Arkib untuk Ogos 2007

30
Ogo
07

Tiada Lagi Kasih

” Kamal !!! mari sini, ambik duit ni “ panggil nenek.

Panggilan yang memang ditunggu-tunggu. Tanpa segan silu aku pun menghulur tanganku lalu menggenggamnya. Heh!! Dah jadi kebiasaan. Setiap kali aku balik kampung, nenek aku tak pernah lupakan cucunya. Cuma cucunya saja yang kadang-kadang lupa kat dia. Apatah lagi waktu raya. Biasanya tak kurang dari sepuluh ringgit aku dapat darinya. 

Teringat waktu dulu aku temankan nenek aku pergi kedai, aku pergi dalam keadaan terpaksa. Apa taknya, kena meredah kebun kelapa sawit dengan ada pokok buluh yang begitu menyeramkan. Tapi, semua itu menjadi memori indah bagiku di saat ini. Bila sampai masa nak balik ke rumah pulak, masing-masing sentimental, termasuklah aku yang berjiwa tabah ni. Mak aku lagilah. Sebelum kaki melangkah masuk ke dalam kereta, waktu itu mak aku akan menitiskan air mata. Macam nak pergi jauh je. Inilah saat yang begitu menyentuh jiwa dan perasaan aku. Begitulah kasihnya mak aku terhadap nenek.Namun semua ini tinggal memori yang takkan kembali lagi. Pada 28 Ogos 2007,  beberapa hari yang lepas, waktu aku menonton persembahan nasyid di majlis perayaan menyambut hari kemerdekaan peringkat PMRAM, aku menerima SMS dari adik perempuan aku yang berbunyi

Terus membaca ‘Tiada Lagi Kasih’

28
Ogo
07

Maafkan Aku Wahai Gadis

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

” Dekat macam ni pun takkan nak bayar lima junaih ! “

suara lantang aku bergema di kurungan sebuah teksi buruk. Suara itu ku lepaskan ke pak cik drebar teksi yang aku naiki bersama teman-temanku. Sifat marah yang bergelojak menunggu masa untuk diluah. Aku kecewa dengan segelintir sikap manusia di sini.

Akhirnya kemarahan yang tampak di wajah ku tak mampu disembunyikan lagi di hadapan teman-teman. Destinasi yang ingin kami pergi itu, tak lah jauh sangat hinggakan patut ditukar dengan duit bernilai lima junaih. “Hmmm” suara tengelam timbul terkeluar dari mulut ku. Berat sungguh tangan ini untuk menghulurkan duit sebanyak itu walau akhirnya aku terpaksa melerakannya. Dalam keterpaksaan dan kemarahan, aku memaksa diri ini untuk melupakan kisah lalu. Namun, tak semudah itu. “Arghhh!” jiwa ku meronta. Semakin aku ingin melupainya, semakin pula hati aku ingin mengkoreksi kembali kisah-kisah lalu. Lantas, bayangan yang terlintas dibenak fikiran ku ini, telah mengingatkan aku cerita beberapa hari yang lalu ….

Di pagi yang mulai panas, dekat jalan bersebelahan dengan Suuq Sayyarat, Haiyyu ‘Asyir Kaherah ….. 

Jauh perjalanan luas pemandangan. Tika tapak kaki ku melangkah setapak demi setapak, kedengaran suara pekikan yang menambat kepala ku untuk menoleh ke arah suara itu. Uhh! suara hati ku terkedu seketika. Kasihan melihat si dia. Sekujur tubuh gadis sunti berketurunan arab pada pandangan ku, di libas dengan sejulur kayu. Mata ku masih waras . Dengan tubuh badan yang gagah, lelaki itu sanggup memperlakukan perkara yang tak senang untuk ku lihatinya. Takkan hanya kerna

Terus membaca ‘Maafkan Aku Wahai Gadis’

26
Ogo
07

Rumahtangga Ku Retak Seribu

Gambar di ambil dari blog saudari juz4u.blogdrive.com

 ”salam, abah ngan mak * chat je.. * paman lan, paman ran, paman bahrin, die * owang dah bercerai we”

* paman bermaksud pakcik

* owang bermaksud orang

* chat bermaksud sehat

Tak sangka ! rupanya hari ini hari yang begitu mengecewakan aku. Hampir 20 tahun ikatan pernikahan yang terjalin antara aku dan dia akhirnya terlerai dengan tiba-tiba. Aku ingatkan, enam orang cahaya mata yang hadir menyinari hidup ku, sudah menjamin kebahagian aku bersama si dia buat selamanya. Namun, mentari yang ku sangka kan menyinari hari, rupanya mendung datang menutupi.

