Arkib untuk 9 Ogos 2007

09
Ogo
07

Saki Baki

 

         Bismillah alhamdulillah. Nampaknya ujian yang sama lagi saya hadapi. Apa yang saya taip sebahagian daripadanya hilang …. hmm (mengeluh), sabar! sabar! … apa-apapun masih ada saki baki yang tertinggal untuk dikongsi bersama. Cumanya kalau tetiba terus masuk isi, takda muqaddimah ke, kata-kata aluan mintak maaflah. Ini je yang saya mampu. Dengan masa yang tinggal berapa hari untuk menghadapi peperiksaan. Saya masih lagi ada masa untuk berblog. Wallah a’lam. Namun, susah untuk menjadi seorang yang benar-benar konsisten dengan sesuatu perkara yang dilakukan. Apapun, jika ada kesungguhan, mudah je untuk kita teruskan. Dengan ala kadar… inilah saki baki yang mampu saya hidangkan …

         Teringat masa sekolah menengah dulu, waktu tu saya berada di tingkatan satu. Adalah hamba Allah tu, pelajar junior sebaya dengan saya, terpengaruh dengan abang-abang senior. Kalau perkara baik tak apalah, ini perkara yang menjijikkan. Hasilnya, adalah pelajar yang dibuang daripada asrama. Sebabnya, mengadakan hubungan luar tabii’. Macam mana tu, tak yahlah cerita. Geram pun ada. Dulu memang kita tak tahu apa-apa bila dengar cerita macam tu. Tapi bila dah besar ni, baru sedar, rasa jijik sangat. Sedih dengan keadaan yang macam tu. Itu beberapa tahun yang lalu, sekarang tak usah ceritalah. Lebih teruk dari tu pun ada. Sedia maklum semua. Ceramah pagi tadi ada menceritakan tentang keadaan Malaysia kita yang kononya aman makmur lah sangat. Di kedah seramai 46 ribu anak luar nikah telah dilahirkan semenjak dari tahun 90an sehingga tahun 2007. Apa tu ! saya bukanlah orang yang terbaik, saya juga menjadikan apa yang saya perkatakan ini sebagai satu peringatan bagi diri saya. Di johor, lebih kurang 10 ribu orang cina buat demonstrasi sebab tak tahan dengan kacau bilau ditempat tinggal mereka dengan wujudnya perompak-perompak. Sehingga dikatakan mereka terpaksa menyediakan wang khas untuk perompak-perompak tersebut. Kalau tak, kena bunuh. Nauzubillah.

          Moralnya, di mana saja kita berada, di posisi mana pun kita diletakkan, sudah pasti akan ada tanggungjawab. Sebagai seorang pelajar, jadilah pelajar yang benar-benar commite dengan pelajarannya, sebagai seorang rakyat Malaysia, jadilah rakyat yang tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Semuanya ini terlingkung di bawah satu tanggungjawab yang lebih tepat iaitu sebagai hamba Allah, jadilah hamba Allah yang benar-benar beriman, bertaqwa dan beramal. Islam hual hal ….  

 




12

Inilah Teratak Keluarga ku

dan Tempat Ku Dibesarkan

Arkib

 

Ogos 2007
I S R K J S A
« Jul   Sep »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Ayat Motivasi

" Sesungguhnya Allah Maha Pengampun

Lagi Maha Penyayang "

Life Of Aku Photos

Bersama Tok Guru

Bersama Rakan Seperjuangan

Tuan Guru di Hati

Gerai Anbakri

More Photos

Komuniti Blogger Azhari

Photobucket

Hits Counter

  • 48,648 Pengunjung