18
Ogo
07

MCA – Hilang Hormat

Namawee, budak cina yang membawa masalah

         Bismillah alhamdulillah. Sebelum sempat aku saya tinggalkan keyboard ni, terdetik hati untuk menjengok laman-laman akhbar dan informasi terkini. Kebetulan pula aku saya ada membuka laman saudara Roslan SMS, jadi memang kena buku dengan ruas lah pulak. Kes Namawee nampaknya masih lagi diperbincangkan. Aku Saya ingatkan dah settle. Apa pun, luka dalam yang mengguris hati umat Islam ni, takkan hilang buat selamanya. Kisah Namawee ni, mengingatkan aku saya dengan kisah perjalanan hidup Rasulullah S.A.W. Bagaimana cabaran dan rintangan yang dihadapi oleh baginda Rasulullah S.A.W menghadapi musuh-musuh Islam. Sejarah membuktikan, Rasul pernah menerima cemuhan, kejian dan cacian dari pihak kafir Quraisy. Tak cukup setakat itu, Rasulullah S.A.W disakiti dengan pebagai bentuk sama ada berbentuk fizikal mahupun ,mental. Apa yang pasti, pedih dan lukanya siapa yang tahu. Kita bagaimana ? Adakh pengorbanan kita ini lebih hebat dari pengorbanan Rasulullah S.A.W ? Fikirkanlah !!! Ulama’ ada berkata :

 ” alamat cinta, adalah sanggup berkorban demi orang yang dicintainya “

Moral : Bersama pertahankan Islam, Ingatlah perjuang orang terdahulu yang telah bersusah payah

Berikut adalah petikan artikel dari laman saudara Roslan SMS :

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

          Konsensus bermaksud persepakatan ataupun ijmak. Dalam mana-mana badan yang ahlinya masing-masing memiliki hak untuk bersuara, satu-satu keputusan dalam badan tadi dicapai apabila semua pihak telah bersuara dan memberi pandangan. Jika terdapat persetujuan bersama maka itu dipanggil konsensus. Walaupun jika terdapat perbezaan pandangan, pandangan majoriti diterima sebagai konsensus semua pihak termasuklah yang telah tidak bersetuju diperingkat awal.

        Konsensus itu perlu dihormati oleh semua ahli yang terlibat dalam mmembuat keputusan. Tambah-tambha pula jika badan itu adalah Kabinet, iaitu badan jemaah menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri yang menetapkan dasar, halatuju dan pendirian negara.

          Rabu lepas kabinet rupanya membincangkan (menurut PM Dollah Badawi secara panjang lebar) isu lagu Negaraku versi rap yang dinyanyikan oleh seorang pelajar Malaysia di Taiwan yang dikatakan telah menghina negara dan agama Islam. Melalu laporan akhbar (setelah merujuk 5 akhbar utama) kita dapat merumuskan bahawa semasa membincangkan isu ini anggota kabinet dari MCA telah memaklumkan darihal permohonan maaf dari penyanyi berkenaan.

         Kalau anda membaca kelima-lima akhbar pagi ini Utusan/BH/The Star/NST dan The Sun sukar untuk memahami adakah kabinet telah menerima permohonan maaf itu atau tidak. Yang jelasnya keputusan kabinet sebagaimana ditegaskan oleh Menteri di JPM Nazri Tan Sri Aziz adalah bahawa kabinet menyerahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengarahkan penyiasatan dan menimbangkan jika terdapat kes maka penyanyi tadi mestilah didakwa.

      Jadi isu samada kabinet telah menerima atau tidak permohonan maaf Wee Meng Chee tidak penting. Cuma apa yang saya mahu paparkan adalah sikap MCA sendiri yang duduk dalam kabinet. Kata Menteri Kesihatan yang juga Naib Presiden MCA sebagaimana dilaporkan dalam The Star hari ini, Wee seharusnya diberikan satu lagi peluang. MCA katanya akan terus memberikan bantuan kepada Wee.

      Ini menunjukkan MCA seolah tidak menghormati konsensus kabinet.Ternyata usaha MCA untuk menutup kes ini gagal apabila kabinet mengarahkan agar tindakan diambil terhadap Wee. MCA telah mempolitikkan isu ini dengan harapan melalui pengaruh mereka kes ini akan tutup dan masyarakat Cina akan memandang tinggi sumbangan mereka. Kini dengan keputusan kabinet ini, MCA dilihat tidak berupaya membela masyarakat Cina kerana itulah barangkali mereka terus melawan arus dan tidak menghormati konsensus kabinet itu.

       Masyarakat Cina mungkin melihat, apa guna ada wakil dalam kabinet jika pandangan mereka tidak diterima, lebih baik undi DAP atau pembangkang, sekurang-kurangnya boleh membuat bising dari luar sebagai pressure group dan mempengaruhi keputusan kabinet.

   Mungkinkah MCA nanti akan keluar BN sebagaimana MCA dahulu pernah meninggalkan Perikatan sekejap?


2 Respon to “MCA – Hilang Hormat”


  1. Ogos 18, 2007 at 6:19 am

    salam akhi..teruskan berdakwah dan menyampai di dalam penulisan. Mubarak..
    (www.penghunisahara.blogspot.com)

  2. 2 Life Of 'AKU' The Episode
    Ogos 20, 2007 at 9:44 pm

    salam … akhi mubarak .. sykukran ..


Tinggalkan jawapan




12

Inilah Teratak Keluarga ku

dan Tempat Ku Dibesarkan

Arkib

 

Ogos 2007
I S R K J S A
« Jul   Sep »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Ayat Motivasi

" Sesungguhnya Allah Maha Pengampun

Lagi Maha Penyayang "

Life Of Aku Photos

Bersama Tok Guru

Bersama Rakan Seperjuangan

Tuan Guru di Hati

Gerai Anbakri

More Photos

Komuniti Blogger Azhari

Photobucket

Hits Counter

  • 48,522 Pengunjung