Apakah salah aku !!! Bumbung rumah sewa yang bertahun aku huni bersamanya, akhirnya menjadi saksi perceraian ikatan kasih yang tak mungkin kembali pulih. Apakah  semua berpunca dari ku?  Astaghfirullah. Mengapakah si dia sanggup melakukan semua itu lalu memaksa ku untuk menceraikannya. Kini, semuanya tiada lagi. Anak-anak yang biasa merengek kelaparan tiada lagi yang bisa mendiamkannya. Lauk ikan masak kicap yang menjadi kegemaranku kini membayangi deria rasa ku yang sentiasa menginginkannya. Ohhh !!! mengapa ini semua terjadi ?

Astagfirullah. Insafnya aku. Aku tak menyalahkan sepenuhnya kepada si dia. Mungkin ini silap aku juga. Dalam diriku tiada ketegasan dalam membentuk keluarga. Semuanya aku lakukan biasa-biasa saja. Inilah hasilnya….. rumah tanggaku retak seribu !!! Na’uzubillah min zalik.

Gedeganggggg !!! aduh, sakitnya !!! celaka punya kucing. Terus membaca ‘Rumahtangga Ku Retak Seribu’

24
Ogo
07

Menutup Aurat-Tuntutan Yang Sering Diabaikan

Bismillah alhamdulillah. Bila ditimbulkan soal aurat, maka persoalan ini selalunya fokus sering difokuskan kepada ditujukan kepada wanita. Walaupun begitu, bagi lelaki juga, perbahasan mengenai hal yang berkaitan dengan aurat perlu diambil berat kerana bagi kedua-duanya tiada beza kewajiban untuk menjaga auratnya. Akan tetapi pada entries saya kali ini, saya suka untuk menskopkan perbincangan ini khusus bagi aurat wanita. Janganlah kita lupa bahawa ianya perlu diketahui bukan sahaja bagi diri seorang wanita, bahkan lelaki juga perlu mengetahuinya kerana ia mempunyai hubung kait, lebih-lebih lagi sebagai seorang muslim.

Saya tidak akan memaparkan perbahasan ini, secara terperinci, ianya cuma  hanya sekadar gambaran yang saya rasa ia merupakan perkara asas yang amat penting dan perlu diambil perhatian. Saya yakin perbahasan ini telah banyak dibincangkan, dan bagi saya kewajiban untuk menutup aurat ini dan larangan membuka aurat telah diketahui umum. Akan tetapi maksud sebenar yang dikehendaki itulah yang memungkinkan wujudnya salah faham atau terkeliru atau buat-buat tak faham (membuka aurat dengan sengaja) dikalangan kita khususnya bagi para wanita.

Hari ini apa yang kita dapat lihat, sesetengah wanita seolah beranggapan menutup aurat itu cukup sekadar memakai tudung serta memakai pakaian yang menutup tubuh badan, namun darihal yang selebihnya tidak diambil tahu. Lihat saja di sekeliling kita, ada wanita yang memakai tudung, namun tudungya ibarat tudung yang tersilap beli, atau tersilap tempah dari segi saiz dan ukurannya. Dada yang menonjol diperlihatkan kepada pandangan umum. Begitu juga dari segi pakaiannya, samaada bajunya mahupun kain atau seluar yang dipakainya. Orang kata, menggiurkan. Perkara ini telah dapat dilihat dan diketahui umum. Saya rasa tak perlu menjelaskannya terlampau panjang mengenai hal ini, dan yang penting adalah perbahasan hukum mengenainya itulah yang menjadi hadaf (matlamat) kita. Maka dengan ini saya akan memaparkan hokum menutup aurat secara umum di dalam al-quran dan hadith iaitu : Firman Allah S.W.T di dalam Surah an-Nur ayat 31 yang bermaksud :

“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka”

Lafaz zahir yang dimaksudkan adalah bermaksud adalah muka dan tapak tangan sesuai dengan keterangan hadith daripada Aisya R.A yang bermaksud :

“Sesungguhnya Asma’ telah memasuki (rumah) Rasulullah S.A.W dan pada badannya, pakaian nipis, maka baginda memalingkan muka daripadanya, kemudian bersabda : “Wanita yang sudah mencapai haid (baligh), tidak boleh terlihat daripadanya kecuali ini dan ini, sambil Rasulullah S.A.W menunjukkan kepada wajahnya dan kedua belah tapak tangannya “. (Riwayat Abu Daud)

Dengan ini, jelaslah bahawa menutupi anggota badan bagi wanita kecuali muka dantapak tangannya adalah wajib. Seterusnya, mengenali apakah yang dimaksudkan dengan aurat itu juga kita harus dalaminya secara sebenar-benarnya, bukan sekadar mengetahui bahawa aurat itu bermaksud “pakai tudung, pakai baju, pakai seluar ” itu sahaja.

