan penulis blog politik yang mengkritik pemimpin kerajaan sebenarnya adalah pengecut kerana tidak berani mendedahkan identiti mereka serta menggunakan laman web yang beralamat di luar negara.

Beliau berkata penulis blog terbabit hanya megah mendabik dada mengatakan bahawa mereka tidak akan dikenakan tindakan undang-undang kerana tidak tertakluk dengan sebarang undang-undang negara ini.

“Sebab apa saya kata mereka (penulis blog) pengecut kerana mereka tidak berani menggunakan alamat di dalam negara ini sebaliknya menggunakan alamat luar negara untuk menghentam pemimpin negara kita.

“Inikah sifat anak jantan? Ini bukan anak jantan, ini pondan. Mereka (penulis blog) guna alamat luar negara. Berani pula kata tiada siapa boleh sentuh mereka, tiada siapa boleh heret mereka ke mahkamah kerana tiada undang-undang yang boleh dikenakan kepada mereka,” katanya kepada pemberita selepas sesi perjumpaan pemimpin Penerangan Umno Bahagian seluruh negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan yang mengatakan pemimpin Umno takut untuk bersuara dan berhadapan dengan penulis blog.

Muhammad berkata pemimpin Umno bukan takut untuk membalas segala tuduhan yang dibuat di dalam blog-blog terbabit tetapi berkeyakinan bahawa apa juga jawapan yang diberikan penulis blog itu tetap tidak akan berpihak kepada kerajaan.

“Penulis blog akan `posting’ segala apa yang diperkatakan oleh pemimpin negara dan membuka kepada perbincangan umum yang menjurus kepada mengkritik pemimpin terbabit,” katanya.

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata beliau tidak takut untuk berhadapan dan mengadakan dialog dengan penulis blog politik yang terlibat sekiranya mereka bersedia berbuat demikian.

Katanya kebanyakan tuduhan yang dibuat itu adalah kitar semula dan ditulis dalam gaya penulisan yang lain.

“Saya tidak takut… saya jawab semua tuduhan tapi tidak disiarkan dalam blog. Kalau sudah minda dan sikap mereka (penulis blog) sudah tertutup untuk kerajaan, mereka tidak dapat menerima apa jawapan kita.

“Kalau kita hendak saman, hari-hari kita kena saman orang sebab membuat tuduhan terhadap individu. Tapi masa ini, institusi yang lebih dititikberatkan dan menjadi isu yang sensitif sekiranya dikritik dalam blog,” katanya.

– BERNAMA

6 Respon to “Penulis Blog Sebenarnya Pengecut”


  1. 1 nuriman Ogos 19, 2007 at 12:48 am

    Salam…tu lah tulis molek2 ek hehehe…

  2. 2 Life Of 'AKU' The Episode Ogos 19, 2007 at 3:45 pm

    knapa mereka nak takut jika apa yang blogger2 paparkan … berani kerana benar …. takut dah sahlah memang korang salah … kepada para blogger semua .. teruskan berjuang menegakkan benang yang kering …

  3. 3 miester Ogos 20, 2007 at 3:09 am

    Politik…… politik Malaysia bukan macam politik di luar negara, contohnya Canada yang mana rakyat berhak bersuara membetulkan pemimpin yang di rasakan tak beberapa betul (bukan tak betul) sebab kalau tak betul, tak taulah macam mana mereka boleh jadi orang politik.

    Bila kita di lantik menjadi salah seorang pemimpin yang menerajuk sesuatu bidang mengetuai sesuatu badan, sebagai amanah oleh rakyat untuk negara, janganlah terpesong jauh dai landasan atau garisan asas terutamanya dari segi agama, akidah dan bangsa.

    Kita cuma dilantik menjadi pemimpin, bukan jadi TUHAN… kena sedar tu. jangan cepat melatah bila press luar negara ajukan soalan seperti yang berlaku baru-baru ini di dalam akhbar Khalej Times.

  4. 4 Life Of 'AKU' The Episode Ogos 20, 2007 at 3:34 am

    saya setuju dengan apa yg saudara miester perkatakan itu, di malaysia hak bersuara dibisukan, lebih teruk lagi ‘di gam’ … sebenarnya mereka belajar ke tak apa itu demokrasi ? nampak macam….. jawablah sendir …


  1. 1 Siapa beruk sebenarnya? « Bising la ko! Jejak balik bagi Ogos 19, 2007 at 2:26 am
  2. 2 Catatan Sawali Tuhusetya Jejak balik bagi November 2, 2010 at 1:28 pm

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




" Sesungguhnya setiap keturunan anak adam ada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang-orang yang bertaubat . Allah maha pengampun, janganlah kau putus asa. "

My Entries

Hits Counter

  • 78,715 Pengunjung

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.