Definisi aurat di sisi syara’ :

1-Semua anggota yang wajib ditutup dan haram dipandang. (definisi ini adalah yang paling tepat)

2-Sesuatu atau sebahagian anggota tubuh badan manusia yang malu apabila dilihat orang.

3-Sesuatu yang berharga, tetapi tidak cukup kekuatan kita untuk membelanya dan mempertahankannya apabila diserang musuh. Ini berdasarkan firman Allah Taala dalam Surah al-Ahzab, ayat yang ke-13.

Jika kita lihat pada definisi yang pertama, ia bukan saja menjelaskan bahawa aurat itu wajib ditutup, bahkan ia menyebutkan bahagian yang wajib ditup itu jugalah haram dipandang. Jadi inilah kaitan yang perlu diambil perhatian bukan sahaja bagi diri wanita, akan tetapi juaga bagi diri lelaki khususnya yang beragama Islam.

Seterusnya saya akan memaparkan batas-batas aurat seseorang wanita sesama wanita yang lain dan begitu juga wanita dengan lelaki, baik mahramnya, atau bukan mahram, muslim atau kafir.

Aurat wanita dengan wanita

1-Aurat muslimah dengan muslimah Ialah bahagian antara pusat dan lutut. Iaitu harus bagi muslimah menampakkan tubuh badannya selain bahagian Antara pusat dan lutut kepada muslimah yang lain. Tetapi jika bimbangkan Fitnah atau pandangan bershahwat, maka seluruh tubuhnya adalah aurat Kecuali muka dan tapak tangan.

2-Aurat muslimah dengan wanita bukan Islam

Ialah semua bahagian atau anggota tubuh badan kecuali yang kelihatan apabila Melaksanakan tugas dan urusan rumah tangga. Iaitu harus bagi wanita Muslimah menampakkan muka, kepala, leher, tangan hingga ke lengan dan Kaki hingga ke lutut kepada wanita bukan Islam. Adapun aurat muslimah dengan wanita bukan Islam yang hamba atau mahram Kepada muslimah itu adalah bahagian antara pusat dan lutut. Akan tetapi, jika bimbangkan fitnah atau pandangan mereka bershahwat Maka seluruh tubuhnya adalah aurat kecuali muka dan tapak tangannya.

Aurat wanita dengan lelaki

1-Aurat muslimah dengan lelaki bukan mahram Ialah seluruh tubuh muslimah itu sama ada dia telah baligh ataupun belum baligh adalah aurat kecuali muka dan tapak tangan. Iaitu harus bagi muslimah menampakkan muka dan Terus membaca ‘Menutup Aurat-Tuntutan Yang Sering Diabaikan’

21
Ogo
07

Sejarah Malaysia Diputar Belit – Benar atau Tidak

         Kenali Tok Janggut sebagai tokoh kemerdekaan

       Bismillah alhamdulillah. Beberapa hari sebelum ni, saya banyak menghabiskan masa saya di luar Kaherah. Disebabkan banyak kerja yang tertangguh, kestabilan emosi saya kadang-kadang baik, kadang-kadang juga menjadi murung. Makin hari, minat aku saya untuk mengetahui isu-isu semasa terkini, amat mendalam keinginannya terutama sekali mengenai khabar berita tanah air ku Malaysia. Walau aku saya tak dapat berada di pentas sebenar, akusaya tahu masih ada ruang untuk akusaya menyumbangkan apa yang termampu demi kebaikan bersama. Paling kurang untuk diri aku sendiri.

        Ambang merdeka hampir tiba ke kemuncaknya. Segala macam bentuk sambutan telah dan bakal dilangsungkan baik di Malaysia mahupun di negara luar. Melihat situasi yang berkehendak kepada satu pembaharuan pemikiran. Kita melihat dari satu perspektif kemerdekaaan itu, apakah masyarakat pada hari ini benar-benar memahami erti kemerdekaan, siapakah yang memeperjuangkan kemerdekaan ? Saya akui, saya sendiri masih lemah untuk menguasai ilmu yang berkaitan dengan sejarah-sejarah tanah air. Namun, sudah tentu di sana perlu ada  satu tindakan pembaharuan dalam diri kita semua untuk menjadi orang yang benar-benar menyelami erti kemerdekaan sebenar. Saya biasa mendengar, sejarah yang ada pada hari ini telah diputar belit. Benarkah ini semua berlaku ? Terus membaca ‘Sejarah Malaysia Diputar Belit – Benar atau Tidak’

20
Ogo
07

Berani Kerana Benar !

   

Bismillah alhamdulillah. Siapa monyet ? Siapa pondan? Kenapa nak takut dengan monyet ? Apa salahnya si pondan bersuara menegakkan kebenaran ? Takut dengan siapa ?  Allah atau monyet ? Pelik tapi benar. Tak sangka monyet pun pandai nak mengkritik kerajaan ye. Itulah perumpaman yang dibuat oleh kerajaan pimpinan Pak Lah terhadap blogger-blogger hari ini. Persoalannya, mengapa harus takut? Berani kerana benar, takut kerana salah.

        Isu yang di ketengahkan oleh para blogger dapat dilihat dari satu sudut, ianya tidak lebih menginginkan kerajaan melakukan sesuatu yang terbaik. Bukankah itu satu kelebihan buat kerajaan dalam mengenal pasti apakah kelemahannya selama ini? Atau takut, sokongan rakyat akan hilang ? Islam itu jalan penyelesaian.

       Terbaca artikel di laman Harakah Daily dalam ucapan Tuan Guru Nik Aziz yang mengupas isu berkenaan ketelusan media dan blogger. Beliau berkata :

Tuan Guru dalam majlis ulang tahun ke 20 Harakah Daily

“ pengamal media termasuk ‘bloggers’jika menyampaikan berita dan maklumat yang benar adalah berada di jalan yang mulia sejajar kehendak Allah SWT “

        Kepada blogger-blogger semua, usaha anda untuk menegakkan kebenaran mestilah ikhlas, jujur telus dan betul. Jauhilah daripada segala macam unsur-unsur fitnah, berita palsu, dan perkara-perkara yang lari dari garis panduan Islam. Buatlah semua ini ikhlas semata-mata kerana cintakan kebenaran dan cintakan Islam.

       Kepada para pemimpin, ketahuilah yang batil itu tetap batil, dan yang benar itu pasti selamanya benar. Al-quran dan As-sunnah itu panduannya. Jangan jadi pemimpin yang zalim pada diri sendiri dan orang lain. Sesungguhnya merugilah orang-orang yang berbuat kezaliman itu.

20
Ogo
07

My Friends By Namawee

        Bismillah alhamdulillah. Pagi-pagi lagi pc dah berada di hadapan mata saya. Dia yang nakkan saya. Saya tak boleh berbuat apa-apa melainkan melayan kehendaknya. Disebabkan rajin membelek-belek, terbaca satu berita mengenai Namawee buat kontroversi lagi. Walaupun namanya dah banyak dijadikan tajuk entries di dalam blog ini, itu bukan penghalangnya. Yang benar tetap benar. Yang batil tetap batil. Sebelum ini Namawee kontroversi dengan lagu Negarakukunya. Di laman Tranung Kite Online mengkhabarkan bahawa satu video klip berunsur negatif telah dihasilkan dan terkandung dalam CD kompilasi dan dikesan ianya telah dijual di sebuah Terus membaca ‘My Friends By Namawee’

18
Ogo
07

Penulis Blog Sebenarnya Pengecut

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) — Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhamad Taib menyifatkan penulis blog politik yang mengkritik pemimpin kerajaan sebenarnya adalah pengecut kerana tidak berani mendedahkan identiti mereka serta menggunakan laman web yang beralamat di luar negara.

Beliau berkata penulis blog terbabit hanya megah mendabik dada mengatakan bahawa mereka tidak akan dikenakan tindakan undang-undang kerana tidak tertakluk dengan sebarang undang-undang negara ini.

“Sebab apa saya kata mereka (penulis blog) pengecut kerana Terus membaca ‘Penulis Blog Sebenarnya Pengecut’

18
Ogo
07

Siapa Monyet Sebenarnya ?

        Bismillah alhamdulillah. Beberapa minggu yang lalu, sahabat saya ada mengkhabarkan kepada saya tentang pandangan Pak Lah kalau tak silap, yang mengatakan bahawa blogger-blogger ni macam monyet. Hari ini sempat membuka laman Terus membaca ‘Siapa Monyet Sebenarnya ?’




12

Inilah Teratak Keluarga ku

dan Tempat Ku Dibesarkan

Arkib

 

Ogos 2007
I S R K J S A
« Jul   Sep »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Ayat Motivasi

" Sesungguhnya Allah Maha Pengampun

Lagi Maha Penyayang "

Life Of Aku Photos

Bersama Tok Guru

Bersama Rakan Seperjuangan

Tuan Guru di Hati

Gerai Anbakri

More Photos

Komen Terkini

hj razak mat amin pada Malaysia bukan “boleh…
Neutrality pada Namawee (budak cina kurang…
Anonymous pada Namawee (budak cina kurang…
Anonymous pada Namawee (budak cina kurang…

Komuniti Blogger Azhari

Photobucket

Hits Counter

  • 47,476 Pengunjung